Wednesday 26 December 2012

muhasabah.

Assalamualaikum, saat ini rasa risau dan gelisah mula menular dalam hati. risaukan niat kebaikan yang aku lakukan untuk siapa? adakah untuk mendapat kepercayaan manusia? adakah layak aku ini menjadi sebahagian dari mereka yang sememangnya mempunyai terlalu banyak ilmu. semestinya aku sangat sangat tak layak. kadangkala aku rasa malu apabila berada dikalangan mereka. rasa sangat hina. terlalu kotor berbanding diri mereka yang pastinya lebih bersih dari diri sendiri. sangat tak layak untuk bersama mereka. siapa aku? bukan siapa-siapa. tak layak berdamping dengan mereka. kebersihan hati mereka itu memancarkan cahaya di wajah mereka. rasa tenang apabila dilihat. pernah terdetik di hati untuk menjauhi mereka. kerana rasanya aku tak sesuai bersama mereka. namun, perasaan itu aku abaikan atas dasar aku ingin berubah. aku tak mahu kembali ke takuk lama. mengulangi dosa-dosa dulu. tetapi. di saat ini aku yakin diri ini masih lagi mengulangi dosa-dosa lama. bagaimana aku kata aku mahu berubah sedangkan masih belum mampu membersihkan diri dari dosa lampau? terasa seperti menjadi seorang munafik yang dimulutnya kata aku cintakan Allah, hidupku untuk syahid di jalan Islam. tapi malangnya aku masih mengulangi dosa-dosa kelmarin. aku teruk! ya diri aku sangat kotor. terlalu banyak dosa menyelebungi diri. aku masih belum amampu menjadi seperti mereka. ilmu aku tak ada. aku teruk. aku belum ada kekuatan untuk menegakkan Islam seperti mana mereka. ya, aku katakan hidup aku untuk memperjuangkan Islam tapi sayyangnya aku juga masih belum mengamalkan Islam seluruhnya. Aku sendiri belum memahami apa itu Islam sepenuhnnya. Allahurobbi. takut aku andai tergolong dalam golongan munafik yang hanya tahu bercakap tpi tidak menunaikannya.Nauzubillah.. aku sering memohon agar Allah menunjukkn aku jalan yang lurus. tetapi disaat Allah menunjukkn jalan yang benar mengapa aku yang memilih selekoh? mengapa aku yang melarikan diri jauh dari dia? allah.. :'( teruknya diri.moga diri ini mampu kuatkan iman agar dapat melawan nafsu yang tak berguna. Allahurobbi.

Saturday 15 December 2012

Al-Fatihah..

Assalamualaikum, Menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan aktiviti yang memerlukan penuh tumpuan sememangnya mampu membuat kita lupa akan mati. Aku sendiri tersedar, aku terlalu menyelesaikan urusan dunia sehingga aku tak terfikir andai ajal aku sudah tiba masanya, dalam keadaan apakah nyawa aku diambil. Allahurobbi. Aku yakin kebanyakkan masa aku menyelesaikan urusan dunia dalam keadaan lalai tentang mati. Allah. Allah. Allah. Disaat aku terima mesej tentang kehilangan seorang kakak senior dari murobbiku, aku terpampan seketika. Saat itu, aku masih belum tahu siapa gerangan mahupun nama. Tetapi, mata aku lantas mengalirkan air mata. Entah kenapa. Sedih. Turut merasa kehilangan. Padahal aku langsung taktahu menahu siapa gerangan arwah. Jauh di sudut hati, aku berdoa janganlah hamba Allah yang telah diambil kembali itu adalah insan yang aku kenali. Entah kenapa hati aku berdoa begitu. Allah... Apabila diberitahu namanya, betul, aku tidak mengenali allahyarhamah. Tapi tetap rasa kehilangan. Aku tahu saat ini murobbi aku lemah. Mujahidah-mujahidah terhebat aku diuji. Aku berdoa agar mereka terus tabah. Ini ujian hebat. Ujian kehilangan yang tak mampu dikembalikan. Allah.... Kuatkan mereka. Kuatkan mereka. Kuatkan mereka. Kesibukkan urusan dunia menghalang aku untuk bertemu mahupun bersua muka dengan mereka. Otak bersatu dengan hati, berpadu dengan mulut, mengatakan 'Aku teruk". :'( Pemergian akak Ummu Nusrah yang tak pernah kukenali pastinya memberi kesan. Doakan agar arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin. Sedih. Kata murobbiku, Kak Nusrah sedang berehat, berehat dari kepenatan berjuang. Allah.. ayat ini meruntun hati. Lantas mengalir lagi air mata ini. Tertanya, apa perjuangan aku? Apa aku sumbangkan untuk Islam hari ini? teruknya aku. Apa yang aku bawa andai dijemput bertemu dengannya nanti. Allahurobbi...................

Tuesday 27 November 2012

Kurniaan Allah~

Assalamualaikum. Kuatnya dia. Dia masih mampu tersenyum walaupun di matanya kelihatan ada beban yang tersangat berat. Dia masih mampu menyembunyikan masalahnya walaupun diasak dan disoal. Dia massih mampu meneruskan tugasnya sebagai seorang pemimpin dengan sangat baik walaupun ada tugas lain yang lebih penting dan perlukan perhatian. Apa masalahnya? hanya dia dan Allah yang tahu. Dia yang aku kagumi. Tidak pernah menunjukkan rasa mahupun sedikit riak marah. Hanya sering memaparkan senyuman. Keindahan dan ketenangan wajahnya menyejukkan hati orang lain. Bagi aku dia tak perlu berkata-kata. Senyumannya sahaja mampu membuat orang lain tersenyum. Aura keimanan dan ketenangan itu sangat terserlah. Aku tertanya-tanya andai aku yang sama jantinanya sudah bisa jatuh cinta kepadanya, bagaimana agakanya hati pria-pria yang sering melihat wajahnya? Moga dia sentiasa dilindungi oleh Allah. Dalam pimpinannya tidak pernah ditunjukkan wajah mencuka kepada ahlinya. Suaranya lembut. Bukan sengaja dibuat tetapi itu yang asli. Kagum. Mungkin ada yang kata dia sangat lembut dalam pemerintahan sehingga ada yang memijak kepala. Tetapi bagi aku, dia punya kekuatan tersendiri. Kekuatan di mana dia mampu melemahkkan orang lain tanpa perlu menggunakan kuasa mahupun kekuatan fizikal. Lembut bicaranya mampu membuatkan orang lain terus setuju dalam setiap tugasan. kelebihan baginya.Kehadiran wajahnya di teratak itu menaikkan lagi seri dan ketenangan setiap orang. Dia lembut dalam menegur, tegas dalam tugas, cekap dalam mengarah dan hebat dalam bicaranya. Ingin aku menjadi seperti dia. Sesabar dia. Selembut dia. Yang selalu berhusnuzon. Yang selalu menjaga dirinya. Auratnya terpelihara. Dirinya dijaga sebaiknya. Dia wanita hebat akhir zaman. Cekalnya hatinya, hanya Allah yang mengetahui. Sering memendam rasa agar orang lain tidak terbeban dengan masalahnya. Tidak pernah aku melihat air matanya mengalir. Mungkin airmatanya mengalir hanya dihadapan Allah, hanya untuk Allah. Sememangnya aku tak mampu menjadi sehebat dan setabah dia. Tetapi aku tetap berdoa agar aku mndapat seorang sahabat seperti dia. Aku mahu, sangat mahu menjadi seperti dia. Kuatnya dia. Wajahnya yang bersih sangat menenangkan semua orang. Cantiknya dia~ Tetapi bukan kecantikan yang dipuja, kehebatan peribadi dan akhlaknya yang aku damba. Moga dia mendapat jodoh yang terbaik. YAng mampu membmbingnya, yang mampu menyayangi nya. Andai ditanya siapa yang aku sayangi, aku katakan Allah, Rasulullah, mak ayah, keluargaku, kakak-kakak ku, sahabatku~ Sahabat yang baik adalah apabila dipandang wajahnya mengingatkan kita kepada Allah. Aku berdoa agar sahabat yang ku temui di teratak itu mampu membawa aku ke jalan syurga. Amin.

Friday 23 November 2012

Innamaa'malunbinniat~

Assalamualaikum w.b.t., Maksudnya title di atas ialah setiap amalan itu haruslah disertai dengan niat. Haih.Bukan nak mengeluh tapi ... Risau dengan diri sendiri. Adakah apa yang aku lakukan selama ini niatnya untuk Allah atau manusia? Adakah aku betul-betul menyayangi sahabatku, keluargaku, kenalanku, kerana Allah? Atau aku hanya inginkan pujian manusia? Atau aku hanya ingin nampak baik di mata manusia? Atau aku..... hanya lah ditipu dengan hasutan syaitan laknatullah? Allahurabbi. Risau, khuatir andai apa yang aku lakukan bukanlah kerana Allah. Mulut boleh mengatakan lakukan semuanya kerana Allah, tetapi hati? Allah sahaja yang tahu. Mohon dijauhkan dari sofat riak. Mohon dijauhkan dari sifat takbur. Mohon dijauhkan dari sifat ingin kelihatan sempurna di mata manusia. Ya Allah, andai niat aku selama ini tidak betul, kau tunjukkanlah kepada aku Ya Allah. betulkanlah niatku Ya Allah. Jangan lah kau tolak segala amalanku. Amalanku kepada mu tidak banyak Ya Allah. Minta sangat dijauhkan dari tipu daya syaitonnirrojim. Takut andai diri ini terasa segala amal yang dilakukan telah melayakkan aku untuk ke syurga. Takut andai aku mudah berpuas hati melakukan sesuatu kebaikan. Takut andai aku melakukan amal dan mengharapkan balasan. Ya sememangnya mengharapkan balasan. Balasan syurga Allah. Syurga Allah itu bukan mudah untuk diperoleh. Takut di saat aku mula merasakan aku adalah ahli syurga sedangkan terlalu banyak dosa yang tersembunyi yang telah aku lakukan. Aku tak mahu bersekongkol dengan syaitan untuk menyesatkan diri aku sendiri. Di saat ini aku berdoa agar syaitan jauh dari telinga, jauh dari hati, jauh dari diriku~ Aku takut bila diriku memikirkan tentang mati, hati aku tak nak lepaskan urusan dunia. Aku takut di saat aku teringatkan mati aku lebih pentingkan dunia. Aku risau untuk tinggalkan urusan dunia, bukannya memikirkan amalan apa yang aku bawa ke akhirat kelak. Allahurabbi. Terlalu banyak kelemahan diri aku. Terlalu alpa dengan urusan dunia. Tolonglah duhai diri, jangan lupa dunia ni bukan hak milik aku. Milik Allah. Yang hanya sementara dan aku tak tahu bila masanya Allah akan ambil haknya daripada aku. Tak dapat bayangkan andai Allah ambil nyawaku di saat aku terhibur dan terlalai dengan keseronokan dunia tanpa memikirkan tentangnya, neraka jahannam lah tempatku. Di detik ini aku yakin aku sangat tersangat amat sangat tidak layak sebagai ahli syurga. Tapi segalanya Allah yang tentukan. Perlu bersihkan hati, tetapkan niat yang betul dan sering berfikir tentang mati dalam melakukan sesuatu. Aku tak mampu mengatakan bahawa aku ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan, hanya Allah yang dapat menilainya~
Jazakallah khair~

Thursday 22 November 2012

Andai air mata itu mengalir~

Assalamualaikum. Andai air mata itu megalir. hmmm... air mata siapa? Air mata mujahidah-mujahidah yang sedang berjuang. Dalam perjuangan nya ada banyak liku-liku yang kadang-kala mereka terjatuh. Kadang kala mereka terkapai-kapai memerlukan pertolongan, sokongan dan tempat mengadu. Tetapi andai mereka berhenti di situ sahaja, tamatlah perjuangan mereka tanpa ada pengakhirannya. Air mata mujahidah itu tumpahnya kadang kala cuma. Hati digagahkan sekuatya walaupun sebenarnya ia hanyalah serapuh daun-daun kering yang berguguran. Duhai mujahidah pejuang agama ku, bersabarlah dalam berjuang. Jika hati terlalu sakit, andai tiada orang lain mampu memahami dirimu, kalau perjuanganmu menegakkan agama diganggu, jangan gundah. Ingat Allah itu ada! Yang pastinya dekat. sangat dekat denganmu. Sangat dekat denganku. Andai air mata itu mengalir, pastikan ianya bukan air mata sia-sia. Pastikan ianya adalah air mata keringat mu. Pastikan air mata itu menjadi sumber kekuatanmu. PAstikan air mata itu menjadi motivasi untukmu terus bangkit memperjuangkan apa yang telah kamu perjuangkan selama ini. Ingat. jangan jadikan air mata itu pelemah dirimu. Jangan pernah biarkan orang mengatakan kamu lemah dengan mengalirnya air mata itu. Ibaratkan air mata itu satu perangsang untukmu wahai mujahidah, untuk terus bangkit meneruskan amanah itu. Mungkin para mujahidah perlu merenung kembali apa penyebab air mata itu mengalir. Pastikan air mata itu mengalir atas ssatu sebab yang sangat menyesalkan. Menyesal atas kesalahan diri, menyesal atas kealpaan diri dan menyesal atas dosa2 dilakukan. Jangan pernah bazirkan air mata itu untuk menangisi orang yang telah berjaya menyakiti hati kita. Jangan bazirkan air matamu wahai mujahidah untuk orang yang tidak pernah menghargai dirimu. Jangan biarkan hatimu yang rapuh itu dengan mudah dipijak oleh dia yang hanya menggunakanmu. Biarkan. Sabar dengan segalanya. Andai Allah menghantar dia sebagai satu ujian buatmu, maka terimalah wahai mujahidah. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hambanya. Jadi pastikan dirimu tabah dalam menghadapi dia, ujianmu. Aku faham kesukaranmu dalam menegakkan agama Allah di dunia akhir zaman ini. Bukan mudah yang pastinya. Tetapi ingatlah, mujahidah teragungku pernah berpesan, andai dia merupakan salah seorang tentera yang bersama imam Mahdi suatu hari nanti, dia mahu melihat sahabaiah2nya, mutarabbi2nya turut berada dalam tentera yang sama.Amin. ya perjuangan kalian tidaklah sesukar mereka.
tetapi setiap manusia itu ujiannya berlainan. Mungkin bagi kalian ujiannya adalah menegakkan Islam di tempat di mana Islam itu dipandang remeh oleh umat Islam itu sendiri. pesanan buat diri sendiri terutamanya, syurga itu bukan mudah untuk diperoleh tetapi andainya ia telah menjadi milikmu, manisnya pasti terasa dan tiada lagi air mata yang akan mengalir. Bangunlah para mujahidah akhir zaman. Kuatkan semangatmu. Keringkan air matamu. Simpan air mata itu agar ia hanya mengalir kepada Penciptanya, Allah. Teruskan segala perjuanganmu. Ingat kami disebelah sentiasa ada andai anda terasa mahu tersungkur. Mujahidah terhebat sanjunganku~~~~ Jazakallah khair.

Tuesday 20 November 2012

Hebatnya para mujahidah-mujahidah itu!

Assalamualaikum w.b.t., Hebatnya para mujahidah itu. Sanggup korbankan segala harta benda mahupun nyawa demi ISlam. Kisah keadaan Gaza yang sangat parah rasanya bukan lagi satu tanda tanya dalam benak fikiran setiap umat manusia di dunia ini. Kisah kesengsaraan mereka mendapat simpati para penduduk dunia, namun masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil bagi mengubah nasib mereka. Andai kata Israel dapat menawan bumi Palestin yang suci, nescaya ibarat mereka dapat menawan seluruh dunia. ALlahurabbi. Bayangkan bagaimana keadaan umat Islam andai kata keadaan itu berlaku. DApatkah ISlam masih menjadi agama yang terulung di dunia ini? Syahidnya para pejuang Islam di bumi Palestin membuatkan ramai orang tertanya-tanya adakah lagi manusia di muka bumi ini yang sanggup mati demi agama seperti mereka? mungkin ada... tapi mampukah Islam itu ditegakkan kembali? Allhuakhbar.
para muajhidah ini juga berani menetang segalanya. Mampukah kita menjadi seperti mereka? mampukah aku? Sebenarnya walaupun kita tidak mampu syahid dalam peperangan seperti mereka, namun jihad untuk agama itu wajib kita tunaikan. Cuma mungkin dalam keadaan yang berbeza dengan mereka. Dalam keadaan yang lebih mudah daripada mereka. Kata-kata seorang murabbi ku, umat Islam terdahulu membeli syurga dengan darah, tetapi umat di Malaysia hari ini membeli syurga dengan keadaan yang amat selesa, masjid dan surau ber-aircond dan sebagainya. Tetapi hal itu tetap berat bagi kita untuk dilaksanakan. Peringatan buat diri sendiri. Mujahidah yang hebat tak semestnya ditemui di Gaza cuma. Disekeliling aku penuh dengan mujahidah-mujahidah yang kukuh bentengnya. Yang mangalir air matanya demi Islam, yang cekalkan hatinya untuk kemenangan Islam, yang rela menginfakkan harta mereka walaupun masih bergelar pelajar demi mengeratkan ukhwah umat Islam,. Namun dalam setiap perjuangan pasti ada halangannnya. Jalan perjuangan mereka bukan mudah, sangat berliku sehingga menitis air mata jihad mereka. Allahurabbi,. Kasihnya aku pada perjuangan mereka. Aku sangat lemah jika nak dibandingkan dengan kekuatan mereka. Para mujahidah-mujahidah akhir zaman, para murabbi-murabbi ku, bangunlah! Kuat demi Islam. Aku tidak mampu menjadi seperti kalian, tetapi aku tetap akan berada menyokong disebelah kalian. Aku tahu kalian tidak pernah terjatuh walaupun ditolak bertalu-talu. Sabarlah dengan ujian. Insya Allah syurga Allah milik kalian. Sayang mujahidah pejuang Islam ku sekalian. :) Kak Aina Syuhada Kak Misra Asthana Kak Nik Nurliyana Ayunni Jazakallah khair~

Saturday 17 November 2012

SYIFA' QALBI~~~

Syifa' Qalbi tu adalah nama bagi 'sharing is caring' aku atau lebih tepatnya usrahku. Alhamdulillah mendapat kak Nik Nurliyana Ayunni bt Zukri sebagai akak mentorku. Terasa sangat bertuah kerana JPK Kerohanian surau Mawar merupakan akakku di Shah Alam ini. Kak Ayuni is known as the great woman here. hehe. To me, dia seorang yang sangat berani utk membangkang pendapat orang lain andai kata dia tak bersetuju dengan sesuatu hal. Kata-kata yang keluar dari mulut beliau jugak sangatlah bermotivasi dan mampu menyedarkan kita dari tidur yang panjang~~~ Terasa ibarat kena lempang kat muka utk tersedar dari tidur tu. hihi. Alhamdulillah ada 4 org ahli usrah under kak yuni that is me myself, nor shahidah from kolej delima, nik atikah and ain ezzati. I'm the oldest sister as my date of birth is in january,... I've got 3 new sisters.. hehe. i'm the along, shahidah the angah, nik atikah the achik and last but not least ain ezzaty as the uchu. hihi. we also got kak Ash as our senior sister. kak Ash seorang yang sangat kiuttt... :) aktiviti pertama yang kitorang buat ialah....
seronok. lepas tu ada sesi ta'aruf sikit. berkenalan dengan saudara-saudara baru. :) seterusnya ialah aktiviti rehlah a.k.a. explorace sahabat surau. sekali lagi i can say sangat seronok yang mana merapatkan ukhwah antara kami. having fun di samping mempelajari sesuatu yang sangat berguna disana. In syaa Allah berharap ukhwah yang terjalin akan berkekalan till jannah. love semuanya~ :)
konsep usrah itu sendiri tidak dilupakan iaitu ta'aruf, tafahum dan takaful. saling berkenalan, saling memahami dan saling menbantu antara ahli usrah. ukhwah itu terjalin di jalan Allah dan berharap ianya mendapat redha Allah.

Tuesday 6 November 2012

kegagalan.

Assalamualaikum, lumrah manusia memang takut akan kegagalan kan? Gagal dalam exam, gagal dalam perkahwinan, gagal dalam hidup, dan macam-macam lagi la. Tapi sedar tak sebenarnya kegagalan kadang-kadang boleh menjadi penyebab kebangkitan seseorang? Andai beliau tidak merasa gagal pada awalnya, mustahil beliau akan sedar akan kesilapan dan kekurangan diri dan mungkin beliau tidak mampu untuk menjadi yang terbaik. Bukan lah nak menyuruh agar semua orang untuk gagal pada peringkat awal, cuma apabila kita telah berusaha tetapi tetap gagal, jangan gundah gulana, biarlah apa orang nak kata, teruskan usaha insyallah kejayaan pasti menjadi milik kita. Ingat, INSYALLAH, maknanya hanya dengan izin Allah. Andai kita telah berusaha tetapi masih lagi gagal, mungkin Allah tak izin. sabar. ye memang senang cakap sabar andai tak berlaku pada diri sendiri kan? tetapi apa lagi yang mampu diucap? dunia ini milik Allah, andai Allah tak izin sesuatu berlaku itu adalah hakNya sebagai pencipta. Adakah kita sebagai hamba yang hina layak untuk komplen itu dan ini? sabar semuanya ada hikmah ataupun ujian bagi kita. Andai diri kita belum diuji, layakkah kita untuk mengaku kita beriman kepada Allah? jadi orang-orang yang beriman sekalian, sabarlah ketika diuji bagi menunjukkan keimanan dan ketakwaan kita pada Yang Maha Kuasa. Insyallah, andai kejayaan dunia tak dapat kita kecapi, pastikan kejayaan akhirat milik kita. Insyallah. p/s: baru lepas merasa sesuatu kegagalan, sangat down, terima kasih kepada seorang senior yang tetap memberi semangat dan dorongan. Walaupun payah mana kehidupan ini, tetap struggle untuk berjaya. Insyallah. Jangan hanya bercakap. tapi lakukan!!!! Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin manakala mati merupakan hari kebebasan mereka dari penjara~ wallahualam. Jazakallah khair.

Saturday 3 November 2012

ujian untuk manusia.

Assalamualaikum,

Ujian. itulah perkara lumrah dalam hidup manusia. Insyallah manusia yang kuat imannya akan terima segala ujian dengan kesabaran yang tinggi. Tapi kadangkala ujian akan merosakkan iman seseorang andai mereka terlalu lemah dan mula menyalahkan Maha pencipta. Allahurabbi.

Nak cerita sikit kisah aku dari Kedah balik ke Shah Alam hari ni. Allahuakhbar. Rasa banyak sangat dugaan nya sebelum dapat sampai ke sini dengan selamat. Firstly, Alhamdulillah sebab aku dah sampai sini (shah alam) dengan selamatnya. Kisah yang terduganya mula masa sebelum bas bergerak tadi lah. Sepatutnya bas bergerak 10.30 pg . Tpi sebab banyak sangat masalah dengan urusan penumpang, jadi sejam kemudian bergerak. Masalahnya ialah sistem pengurusan syarikat bas tu yang bagi aku sangat sangat sangat sangat teruk. Ramai penumpang yang dapat nombor tempat duduk yang sama. Maknanya dalam satu sit tu ada dua orang yang dpat. macam mana nak duduk kan? Antara penumpang yang terjebak dengan masalah tu termasuklah aku. Jadi tetiba diorang suruh aku yang dah duduk ni untuk turun. Allah. Rasa ujian pertama ialah apabila ayah aku naik dan marah-marah dalam bas. yes i do respect my dad kerana sikap protection nya terhadap anak perempuannya. Tetapi yang aku kesalkan pekerja yang uruskan tiket-tiket penumpang tu sangatlah kurang ajar. mungkin mereka adalah pekerja tidak terlatih tetapi sekurangnya hormatlah kepada pelanggan kan. apa yang ayah aku cakap diorang melawan balik. takut sangat aku tadi. dah macam nak bergaduh nampaknya. aku tetap ajak ayah aku turun lah nak elak benda lain jadi kan. jantung tu jangan kata lah berdegup kencang teramat. takut bila mendengar suara-suara yang ditinggikan. terpaksa lah aku turun. masa kat bawah tu jumpa sorang kawan aku yang jugak student uitm. dia pon tak dapat naik kerana dah ada orang duduk tempat yang sepatutnya dia duduk. tapi aku tetap dapat naik bas tu tapi terpaksa tukar tempat lain lah. thanks to my dad yang buat kecoh nak report polis. kalau tak memang rasanya sampai sekarang aku tak sampai lagi shah alam. mungkin esok. kawan aku tu tetap tak dapat naik lah. memang ramai sangat yang tak dapat naik tadi. sebab bas dah penuh dan masalah nombor sit yang sama. Allahurabbi. kessal sangat dengan cara pengurusan syarikat bas tu. apa yang diorang cakap masa semua orang tanya masalah ialah ' pergi tanya kaunter' , 'sori tiket awak tak da dalam record, so awak kena turun'. hey! apa yang pelanggan tahu tentang record? salah pelanggan ke bila kita beli dari kaunter? macam mana yang kitorang nak pegi check record bas korang pulak? haih..seriusly tak paham. memang ramai jugak parents yang tengking-tengking atas bas dan luar bas marahkan pekerja-pekerja tu. at least diorang sepatutnya show some respect to customer. tak susah. tapi aku respect ada dua orang brother ni yang bila disuruh turun, diorang taknak. respect bila diorang bangkitkan hak sebagai pengguna dan bukan salah mereka bila tiket mereka tak da dalam rekod. rasa macam nak berdiri dan tepuk ja dalam bas tadi. tapi seperti biasa pekerja tu marah-marah walaupun brother tadi dah gunakan tone suara yang pada aku sopan dan tak melambangkan kekerasan. what the heck with all those workers??? fyi, pekerja-pekerja bas tadi semuanya lelaki dan agak muda lah. tak da budibahassa. sombong tak bertempat. Allah.. kesal sangat kenapa tak diamalkan nilai-nilai budi bahasa yang ada. bila dengan gadis-gadis yang cantik, boleh pulak cakap sopan, lembut dan buat lawak agak b*d*h bagi aku. serius meluat. geli dengar.okay kisah brother tadi pulak ialah diorang dapat stay dalam bas tu. tu lah andai kata kita berlembut, emang kita akan mudah ditindas. memang kena kasar sikit dengan orang yang sombong dan suka menyindir macam pekerja-pekerja bas tu. respect my dad, those brother dan para-para dad yang sanggup bertengking demi nak dapat tempat untuk anak-anak diorang dalam bas tu. kasih sayang seorang ayah sampaikan tak rela melihat anaknya ditindas dengan mudah oleh mereka yang suka buat kerja sambil lewa. love my daddy sangat.
  lagi satu masalah ialah bas tu dipandu dengan keadaan yang agak laju. ditambah dengan hujan lebat sepanjang perjalanan, risau jugak aku. aku tengok kedua-dua brother tadi pon mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan cara pemanduan pemandu bas tu yang agak kurang sabar.
 Bukan sebab pandu laju sahaja, aku takut perjalanan tadi tak dapat perlindungan dari Allah. Sebabnya sebelum bergerak lagi dah ada doa-doa yang tak baik dengan bunyi makian-makian, rasa tidak puas hati dan sebagainya. husnuzon, mungkin pemandu ada baca doa naik kenderaan. tapi sepanjang perjalanan pemandu asyik memaki pengguna jalan raya lain macam jalan raya tu dia yang punya, tak kurang dengan membunyikan hon menunjukkan sikap kurang sabarnya dia, ketawa terbahak-bahak sepanjang pemanduan dan sebagainya. Allahurabbi. hati ni gundah sepanjang perjalanan tapi hanya doa yang mampu diungkapkan.
tiba-tiba terfikir andaikata nyawa aku dicabut malaikat maut tadi, tertanya-tanya apa yang aku buat sepanjang perjalanan? adakah aku sedang tidur sambil mendengar lagu yang melalaikan? adakah aku sedang bergelak ketawa tak ingat dunia dengan orang sebelah? adakah aku lalai fikirkan dunia? adakah aku sempat  minta maaf dengan mak dan ayah? Alhamdulillah selamat sampai terus telefon mak. lega semuanya selamat. dan apa yang aku buat sepanjang perjalanan ialah membaca. banyak muhasabah diri jugak dengan kejadian hari ni. sedikit lega kerana sepanjang perjalanan aku tak terdetik nak buat perkara yang bukan-bukan.
    ni adalah pengajaran dan pengalaman bagi aku yang pertama kali dalam hidup yang terpaksa berjauhan dengan keluaga dan berdikari. sentiasa yakin yang Allah ada dan dekat dengan kita. Allah sentiasa lindung dan tolong kita. Insyallah semua selamat.
~hasbiyallah wani'malwakil, fani'mal maula wani'malnassir~

Surely, lepas ni takkan guna perkhidmatan bas tersebut selamanya, insyallah~
jazakallah khair.

Thursday 1 November 2012

Allahurabbi.

Assalamualaikum w.b.t.,

Jumpa ayat ni dekat facebook tadi. Allah.. Baru sedar kenapa susah sangat ilmu nak melekat dalam kepala. Maknanya banyak lagi benda tak betul dalam diri ni. Banyak sangat lagi nak kena repair. Allahurabbi, moga-moga Allah permudahkan apa yang diniatkan hati. Ada jugak kawan cakap, andai solat tak kusyuk, ilmu pun susah nak masuk. Takut~ Risau andai ibadah yang dilakukan tak diterima Dia. Nak sangat elak dari buat perkara yang ikut nafsu semata. Tetapi diri selalu alpa. Tu la susahnya dunia. Allah. Perlu sangat jaga diri ni. Dunia ni ibarat penjara bagi orang mukmin dan kematian adalah kebebasan bagi orang mukmin. Andai aku masih gagal nak menjadikan dunia ini sebagai penjara buat diri aku, maknanya aku bukan lagi seorang mukmin yang baik. Masih banyak perlu diperbaiki. Aku nak jadi baik! itu yang utama. Bukan sebab sesiapa. Tapi hanya untuk Allah. Hati ni masih banyak perlu dibersihkan. Mungkin dah terlalu banyak titik-titik hitam yang melekat. Allahrabbi. takut, takut, takut. Ya Allah jangan biarkan aku terlalu jauh dariMu~ Insyallah cuba sedaya upaya lawan segala nafsu durjana ni. Permudahkanlah ya Allah. Perlu istiqamah dalam memperbaiki diri. Istiqamah dalam belajar. Bersihkan hati, tetapkan niat. Permudahkanlah Ya Allah.

    Mungkin masih banyak perlu dimuhasabahkan oleh diri sendiri. Mungkin ada yang tak kena lagi dengan hablulminallah,habluminnannas. Kena jaga lagi hubungan dengan semua terutama dengan Dia. Dekatkan diri dengan Dia. Ingat mati duhai hati!!! Taubat lah hatiku~~ Allah perlu bantuan untuk tunjuk jalan yang lurus. Bantu aku Ya Allah!

~keluhan hati yang nak sesangat berubah dan takut dengan dosa yang melimpah~~~~ :'(

Jazakallah khair.

Tuesday 25 September 2012

Islam yang tidak Islam.

Assalamualaikum,

Islam itu apabila dipegang oleh orang yang tidak ada ilmu maka punahlah ia.. Aku bukan nak bercakap mengenai politik mahupun parti itu dan ini. Ini adalah situasi yang berlaku pada realiti kini.  Entah kenapa sesuatu yang halal itu diharamkan sewenang-wenangnya.. sedih sangat hati aku ni.. Macam mana lagi aku nak dapatkan makanan rohani andai kata program kerohanian itu sendiri tidak dibenarkan. Sedihnya, individu itu bukanlah beragama lain tetapi Islam sendiri. Kenapa orang tidak mempunya ilmu secukupnya dibenarkan memerintah satu organisasi yang sangat-sangat memerlukan orang yang mempunyai ilmu? Astagfirullahalazim... itu saja yang dapat aku luahkan... kenapa? kenapa? dan kenapa? sampaikan orang yang mempunyai ilmu itu sendiri terpaksa tunduk dengan mereka.

Mungkin ada yang tak faham. Biarkan hanya yang memahami terus berfikir dan yang tidak faham terus menghakimi.

Mengapa program kerohanian terus dibendung habis-habisan sedangkan masalah couple, lesbian mahupun gay masih berleluasa? Kenapa itu yang tidak dibendung? Kenapa dibiarkan mereka terus hanyut? Andaikata tiada lagi program kerohanian, apa lagi yang mampu untuk menarik mereka ke rumah Allah. Ya, bacaan al-quran itu wajib dibaca dengan tajwid dan makhraj yang betul, tapi jika untuk menarik orang dari melakukan dosa untuk bertaubat, itu bukan cara yang sesuai. Al-quran itu harus diterjemah untuk mengetahui keindahannya dan penterjemahnya haruslah orang yang berilmu,. Jika tazkirah mahupun ceramah tidak dibenarkan, adakah kita mahu mereka menterjemah al-quran itu sesuka hati mereka? Dosanya kita jga yang tanggung. Mungkin ini ujian. Tapi aku sangat-sangat memerlukan makanan rohani andai mahu terus istiqamah dengan jalan ini. Ya Allah moga aku tidak terpesong jauh ke jalan yang salah. Dan aku berdoa semoga pengurusan ini berubah untuk kebaikan bersama. Islam ini bukan sekadar tajwid dan qiraati semata-mata. Islam itu luas dan janganlah disekat ilmunya. Jika umat Islam itu sendiri yang menyekatnya, maka siapa lagi yang akan meneruskan kerja sebagai dai'e?????? Bantulah Islam dan orang yang ingin berubah. Insyallah aku doakan semoga semuanya mendapat redha Allah dan tabahkanlah hati kami untuk menghadapi segala ujian dan dugaan~~~

Jazakallah khair. :(

Saturday 25 August 2012

Kenapa tak boleh Islam?

Assalamualaikum,

Masa sembang-sembang dengan mak pada suatu tengah malam, mak ada cerita mengenai satu kisah tentang seseorang yang dikenali. Aku namakan dia X la.. X ni perempuan. Memang sangat cantik, subhanallah, ciptaan Allah yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Memang semua ahli keluarga X ni cantik-cantik dan kacak-kacak. Alkisahnya macam ni lah.. Disebabkan kecantikan si X ni, so memang ramai la peminatnya. Ada yang sampai nak ambil mak si X ni mak angkatla, ada jugak yang katanya sanggup berhenti hisap rokok setelah berjumpa dengan si X ni.. Dan dalam ramai-ramai peminat si X ni, ada la jugak seseorang yang beragama Kristian turut menyukai si X.. Si X pun agak suka dan menyenangi si lelaki yang aku namakan Y.. Tetapi emak si Y ni pun ada lah pulak syaratnya. Yang mana si Y boleh keluar dari agama Kristian dan boleh memeluk agama lain. Dah cukup bagus lah ni kan? Tetapi syarat emak si Y ialah boleh menganut agama apa sahaja kecuali ISLAM !!!  Kenapa?

Ni lah point penting yang aku nak ketengah kan.. Kenapa orang beragama lain begitu membenci Islam? Adakah mereka termakan dengan propaganda orang luar bahawa Islam itu terrorist? Atau atas sebab kegagalan umat Islam sendiri yang menunjukkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Islam? Atau kerana takut terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga atas dasar umat Islam tidak boleh makan makanan yang haram seperti mereka makan? Mungkin juga mereka berpendapat agama Islam itu begitu sukar dan terlalu banyak kongkongannya.. Kenapa tidak kita sebagai umat Islam tunjukkan betapa mudahnya agama Islam yang syumul?

Sebenarnya mereka tidak dapat membezakan diantara Melayu dan Islam. Memang jumlah jenayah yang dilakukan oleh orang Melayu tinggi nilainya, tapi tak semua melayu itu Islam.. Mungkin hanya islam pada nama dan kad pengenalannya.. Seharusnya mereka tidak boleh hanya menilai orang lain tanpa mengenalinya.. Dan kita sebagai umat Islam juga seharusnya berusaha menunujukkan keindahan dalam Islam. Ini adalah pesanan buat diri aku sendiri juga. Insyallah sama-sama kita muhasabah diri dan terus menunjukkan kepada orang luar bahawa Islam itu bukan TERRORIST seperti yang mereka sangka.

Mengenai cerita tadi pula, kata emak aku, mereka tak bersama pun. Sebabnya Si perempuan rasa agak rendah diri dan tak layak bersama si Y kerana si Y kini bergelar seorang doktor dan dia hanyalah seorang lepasan ijazah dalam kursus yang tidak sehebat si lelaki. Dan mungkin juga kerana tidak sanggup menerima tentangan dari emak si Y. Moga mereka dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik. Insyallah.

ISLAM ITU INDAH~

Jazakallah khair. :)

Thursday 23 August 2012

kongsi

Assalammualaikum,

Dai'e atau bermaksud pendakwah. Bagi aku bukan senang nak jadi seorang dai'e.. Memang, tapi paling tidak pun kita kena berkongsi apa saja ilmu yang kita ada untuk kebaikan orang lain. Tapi adakah kita mampu untuk berkongsi? Dan adakah orang lain mampu untuk menerima ilmu yang kita kongsi? Ni cerita aku.. Memang aku bukanlah seorang dai.e. Memang tak layak langsung kiranya. Tapi aku rasa nak jugak kongsi apa yang aku ada, walaupun ilmu aku sememangnya tersangat dan teramatlah cetek. Sebenarnya aku tak ada keberanian langsung nak berkongsi benda-benda yang berkaitan dakwah ni. Sebabnya aku malu, berpendapat ilmu aku yang teramat dan tersangat cetek tak layak nak ajar orang lain, takut orang lain mempersoal apa yang aku kongsi, takut apa yang aku kongsi itu salah dan banyak sangat lah halangan lain. Yaa terlalu banyak perasaan malu dan takut. Aku ada tengok rancangan Tanyalah Ustaz kat tv9 tu pasal tajuk macam ni lah, dan aku ada baca kat satu majalah jugak. Kata ustaz2 perasaan takut dan malu untuk kongsi benda baik tu adalah daripada syaitan. Tak kira lah banyak mana pun ilmu kita, kita kena jugak kongsi benda baik tu dengan orang lain untuk kebaikan. Contohnya jika kita tau dah memang apa yang dia buat tu salah, lebih baik kita tegur la kan.

Tapi aku masih tak ada kekuatan sampai tahap tu. Aku masih tak ada keberanian nak tegur kesalahan orang lain. Apa yang aku mampu cuma kongsi benda-benda yang baik. Contohnya di Facebook, aku cuma mampu like dan share sahaja ilmu-ilmu yang aku rasakan bermanfaat bagi aku dan semua orang lain. Nampak sangat betapa lemahnya iman aku sebagai seorang hambaNya. Kenapa aku tak ada kekuatan tu? Sebab aku tak ada ilmu. Sememangnya ilmu tu dapat membina keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan orang lain kan? Contohnya, aku tau couple itu haram, tapi aku masih dan memang tak berani nak bagitau macam tu kat orang lain. Mungkin aku risau mereka akan mempersoalkan sesuatu yang tak akan boleh aku jawab, kesalahan lalu yang aku pun turut terjebak, dan takut aku pun akan mengulangi kesalahan yang sama.

Aku cemburu dengan golongan-golongan yang dulunya jahil, tapi setelah dapat melihat azab Allah mereka berubah menjadi baik. Betapa bertuah mereka dapat lihat kebesaran Allah yang membuatkan mereka begitu takut dengan Allah. Contohnya pelakon Yatt Hamzah. Beliau dapat lihat diri nya sendiri sedang diazab,.. Subhanallah.. Sememangnya aku cemburu....

yaa.. kadang-kadang aku menyesal kenapa la aku tak pergi sekolah agama time sekolah dulu? hmmmm... tapi tak semestinya pergi sekolah agama aku akan jadi baik kan.. Jadi, apa pun masih belum terlambat untuk aku berubah ke jalan Allah yang sebenarnya. Dan seharusnya aku sentiasa husnuzon dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk aku.

Aku bukan nak berdakwah untuk tunjuk aku baik atau kau jahat, tapi itu cara untuk aku mengingatkan diri aku sendiri, betapa jahilnya seorang aku ini...

*terlalu banyak perkataan 'Tapi' dalan post ni kan? Tapi adalah satu perkataan yang negatif. Kurangkan penggunaannya. Insyallah.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Jazakallah khair.. :)

Thursday 2 August 2012

La tahzan, innallahmaa'ana. :)

Assalammualaikum,

'La tahzan, innallahmaa'ana' . Rasanya semua orang dah tahu maksud ayat ni kan? Maksudnya 'jgn bersedih kerana Allah bersamamu'. Bila kita tak dapat apa yang kita nak, dah tentulah kita akan rasa sedih, down, keciwa teramat sangat dan otak kita akan selalu bertanya 'kenapa?' kenapa? dan kenapa? .. Kadang-kadang kita rasa apa yang tak cukup lagi? Kita dah doa, usaha, dan tawakkal tapi tetap tak dapat apa yang kita nak kan? Aku pun pernah macam tu,. Tak dapat terima sesuatu kegagalan tu dengan mudah.. Memang la boleh terima semua tu, tapi ambik masa sikit untuk recover dari kekecewaan tu.. Okay ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan orang lain jugak.. Sebenarnya kita sebagai hamba Allah kena selalu ingat apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah dah tetapkan segalanya untuk diri kita. Jadi seeloknya kita terima la dengan hati yang terbuka setelah kita usaha, doa dan tawakkal. Tapi ada juga sesetengah orang yang bila menemui kegagalan, dia tak mahu berusaha lagi. Dia berpendapat itu adalah ketentuan Allah s.w.t.. Salah tu. Kadang -kadang Allah bagi kita kegagalan sebab mungkin kita tak cukup usaha, so kita kena la tambah usaha untuk dapat apa yang kita mahu. Kena tambahkan berdoa kat Allah. Allah takkan mengecewakan hamba Nya yang berdoa setulus hati dan penuh pengharapan. Percayalah. Dan mungkin jika kita masih tak dapat apa  yang kita nak, maknanya benda tu tak elok untuk kita. Allah tahu apa yang kita perlu. Sentiasa ingat yang Allah s.w.t. takkan bagi apa yang kita mahu, tapi Allah  akan bagi apa yang kita perlu. Tidak mendapat apa yang kita mahu dapat menjadikan kita lebih muhasabah diri, bertawakkal kepada Allah, lebih berusaha dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Ingat, sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Jika kita selalu ingat Allah, insyaallah Allah akan selalu jaga kita. Jika kita ikut perintah Allah, insyallah Allah takkan lupa kita. Tetapkan niat  dalam hati yang segala yang kita lakukan adalah untuk jalan Allah. Insyallah semua akan okay. Jadi, mulai hari ni, sentiasalah berfikiran positif dalam apa jua badai yang melanda dan jangan lupa Allah !

 Aku sayang Allah s.w.t. :)

Jazakallah khairan. :)

Wednesday 1 August 2012

Ramadhan 1433Hijrah .

Assalammualaikum,

Alhamdulillah Ramadhan 1433Hijrah ni aku dapat sambut dengan keluarga. Sebabnya aku baru je habis matrik bulan April lepas. Insyallah bulan September 2012 aku akan sambung degree in civil engineering di UiTM Shah Alam. Aku rasa bersyukur sangat sebab bulan Ramadhan ni aku dapat manfaatkan dengan sebaiknya. Aku rasa ni lah time aku nak hayati Ramadhan betul-betul sebab sebelum ni aku sambut Ramadhan masa tengah belajar. Boleh dikatakan kurang sikit la amal ibadat tu. Tapi sebenarnya perkara tu tak patut dijadikan alasan pun. Ye lah walau sesibuk mana pun seseorang tu, dia tetap kena cari masa nak beribadah masa bulan Ramadhan ni. Bukannya bermaksud bulan Ramadhan ja kita nak beribadah, bulan-bulan lain pun kita tetap wajib beribadah cuma bulan Ramadhan ni adalah satu peluang keemasan yang patut dimanfaatkan oleh semua umat Islam memandangkan pahala bagi setiap ibadah pada bulan Ramadhan ni dilipatgandakan selain syaitannirrojim pun turut dikurung. Jadi mudah sangat lah nak kumpul pahala masa bulan puasa yang barakah ni.. Cuma bergantung pada kekuatan iman masing-masing sebab walaupun syaitan dah diikat dan dikurung di sebalik pintu neraka tapi nafsu dalam diri masih bebas. Jadi kekuatan iman seseorang sangat penting untuk membolehkan mereka tetap beribadah masa bulan puasa ni. Bagi aku, time-time cuti macam ni lah yang memudahkan aku untuk aku beribada kepada Allah s.w.t.. Mungkin Ramadhan yang akan datang nanti aku dah tak dapat nak manfaatkan dengan sebaiknya lagi. Ditambah dengan kesibukan kuliah dan sebagainya.. Ada jugak kenalan2 aku yang kata bosan la cuti masa bulan puasa ni, tak tahu nak buat apa. Astagfirullahhalazim.. Masa ni la nak  topup pahala banyak2 kan... Entah tahun depan kita dapat merasai nikmat Ramadhan atau pun tak.. Insyallah sama2 kita manfaatkan Ramdhan kali ini dengan sebaiknya.. Elakkan membazir di bulan Ramadhan.. :)


Ramadhan kareem ! ~~ Allahuakram!

Jazakallah khairan. :)

Penulisan pertama.

Assalammualaikum,



Alhamdulillah di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, tiba-tiba hati aku terpanggil pula nak mempunyai sebuah blog. Mungkin sebab melihat semakin ramai orang yang mempunyai blog dan menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi segala berita dan pengetahuan. Bagi aku blog ini sangatlah berguna sekiranya digunakan untuk menyampaikan segala maklumat yang sememangnya dapat memudahkan orang lain. Aku hanya ingin sekadar berkongsi selain ingin memperbaiki diri aku sendiri. Insyallah, moga-moga dunia blog ini akan menjadi satu titik perubahan bagi diri ke arah kebaikan. Jom berubah menjadi hamba Allah s.w.t. yang baik. :)

Jazakallah khairan. :)

Sahabiah: