Thursday 22 November 2012

Andai air mata itu mengalir~

Assalamualaikum. Andai air mata itu megalir. hmmm... air mata siapa? Air mata mujahidah-mujahidah yang sedang berjuang. Dalam perjuangan nya ada banyak liku-liku yang kadang-kala mereka terjatuh. Kadang kala mereka terkapai-kapai memerlukan pertolongan, sokongan dan tempat mengadu. Tetapi andai mereka berhenti di situ sahaja, tamatlah perjuangan mereka tanpa ada pengakhirannya. Air mata mujahidah itu tumpahnya kadang kala cuma. Hati digagahkan sekuatya walaupun sebenarnya ia hanyalah serapuh daun-daun kering yang berguguran. Duhai mujahidah pejuang agama ku, bersabarlah dalam berjuang. Jika hati terlalu sakit, andai tiada orang lain mampu memahami dirimu, kalau perjuanganmu menegakkan agama diganggu, jangan gundah. Ingat Allah itu ada! Yang pastinya dekat. sangat dekat denganmu. Sangat dekat denganku. Andai air mata itu mengalir, pastikan ianya bukan air mata sia-sia. Pastikan ianya adalah air mata keringat mu. Pastikan air mata itu menjadi sumber kekuatanmu. PAstikan air mata itu menjadi motivasi untukmu terus bangkit memperjuangkan apa yang telah kamu perjuangkan selama ini. Ingat. jangan jadikan air mata itu pelemah dirimu. Jangan pernah biarkan orang mengatakan kamu lemah dengan mengalirnya air mata itu. Ibaratkan air mata itu satu perangsang untukmu wahai mujahidah, untuk terus bangkit meneruskan amanah itu. Mungkin para mujahidah perlu merenung kembali apa penyebab air mata itu mengalir. Pastikan air mata itu mengalir atas ssatu sebab yang sangat menyesalkan. Menyesal atas kesalahan diri, menyesal atas kealpaan diri dan menyesal atas dosa2 dilakukan. Jangan pernah bazirkan air mata itu untuk menangisi orang yang telah berjaya menyakiti hati kita. Jangan bazirkan air matamu wahai mujahidah untuk orang yang tidak pernah menghargai dirimu. Jangan biarkan hatimu yang rapuh itu dengan mudah dipijak oleh dia yang hanya menggunakanmu. Biarkan. Sabar dengan segalanya. Andai Allah menghantar dia sebagai satu ujian buatmu, maka terimalah wahai mujahidah. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hambanya. Jadi pastikan dirimu tabah dalam menghadapi dia, ujianmu. Aku faham kesukaranmu dalam menegakkan agama Allah di dunia akhir zaman ini. Bukan mudah yang pastinya. Tetapi ingatlah, mujahidah teragungku pernah berpesan, andai dia merupakan salah seorang tentera yang bersama imam Mahdi suatu hari nanti, dia mahu melihat sahabaiah2nya, mutarabbi2nya turut berada dalam tentera yang sama.Amin. ya perjuangan kalian tidaklah sesukar mereka.
tetapi setiap manusia itu ujiannya berlainan. Mungkin bagi kalian ujiannya adalah menegakkan Islam di tempat di mana Islam itu dipandang remeh oleh umat Islam itu sendiri. pesanan buat diri sendiri terutamanya, syurga itu bukan mudah untuk diperoleh tetapi andainya ia telah menjadi milikmu, manisnya pasti terasa dan tiada lagi air mata yang akan mengalir. Bangunlah para mujahidah akhir zaman. Kuatkan semangatmu. Keringkan air matamu. Simpan air mata itu agar ia hanya mengalir kepada Penciptanya, Allah. Teruskan segala perjuanganmu. Ingat kami disebelah sentiasa ada andai anda terasa mahu tersungkur. Mujahidah terhebat sanjunganku~~~~ Jazakallah khair.

No comments:

Post a Comment

Sahabiah: