Wednesday 31 July 2013

tiada tajuk 6.

Ini kisah persahabatan. Kisah Missy, Kin, Inuya dan Has. Ini bukan kisah persahabatan yang sweet dan uhibbu-uhibbu. Ini kisah persahabatan gaduh-gaduh tapi erat.

  Allah pertemukan mereka sejak dari sekolah lagi. Satu sekolah, kemudian menginjak ke universiti satu kuliah, sama fakulti. Allah  ada perancangannya. 

  Awal perkenalan, masing-masing masih cuba memahami. Masih mesra tersenyum menyambut kedatangan, masih terima segala kemaafana atas kesalahan, masih sedia menerima meski ada yang telah pergi jauh. Awal perkenalan, tiada rasa yang disimpan. Semuanya indah dalam persahabatan. Lama-lama masing-masing mula memahami kawan-kawan. Lebih rapat, lebih erat ikatannya. Tapi, lebih mudah hati terasa. Pergaduhan? Itu biasa.. Tapi gaduh mereka tidak lama. Biar berhari-hari tak bertegur sapa, tapi nama sahabat tetap ada dalam doa. Tak pernah dilupa meski hati sakit gila-gila. 

  Kin dan Missy, teman rapat. Pernah dikata 'dimana ada Missy disitu ada Kin'. Antara berempat, mereka berkenalan lebih dulu. persahabatan dulu erat, kini semakin erat. Walau kini semakin kerap bertelingkah, namun sekejap cuma. Perselisihan faham? Selalu. Tapi masing-masing akan baik semula. Ada hati yang sakit, ada hati yang terluka. Tapi tak pernah merajuk sampai bertahun lama. Missy ada sahabat baru. Rapat. Kin pernah cemburu, sebab Missy makin jauh. Kin pernah tak suka sahabat Missy. Kin pernah rasa Missy dah lupa dia. tapi tu semua sementara. Lama-lama Kin dah boleh terima. Biar Missy punya seribu sahabat, tapi dia antara salah satunya. Kin yakin Missy selalu ada untuk dia. Missy pula meyakinkan akan selalu ada untuk Kin. Walau tak selalu bersama macam dulu, tapi mereka tetap rapat. Seorang ada masalah, yang seorang lagi dah resah gelisah. Itu ikatan hati, dari Allah. 

  Pernah Missy berselisih faham dengan adik angkat Kin, Kin cepat-cepat nak selesaikan. Ayat Kin cuma " Bila Missy ada masalah, Kin tak boleh duduk saja. Rasa tak sedap hati.." 
Bekerja dalam satu organisasi, kadang-kadang Kin dan Missy tak sama pendapat. Masing-masing rasa mereka betul. Masing-masing tak puas hati. Tapi macam biasa, itu semua sekejap saja. Lama-lama, mereka akan ok semula.

   Inuya dan Has pulak kawan baru. Rapat saja dengan Kin dan Missy. Bila Kin dan Missy gaduh, Inuya dan Has cuba selesaikan. Inuya dan Missy pernah rapat. Pergi kelas, kuliah semua sekali. Tapi Inuya jugak sama, lepas Missy ada sahabat baru, dia rasa jauh. Bila rapat, tiba-tiba ditinggal, Inuya terasa. Dia tak mahu menjauh, cuma cuba melindung diri. dia tak mahu sakit lagi. Tapi tak beerti langsung tak bertegur. Cuma lebih berjaga-jaga. Tak mahu mengharap lebih takut dikecewa. Inuya dan Missy jugak selalu gaduh. Tapi tak lama.Beberapa hari tak bertegur sapa, lama-lama baik semula. Sebab ikatan hati, dari Allah. 

   Has dengan Kin. Rapat juga. Pergi kelas, kuliah semua sekali. Tapi bila Has ada sahabat baru, sekali lagi Kin terasa jauh. Dia sudah mahu merajuk. Kenapa perlu jauh dari dia? Sahabat baru Has tak disenangi. Has mula dia jauhi. Bukan salah Has, bukan salah Kin. Ini sudah perancangan Allah, untuk mahu menguji. Tapi Has dan Kin kuat. kin meski ditinggal sendiri, rasa kasih pada Has tak pernah dilupa. Has meski rapat bersama sahabat baru, kewujudan Kin dalam hidupnya tak pernah mahu dibuang. masing-masing dengan perasaan sendiri. Tapi Has dan Kin tetap sahabat. 

  Ini kisah empat sahabat, yang tak sweet tapi betul-betul memahami makna ukhuwah. ukhuwah kerana Allah dijaga sebaiknya. Watak-watak sekeliling hadir dan pergi dalam hidup mereka. Tapi watak-watak itulah penceria suasana, penyembuh dikala berduka. 

  Biar mereka sering terasa, biar mereka memendam luka, tapi mereka tak pernah lupa. Nak selitkan nama-nama sahabat dalam doa. Moga Allah pegang erat-erat. Moga Allah ikat kuat-kuat. Ikatan hati mereka, dari Allah.


p/s: err.. masih pendek. sekadar rekaan. :)





Big Girls Do Cry.

Ada lagu tajuk 'Big girls don't cry'..
Tapi rasa sepatutnya 'Big girls do cry'..

Sebab menangis kadangkala menguatkan yang lemah,
Menaikkan yang rebah,
Serta memenangkan yang kalah..

Menangis,
Itu tak salah.

Kadang-kadang manusia terlalu sombong,
Tak nak menangis,
Tak nak kelihatan lemah.

Menangis melegakan.
Menangis mengingatkan kita ni insan lemah.
Menangis menyedarkan kita ni hamba Allah.

Orang cakap budak-budak banyak menangis.
Itu mengajar mereka untuk lebih tabah.

Menangis tak lemah.
Menangis untuk tabah.
Menangis untuk Allah.
Menangis jangan sampai rebah.




Sunday 28 July 2013

tiada tajuk 5.

Pintu bilik dihempas. Kuat. Syarhah mendengus. Dia seperti mahu menjerit sekuat hati. Masih terngiang-ngiang ayat sindiran ibu dan kakak tadi. Allah... Andai Syarhah lemah, pasti sudah dia membalas kata-kata mereka tadi.

   " Ye la.. Saya dah berubah kan? Konon.. Pakai tudung labuh sampai kaki, tapi perangai sama je.. " ayat yang keluar dari mulut kakak ibarat batu menghempap hati. Allah.. Sakit.. Ditambah ketawa mengekek dari ibu, membuat hati Syarhah betul-betul terasa. Kali ini sudah masuk berpuluh kali dia disindir di rumah. Mindanya mula mendesak, " Salahkah perubahan yang aku lakukan? Salahkah aku mahu berubah? Salahkah jalan ini yang aku pilih?" Syarhah bermonolog sendiri.

    Salahnya cuma sedikit. Memang wajar dia ditegur. Tetapi Syarhah pantang apabila perubahannya itu dipermainkan. Jujur, Syarhah sendiri merasa dia tidak layak menyarung tudung labuh litup itu ke atas kepalanya kerana dia sedar dia belum cukup layak. Sikapnya yang belum mampu diubah sepenuhnya membuatkan Syarhah malu untuk memakai tudung labuh sebegitu. Tetapi kata-kata seorang kakak di kolej menyedarkan Syarhah. " Manusia ni, buat benda baik malu, buat benda jahat tak malu pulak kan.." Kata-kata yang disertai senyuman ikhlas dari si kakak menyedarkan Syarhah dari lamunan. Terus dia yakin untuk mengiut keinginannya selama ini untuk bertudung labuh litup meski sikapnya belum cukup baik. Belum cukup sempurna. Kerana Syarhah yakin manusia itu sentiasa dalam proses pembaikan diri ke arah lebih baik. Jika mahu ditunggu dirinya betul-betul baik dan betul-betul layak baru mahu menyarung tudung labuh itu, sampai bila? Entah-entah sampai khiamatlah dia menyimpan hasrat mahu memakai tudung labuh itu.

    Saat pulang ke rumah untuk cuti semester Syarhah memberanikan diri memakai tudung labuh saat bertemu keluarga. Sebelum ini dia hanya berani memakai tudung labuh seperti itu hanya di kolej. Tidak di hadapan keluarganya. Dalam hatinya dia berdoa moga perubahan ini direstui keluarga. Sudah perancangan Allah, hari dia pulang ke rumah itu, keluarganya mahu berbuka puasa di kampung. Syarhah tidak ada peluang untuk menukar tudung labuh itu. Dia terima andai disindir oleh nenek mahu ibu saudaranya di kampung atas perubahan dirinya itu. Perancangan Allah itu tidak ada siapa boleh mengagak. Satu lagi kebetulan, selepas berbuka puasa diberitakan seorang sepupunya masuk ke hospital jadi mereka sekeluarga bergega ke hospital. Sekali lagi Syarhah berjumpa dengan saudara-maranya yang agak ramai di hospital dalam keadaan perubahan dirinya yang baru. Ya, bukan mudah mahu berhadapan dengan mereka. Pandangan-pandangan saudara-mara yang dilontarkan kepadanya sukar untuk Syarhah tafsirkan. Dia hanya serahkan sagalanya kepada Allah. Moga Allah permudahkan segala urusannya.

    Dilahirkan dalam keluarga yang agak berada bukan satu pnghalang untuk Syarhah berubah. Keluarganya juga bukanlah keluarga yang langsung menolak Islam. Keluarganya tetap menitik beratkan tentang agama Islam. Solat lima waktu, baca al-quran, puasa. Cukup. Cuma masih ada kelompangan dalam penghayatan. Tetap ada yang kurang. Belum cukup semangat untuk memahami Islam sepenuhnya. Itu yang kurang. Syarhah bernasib baik Allah permudahkan jalannya. Dia mula berubah saat ilmu Allah mula menapak dalam diri. Daripada jahil, dia memperbaiki diri. Tetapi semuanya dilakukan secara perlahan-lahan. Sehingga saat ini, dia belum cukup baik. Masih ada perangai lama yang belum mampu dihilangkan. Itulah yang dipergunakan manusia sekeliling sebagai sindiran kepada Syarhah. Dan Syarhah pula, paling tidak suka andai pemakaiannya itu dihina atas sebab sikapnya yang belum cukup berubah. Dia takut andai perkara itu membawa fitnah kepada Islam.

   Syarhah sedar, dengan imejnya yang baru, dia perlu menghijrahkan dirinya, sikapnya, segala kemahuannya. Namun, perkara itu bukan mudah. Dia cuma perlu masa. Dan dia berharap keluarganya faham. Tapi sayang, mereka belum cukup dan mahu faham keadaan Syarhah.

    Sindiran kakak tadi benar-benar membuatkan Syarhah mahu hentikan perubahannya. Dia terasa seperti mahu kembali seperti dulu. Syarhah mula membandingkan kehidupannya sebelum dan selepas dia berubah. Dulu, hidupnya seperti lancar. Segalanya baik sahaja. Tiada siapa yang mahu menegur apa yang dipakainya. Malah pergaulannya juga tiada siapa yang mahu kawal. Sekarang berbeza. Pemakaiannya ramai saja yang mahu kritik. Dari rakan sekelas sehinggalah ke ahli keluarga. pergaulannya juga lebih terbatas sejak dia mengetahui ikhtilat antara lelaki dan wanita. Perlukah dia kembali seperti dulu? Perlukan dia lupakan segala rasa mahu berubah? Perlukah dia berhenti memperbaiki diri?

   Semestinya TIDAKKK!!! Kata-kata itu terus muncul dalam fikiran Syarhah saat otaknya serabut memikirkan permasalahan ini. Syarhah seperti diberi satu ketenangan seketika. Dia tersenyum sendri. "Baru satu masalah kecil Allah berikan, aku dah kalut macam ni.. Macam mana nak handle masalah lagi besar? Allah.. Kata nak tegakkan Islam, tapi masalah macam ni pun dah nak pecah kepala.. Syarhah, rasional, Allah kan ada.. " kali ini Syarhah bermonolog lagi.. Allah.. Syarhah tersenyum tak henti. Tiba-tiba fikirannya yang kusut menjadi tenang. Tiba-tiba hatinya yang sakit menjadi sembuh.
 
   Syarhah sedar, andai perubahan dilakukan kerana Allah mengapa mesti dia memikirkan kata-kata manusia? Andai perubahan kerana Allah, mengapa harus dia berputus asa dengan mudah? Allah.. Syarhah perlu terus kuat. Dia tidak bisa tumbang dengan masalah sekecil ini. Biar orang sekeliling tidak faham dia, asal Allah ada untuk menemani. Biar orang sekeliling terus menyindir dia, dia tak lemah andai Allah sentiasa menguatkan. "Aku harus kuat! Mesti terus istiqamah!" ucapnya tulus dari hati. Andai mahu Syurga mana mungkin hidup tak diduga. Andai mahu Syurga, mana mungkin hidup mahu senang sahaja.

   Biar disindir, biar dikata. Syarhah tidak betah mahu melayan. Syarhah mahu senyap sahaja. Kerana dia yakin, proses pembelajaran itu takkan tamat sehingga ke akhir usia, hingga ke akhir hayat. Dia mahu terus memperbaiki diri. Tidak mahu disindir lagi. Dia mahu melakukannya kerana Allah. Bukan kerana manusia.


p/s: pendek. sekadar rekaan.

   

Malaysia apa khabar?

Tika ini Mesir dibedil habis-habisan,
Malaysia apa khabar?
Tika ini Palestin diserang tanpa kasihan,
Malaysia apa khabar?
Tika Syria parah menahan kesakitan,
Malaysia apa khabar?

Malaysia apa khabar?
Rasuah sentiasa dibongkar secara besar-besaran,
Tapi sayang bilisnya ditangkap secara kecil-kecilan..

Malaysia apa khabar?
Kadar jenayah dan gejala sosial masih mewarnai,
Kemiskinan setia menghiasi,
Sedang kekayaan hasil bumi hanya untuk mereka yang tertinggi..

Malaysia apa khabar?
Mudahnya mereka menghukum manusia,
Selepas kafir dikata pula syiah,
Allah.. Apa lagi mahu didusta,
Oleh pihak yang pentingkan harta..

Malaysia apa khabar?
Masih sakit !!!
Belum mampu sembuh selagi belum bangkit Islam disini,
Biar dikata kolot,
Biar dikata ditinggal zaman,
Namun hukum Allah tetap perlu diangkat!

Islam tidak perlu bergerak laju,
Tapi perlu bergerak maju,
Kerana laju ia bisa rebah,
Tapi biar maju asal kejayaan membuah..

Meski demokrasi diangkat sebagai jalan penyelesaian,
Jangan dibiar Islam dikerjakan oleh mereka-mereka,
Yang hanya mengikut kepala,
Sedang al-Quran ditolak entah ke mana..

Islam itu pilihan,
Tapi Islam tanggungjawab buat mereka yang bergelar umat,
menegakkan Islam itu sudah satu kewajipan..

Buat Malaysia,
Ajal itu sentiasa mendekat,
Bagi mereka yang zalim menentang agama Allah,
Tapi ia pasti berganti kehidupan penuh mulia buat rakyat,
Yang mencinta keamanan dan membantu agama Allah..

Buat Mesir, Syria, Palestin,
Malaysia belum diuji seperti kalian,
Kerana kita belum sekuat mereka,
Hanya satu kami kirimkan,
Doa buat keamanan mereka..

-Ini semua satu perjuangan-
-Bagi menegak satu kemahuan-
-Agama Allah yang kami inginkan-



       



Saturday 20 July 2013

Its Ramadhan, again. -_-

Akan ada manusia yang mengeluarkan ayat ini dalam nada kecewa,
" Its Ramadhan, again.."
Manusia-manusia yang hilang arah,
Manusia-manusia yang tidak menghargai Ramadhan,
Manusia-manusia yang tidak diberi hidayah oleh Allah,

Ramadhan itu disangka biasa,
Ramadhan itu disambut duka,
Ramadhan itu dibiar tanpa makna..

Buat manusia-manusia,
Ramadhan bulan mulia,
Ramadhan bulan penghapus dosa,
Ramadhan bulan buat si hamba..

Ramadhan kali ini penuh makna,
Hadirnya tarbiyah dalam jiwa,
Satu masa perehat minda,
Detik ilmu bermakna ditimba.

Ramadhan,
Andai sahaja manusia-manusia lain menghayatimu..
Nescaya mereka tidak mahu kehilanganmu,
Mereka pasti tak ingin pengakhiranmu..

Dan yang pasti,
Tiada lagi kata-kata
"Its Ramdhan, again.."




Tempat itu~

Di tempat itu,
Aku melihat ketinggian ukhuwah yang terbina,
Di tempat itu,
Aku mentafsir erti perjuangan sebenar,
Di tempat itu,
Aku mula mencerna segala ilmu yang diterima..

Ukhuwah yang sejati,
Ukhuwah kerana Allah,
Ukhuwah yang betul-betul ukhuwah,
Aku jumpa di sana.
Aku menghayati erti itu di sana.
Meski saat ukhuwah teruji,
Mereka pasti tetap menemani..
Allahurabbi.. Hebat ukhuwah yang aku rasa di tempat itu..

Saat ada yang lemah,
Ada  ramai yang saling menguatkan,
Saat aku terjatuh tika berlari,
Ada yang memimpin tangan berlari bersama,
Saat aku menahan kesakitan,
Ada sahabat yang memberi perhatian,
Saat aku tertidur kepenatan,
Ada sahabat yang tak jemu mengejutkan..

Buat sahabat-sahabat,
Terima kasih atas huluran ukhuwah kalian..
Meski aku bukan sahabat yang baik,
Namun kalian adalah sahabat yang terbaik.

Akan ada suatu masa ukhuwah ini akan diuji,
Akan ada suatu masa uhuwah ini akan teruji,
Akan ada suatu masa ukhuwah ini tak seperti ini lagi,

Tika itu aku berharap,
Kalian ingat kembali tempat itu,
Tempat di mana menguji kekuatan ukhuwah kita,
Tempat di mana ukhuwah kita samakin erat tak seperti sedia kala..
Moga kalian ingat,
Tempat di mana air mata kita mengalir atas nama ukhuwah,
Tempat di mana hati kita yang sakit saat sahabat lain disakiti...

Andai saat ini ditanya berapa percent ukhuwah kita,
Pasti tiada nombor yang mampu untuk diungkapakan bersama,
Kerana ukhuwah kita tidah dinilai berdasarkan nombor,
Ia dinilai melalui hati di dasar yang paling dalam..

Sahabat,
Terima kasih..








Saturday 6 July 2013

Awak,,

Maaf,
Diri ini tak mampu nak meniupkan sebarang semangat dalam dirimu,
Aku yakin hanya Allah yang mampu,
Maka aku berdoa moga Allah titipkan kembali semangatmu yang hilang,
Moga Allah makbulkan.

Maaf,
Diri ini tak mampu untuk sentiasa denganmu,
Tapi aku yakin Allah sentiasa ada buatmu,
Maka aku berdoa moga Allah sentiasa menjagamu,
Moga Allah makbulkan.

Maaf,
Diri ini tak selalu dapat memahamimu,
Aku yakin Allah sentiasa tahu apa yang kamu hadapi,
Maka aku berdoa moga Allah permudahkan segala urusanmu,
Moga Allah makbulkan.

Maaf,
Diri ini kekadang khilaf dengan layanan terhadapmu,
Aku yakin hanya Allah yang sempurna layanannya,
Maka aku doakan moga kamu terus didakap Allah erat-erat,
Moga Allah makbulkan.

Buat awak yang baru kehilangan,
Buat awak yang dalam kesepian,
Buat awak yang dalam kekusutan,


Moga kuat duhai awak..






Sahabiah: