Wednesday 6 March 2013

Buat hati yang sedang merintih..









Dia yang nampak kuat, masih terlalu lemah didalamnya,
 Dia yang nampak berani, masih ketakutan sebenarnya,
Dia yang nampak gembira, masih tersembunyi kesedihannya,
 Dia yang nampak solehah, masih bertimbun kejahilannya,
Dia yang nampak biasa, masih banyak masalah yang ditanggungnya...


Buat hati-hati yang merintih,
Buat jiwa-jiwa yang sudah letih,
Buat kamu-kamu yang menahan pedih..

Saat sedang bertahan,
Jangan lupa untuk meluahkan,
Saat sedang bersendirian,
Jangan lupa adanya Tuhan...


Ada masa terasa mahu mengalah,
Mahu melepaskan dan melupakan semua,
Mahu buang segala rasa,
Mahu bebas dari semuanya..

Tapi, ini semua perancangan darinya...
Jangan pernah mahu melupa,
Nikmat lain yang sudah diterima..


Buat hati-hati yang merintih,,

Ada kala perlu dilupa,
Segala kisah membawa sengketa,
Jangan dilayan hati yang terasa,
Kelak hati yang terbinasa..

Buat jiwa-jiwa yang sudah letih,

Ada kala perlu ditelan,
Segala kata juga tomahan,
Jangan didengar segala perkataan,
Yang membuat diri tertekan...


Buat kamu-kamu yang menahan pedih...

Jangan pernah terpengaruh,
 Dengan segala bisikan syaitan,
Usah dilayan segala hasutan,
Terus kekal bersama Tuhan...

Hati,
berhenti merintih..
Jiwa,
Jangan pernah merasa letih,
Kamu,
Usah dilayan rasa yang pedih...




No comments:

Post a Comment

Sahabiah: