Saturday 23 February 2013

Allah tak pernah berhenti memberi..

Assalamualaikum wbt.,






 Alhamdulillah semalam berkesempatan pegi melawat jiran yang sedang sakit di hospital. Subhanallah.. Keadaan nya agak teruk. Dah hampir sebulan asyik berbaring saja. Mestilah badan-badan bertambah sakit, kaki pun membengkak sebab jatuh dalam tandas ditambah bahagian belakang badan yang dah lebam-lebam disebabkan baring terlalu lama. Allahurobbi.. Tak dapat nak bayangkan macam mana rasa sakitnya.. Leher pun takdapat nak bergerak. Terpaksa melihat ke kanan saja sebabnya tak dapat nak pusing ke kiri. Terbayang macam mana lenguhnya leher cik zan(nama jiran)....

  Teringat macam mana keadaan cik zan masa sihat dulu. Lain sangat nak dibanding sekarang.. Saat Allah nak tarik sesuatu nikmat yang diberi kepada hambaNya, sekejap saja.. 'Kun fayakun'.. 'Jadilah. maka jadilah sesuatu itu'.. Subhanallah.. Besar kuasa Allah..

   Saat melihat keadaan cikzan, hati terdetik betapa besar nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya. Nikmat terbesar ialah nikmat Islam.. Nikmat iman.. Tak kurang nikmat kesihatan, keselamatan, kebahagiaan, ketenangan hidup, dan macam-macam nikmat lagi.. Yang terlalu banyak. Allah dah beri nikmat kesihatan, tapi bila Allah tarik satu nikmat saja, kita sudah sampai terbaring.. Apabila Allah tarik nikmat kesihatan, kita sudah tak mampu nak bergerak.. Itu baru nikmat kesihatan, belum ditarik lagi nikmat-nikmat yang lain. Jangan lah sampai nikmat terbesar juga ditarik.. Nauzubillah.. Jangan lah sampai nikmat Islam dan iman sudah tiada dalam diri...


     Kemudian hati tertanya lagi, terlalu banyak nikmat diberi, tapi setakat mana aku mensyukuri? Kadang-kadang diri ini terlalu banyak merungut.. Terlalu banyak komplen itu dan ini.. Allah.. Sedangkan nikmat yang Allah beri sudah tak terhitung banyaknya.. Tapi tak pernah bersyukur.. Tak pernah ingat Tuhan.. Bila sudah ditarik satu nikmat, baru menyesal.. baru nak sedar betapa berharganya nikmat yang sudah Allah beri..



   Sebenarnya diri sendiri pun alpa juga, tentang nikmat-nikmat lain yang Allah hadiahkan buat umatNya. Yang lebih diberi keutamaan adalah kekurangan dalam hidup.

'kenapa aku tak kaya?'
'kenapa aku tak pandai?'
'kenapa aku tak bahagia?'

   Subhanallah.. Yang disoal cuma kekurangan dalam diri. Kenapa tak disoal kelebihan yang Allah dah beri? kita kurang sedar dengan nikmat-nikmat lain yang kononnya tak penting. Nikmat kesihatan, keselamatan.. Nikmat dapat hidup di bumi Tuhan. Nikmat dapat menelan, merasa makanan, nikmat jari yang bergerak untuk menaip... Semua itu kita tak nampak.. Kita pandang remeh.. Kita lebihkan merintih dengan kesusahan, kekurangan.. Allah..

    Dalam satu situasi lain, kita terlupa yang nikmat Allah itu terlalu misteri. Kekadang kita merasa kita melakukan sesuatu sudah cukup ikhlas, sudah cukup tekun.. Tapi kita merungut bila tidak mendapat balasan, bila usaha tak dihargai.

     Contoh situasi, seorang lelaki yang bekerja dengan jujur, tekun demi membangunkan syarikat. Tapi tak pernah dinaikkan pangkat, tak pernah dipuji.. Sudah fitrah manusia, sukakan penghargaan.. Ada pula seorang lelaki lagi yang kerjanya tidak sekuat mana, yang banyaknya mengampu membodek. Terus dinaikkan pangkat.. Pastinya ada rasa tidak puas hati dalam diri lelaki pertama tadi. Diri mulai tidak bersyukur. Mulai mempersoal di mana balasan atas perbuatan baik yang dilakukan..

     Yang nak dikata disini ialah kadangkala kita tak nampak nikmat yang Allah berikan. Contohnya, lelaki pertama tak sedar Allah sudah beri balasan atas perbuatan baiknya tapi dalam bentuk yang lain. Contohnya, kesihatan tubuh badan, keluarga yang bahagia, anak-anak yang menjadi dan macam-macam lagi. Kita manusia lemah, kadangkala terlepas pandang akan nikmat Tuhan yang melimpah ruah.. Itulah perlunya muhasabah diri..

      Bahasa kasarnya manusia tidak pandai berterima kasih.. Allah sudah beri bermacam nikmat namun sedikit sahaja yang bersyukur.. Cuba refleksi diri kembali, berapa kali dalam sehari kita mengucapkan Alhamdulillah?? Allah...



     Tetapi Allah tidak pernah berhenti memberi. Biarpun umatnya tidak bersyukur, biarpun umatnya tak mengucap terimakasih, biarpun umatnya tak beriman kepadanya, biarpun umatnya itu kafir mahupun derhaka.. Allah tetap terus memberi, memberi dan memberi...

     Saat Allah tarik nikmat kesihatan cikzan, Allah sudah berikan pula anak-anak yang menjadi buat beliau. Semasa cikzan terlantar, masih ada anak-anak yang menjaganya sepenuh hati. Diberikan segala perhatian buat cikzan. Dijaga dengan penuh kasih sayang tanpa ada sedikit rungutan. Allahuakhbar.. Allah tak pernah terlupa memberi.. Walau manusia sentiasa terlupa mengingati..




  Ingatlah.. ALLAH TIDAK PERNAH BERHENTI MEMBERI.. Maka bersyukurlah atas segala nikmanya~ Alhamdulillah..

Ayuh balas kebaikan Allah dengan melaksanakan perintahNya!

Allah sangat baik!



Jazakumullah khair..

   

Wednesday 20 February 2013

Untuk yang menegur dan ditegur~

Assalamualaikum wbt,.

Sebenarnya manusia ni susah nak terima teguran kan? Diri sendiri jugak. We always think that we are right and others are wrong. Yes! Its hard to accept other people opinion.

Bila ada orang tegur kita lebih suka bandingkan diri si penegur pulak. Kononnya dia pun tak betul ada hati nak tegur orang.. Begitulahh...


Ini sekadar peringatan buat diri sendiri jugak. Perlu biasakan diri mendengar dan menerima teguran orang lain. Orang lain lebih nampak kita macam mana, apa masalah kita and so on lahh.. Yes kadangkala kita cakap kita lebih kenali diri sendiri berbanding orang lain. Tapi manusia kan lemah, ada masa terlepas pandang jugak. Mungkin orang lain nampak kekurangan tu, terimalah dengan positif. 

Ada jugak yang dengan senang hati cakap, anda boleh tegur saya apa sahaja, saya terima. Tapi saat ditegur, melenting. Merajuk sebulan. Aduhai.. 

Memang susah nak menerima. Orang lain enak mengkomen itu dan ini, begitu begini.. Kita yang mendengar yang terseksa kan? Tapi, jangan tolak semua 100%.. Dengar dahulu, kemudian fikir. Ada betul atau tak teguran tu.. Terimalah teguran yang baik.. Teguran yang mendekatkan diri kepada Allah..

Untuk yang mahu menegur pun perlu ada hemahnya juga. Jangan menegur di hadapan ramai orang, tegurlah dia secara bersendirian. Kerana menegur dihadapan ramai, pasti akan menjatuhkan air muka orang tersebut. 



Subhanallah. Moganya, kita lebih mudah menerima teguran ya..
Maaf juga andai diri ini ada tertegur dengan kasar, tak berhemah dan sebagainya. Mungkin ada kelemahan disitu. :)









Jazakumullah khair~







Tuesday 19 February 2013

Wanita terkuat!

Assalamualaikum wbt.,




Wanita terkuat dalam hidup saya pastinya puan emak! Bukan kuat fizikal yang dimaksudkan tetapi kuat mental, kuat rohaninya.. Sepanjang hidup saya, belum pernah melihat emak menangis. Belum pernah terlihat setitis air mata emak mengalir. Tak kisahlah sama ada dalam keadaan sedih, kecewa, terasa, sakit mahupun sedang tengok cerita Hindustan yang sedih. Kadangkala tertanya, dari mana emak dapat kekuatan tu? Macam mana emak sabar sangat? Dengan perangai dua orang anak dara dan seorang anak teruna yang macam-macam kerenah pelik. Tingginya sifat sabar seorang ibu tu sampaikan orang menganggap tak salah buat apa-apa pada insan bergelar ibu. Mereka pasti memaafkan. Macam tu jugaklah saya yang selalu sakitkan hati emak. Kekadang terlupa yang emak juga manusia biasa. Pasti ada yang terasa. Disebabkan sikap mudah memaafkan, kita terlupa mahu menjaga hati ibu. Subhanallah..  Takut andaikata emak mengalirkan airmata disebabkan saya. Pasti ada masa saya mengecewakan emak, meyakitkan hati emak... Betapa emak kuatkan hati, sabar melayan kerenah anak-anak. Hebatnya seorang ibu.. 





  Kuatnya emak saya.. Ayah outstation untuk beberapa hari.. Tugas hantar adik ke sekolah terpaksa diambil alih oleh emak. Kakak pulak tengah praktikal sekarang, emak juga yang ulang alik hantar dan ambil kakak ke pejabat. Petang hantar adik pergi kelas agama. Pergi pasar, ditambah emak mengasuh budak-budak. Malam emak ajar mengaji. Penatnya.. Belum ditambah tugas-tugas lain. Macam mana emak kuat dengan penat fizikal ditambah penat mental melayan anak-anak? Emak dapat tawaran mengajar budak-budak mengaji kat tadika. Mesti la emak tolak. Emak dah cukup penat kan..


   Cuti semester dah nak habis. Lepas ni emak akan jadi lagi penat. Dah takda orang nak tolong di rumah. Dah takda orang nak teman emak masa emak memandu. Hati ni berat nak tinggal emak.. Macam mana nak biar emak memandu sorang-sorang.. Mungkin bagi orang lain biasa.. Tidak bagi anak emak ni.. Mungkin bagi orang lain rutin emak tak seberat mana, tapi bagi anak emak ni, emak dah cukup penat.. Mungkin bagi orang lain emak tak sehebat mana, tapi bagi anak emak ni, emak dah hebat sangat! 


Moga Allah sentiasa menjaga emak, ayah, kakak, adik. JAGA SEMUA. 


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)




Anak emak ni yakin dan sentiasa berdoa, emak masuk syurga. Amin. Moga Allah makbulkan doa anak emak ni. 

Puan Emak saya. <3

Jazakumullah khairan~



Saturday 16 February 2013

Aku Muslimah 'Loser' ! ! !



Aku muslimah, aku seorang pelajar dan aku seorang anak gadis.
Aku seorang muslimah kerana aku Islam.

Gambar sekadar hiasan.

Aku punya Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Aku berpakaian mengikut syariat Islam, aku menutup aurat kerana itu kewajipan aku. Tidak perlu dipaksa kerana itu adalah perkara WAJIB dan perkara wajib itu tidak ada alasan untuk ditinggalkan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam meski diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi.
Aku seorang pelajar.
Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti meskipun keputusan SPM aku biasa-biasa saja. Namun, aku masih lagi gagal. Gagal kerana aku tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Jurusan yang aku belajar sekarang jauh lari daripada apa yang aku inginkan. Membuatkan aku stress kerana aku tidak mencintai apa yang aku belajar sekarang. Aku benci, aku tertekan.
Walaupun aku masih boleh catchup apa yang pensyarah aku ajarkan, tetapi passion nya tiada. Aku tidak ghairah. Tidak ghairah untuk mendalami apa yang aku sedang belajar, tidak ghairah menyiapkan segala tugasan yang aku dapat. Membuatkan aku malas hendak menyiapkan segala kerja yang aku dapat. Malas, malas, benci, benci. Kenapa, kenapa dari dulu lagi aku selalu buat apa yang aku tidak suka. Akhirnya aku yang tertekan. Ahh!
Sehingga suatu hari aku terpana dengan status seorang artis Muslimah, Heliza di laman facebook.
BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?
Aku menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku muslimah loser kerana merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, tetapkan imanku ini.
Aku seorang anak.
Anak kedua dari empat adik-beradik. Aku punya seorang abang dan seorang adik lelaki dan juga perempuan. Aku sangat menyayangi keluargaku. Siapa yang tidak sayang kelurga mereka. Kalau sayang, mestilah bicara baik-baik, kalau sayang mesti selalu ungkapkan rasa cinta, kalau sayang mesti selalu tolong-menolong.
Namun aku bukan begitu. Biacaraku biasa-biasa sahaja terhadap kedua ibu bapaku, bahkan kadang-kadang kasar, dan aku tahu aku mengguris hati mereka. Aku tahu, mereka sedih dan aku hanya mampu menangis di balik pintu. Kerana aku malu... Malu untuk mengungkapkan rasa maaf apabila aku menyakiti meraka, aku malu meluahkan rasa cinta kepada meraka, dan aku malas..malas menolong mereka melakukan kerja rumah.
Ahh.. Aku muslimah loser. Aku muslimah loser kerana aku tidak berasa malu mengungkapkan kata maaf kepada sahabatku tetapi begitu berat untuk diungkapkan kepasa ibu bapa ku begitu juga rasa sayang. Dengan sahabat, aku lain. Aku lembat lembut, aku tidak sampai hati menyakiti mereka. Bukan fake, atau plastik tetapi itu memang perwatakanku dengan mereka. Semulajadi.
Setiap malam aku menangis. Mengenangkan setiap salah dan dosa aku kepada mereka. Akuloser kerana aku hanya mampu menangis tetapi tidak berani untuk berdepan dengan ibu bapaku. Tetapi itu tidak bermakna aku tidak menyayangi mereka. Tidak! aku sangat mencintai mereka dengan sepenuh hati. Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap doaku, setiap hari. Aku berdoa biarlah Illahi menjemput aku dahulu kerana aku tidak sanggup kehilangan mereka dan aku tidak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.
Ibu ayah... ketahuilah aku sangat menyanyangi kalian. Walau apa jua tingkah ku, namun hatiku sentiasa rasa berdosa atas setiap lakuku. Ampunkan dosa anakmu ini ibu ayah..

Dalam hati, aku berdoa moga Allah pertemukan kita sekeluarga di syurga nanti. Amin.

p/s: Subhanallah! Kisah ini sangat dekat dengan diri sendiri..

Jazakumullah khairan.

copypaste:iluvislam

Friday 15 February 2013

UHIBBUKA FILLAH


~perkongsian dari seorang kakak, muslimah solehah perindu syurga~~
Melihat air yang mengalir di sungai ini, hatiku bertambah syahdu. Air yang mengalir, deru yang mengelus, bagai menemani sedihku akan sebuah kehilangan. Aku akan terus disini menantimu sahabatku, aku kini akan memenuhi impianmu...
"Luqman, apa yang kau buat?" Luqman tersenyum padaku. Air matanya tiba-tiba bergenang sayu, "aku isi permohonan sambung belajar di Mesir." Aku tersentak mendengar jawapannya. "Kau serius?" Luqman tidak menjawab persoalanku, aku bagaikan disimbah kehangatan pilu"Iqbal, ana uhibbuka fillah," Luqman menatap mataku, tangannya berhenti menulis.
Kalimah agung itu diucap lagi. Aku sahaja yang masih belum mampu menuturkannya. Aku tidak berani bertanya lagi, aku takut diriku pilu, aku takut hatiku tidak mampu untuk menerimanya.
Tiga hari aku tidak hadir ke sekolah, suhu badanku mendadak naik, mengangkat tangan pun aku tidak larat, apatah lagi mahu melangkah keluar dari bilik. Luqman juga tidak kuhubungi. Sengaja! Aku tahu, sakitku ini berpunca dari berita yang kudengar. Aduh, hatiku belum mampu menerimanya, pilu apabila memikirkan Luqman akan meninggalkanku. Air mataku menitis tiap kali aku memikirkannya.
Pagi itu apabila aku membuka mata, aku lihat Luqman terlena disisi katilku. Dia duduk di atas kerusi sambil kepalanya terlentok di birai katil, jemarinya memaut erat lenganku. Dinihari tadi, aku ada tersedar, aku lihat ada orang sedang sujud di hujung katilku, tetapi kepalaku terasa terlalu berat untuk ambil tahu siapakah dia. Lama dia bersujud, hingga aku terlena kembali. Luqman rupanya... aku cuba menggerakkan tanganku dan Luqman segera terjaga.
Tersenyum dia ke arahku, matanya bengkak, sungguh dia tidak mampu menyembunyikan tangisannya sepanjang malam. Mahalnya aku tika itu untuk membalas senyumannya.
Dalam beberapa jam sahaja, suhu badanku semakin meninggi. Akhirnya aku masuk ke wad ICU kerana demam panas. Luqman langsung tidak meninggalkanku. Seminggu aku dirawat, seminggu itulah dia sanggup terlepas pelajarannya. Sungguh! Syahdunya saat itu.
Aku berlari keriangan, dalam genggamanku ada sepucuk surat. Sampulnya biru. Dari tulisan tangan di muka depan sampul surat itu, aku tahu siapa pengirimnya, aku tahu suratku berbalas, aku tahu dia membalas kirimanku. Aku hanya ingin mencari Luqman.
Luqman kehairanan melihatku, " kenapa ni?" Aku lantas memeluknya. Lantas ku suakan surat itu kepadanya, "surat apa ni?" berkerut dahi Luqman. "Asiah Maisara balas surat aku," senyumku sampai ketelinga, tersengeh macam kerang busuk. "kau tak cakap pun pada aku yang kau bagi surat untuk Asiah Maisara?" aku menjawab soalan Luqman dengan hanya senyuman.
Luqman sudah tahu tentang perasaan hatiku pada Maisara, tentu dia dapat mengagak apa isi suratku. Luqman menarikku ketaman, jauh dari orang. Aku masih diselubungi bahagia.
Luqman duduk di atas rumput, aku ikut serta, senyuman aku tiba-tiba hilang apabila aku melihat raut wajah Luqman yang sedikit tegang. Namun masih kelihatan tenang, sejuk hatiku.
"Iqbal, sahabat yang Luqman sayang, ketahuilah sayang Luqman kepada Iqbal hanya kerana Allah. Lama sudah aku ingin menegur isi hatimu, namun kupendam jua, mencari waktu yang sesuai. Sebelum kau buka sampul surat itu, dengarlah luahan hatiku.
Iqbal, yang kucintai, tidak salah menyayangi seorang perempuan kerana itu fitrah. Namun pabila fitrah disalah guna, jadilah ia fitnah. Fitnah itu ada bermacam-macam jenis, salah satunya adalah zina.
Zina itu dilaknat Allah. Zina pula ada bermacam-macam jenis. Zina hati, apabila kita merindui dan berkhayal orang yang kita rasa kita cintai, dan ajnabi bagi kita. Zina tangan, apabila kita telah memegang ajnabi, menulis kata-kata cinta untuk si dia juga dianggap zina tangan. Zina mata, apabila kita selalu memandangnya, bahkan menjelingnya. Nauzubillah.
Iqbal, sahabat yang kukasihi. Cinta yang benar-benar sejati adalah cinta Allah, kemudian cinta Rasul. Aku ingin mengajak kau bercinta bersama-sama denganku. Cinta Allah tidak pernah mengecewakan, cinta Allah selama-lamanya abadi."
Aku menitiskan air mata mendengar madah bicaramu, hatiku basah dengan linangan syahdumu. Dan bermula saat itu, kau mengajar aku mengenal cintanya Robbi. Aku membuka lipatan surat ditanganku. Kertas itu hanya dihiasi serangkap madah;
"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi."
–Asiah Maisara-

Menitik air mataku disetiap sujudku. Saban ketika aku terbayang gadis solehah bertudung labuh itu menemaniku saban hari.Suatu hari, Luqman menghadiakanku Quran terjemahan sedangkan  itu Luqman tahu aku sudah punya satu.
"Ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta."
Aku anggap itu pemberian darimu, lantas kupeluk dan kucium, ku bawa kemana sahaja.Saat itu, cintaku pada Asiah Maisara telah kucampakkan kepinggir hati agar dia tidak mencuri cintanya Robbi.
Tamat sahaja kertas terakhir SPM, Luqman menghulurkan satu borang kepadaku. Tersenyum dia menatapku, "Ini borang kursus dakwah dan tarbiah, dua tahun di Madarasah As-salasussoleh."Pakcik aku yang anjurkan. Tempat aku dan kau dah tersedia. Setujulah?!"
Dua tahun? Sempatkah Luqman menghabiskannya bersama denganku. Tawaran ke Mesir akan sampai sebelum itu. Tegakah?
Namun aku tidak berani bertanya, takut ke ICU lagi. Sejak peristiwa dahulu, Luqman tidak lagi membuka kisah ini, mengerti barangkali. Kami teruskan jua perjuangan di As-salafussoleh.
Luqman banyak membantu. Tika aku masih belum mampu bangun tahajjud, sabarnya dia mengejutkanku. Kadang-kala, tanpa sedar aku membentaknya. Aku jua tahu, dia memberi bermacam-macam alasan kepada pelatih, agar dia mampu membimbingku sendiri tanpa paksaan. 
Menghafal al-Quran juga begitu. Kami sama-sama, tetapi dia lagi mudah menghafal dariku. Malah aku tahu sesetengah surah telah dihafalnya, namun dia sengaja mengulangnya berkali-kali dan tidak beralih kesurah lain, melainkan aku telah menghafalnya dengan fasih.
Luqman, betapa sabarnya kau membimbingku. Keputusan SPM keluar, tika kita masih dalam perjuangan. Keputusan Luqman cukup cemerlang. Aku tahu dia akan layak meninggalkanku untuk memenuhi impiannya ke Bumi Anbiya. Diam-diam aku mengisi borang permohonan ke sana. Aku ingin menyusulmu, walaupun bukan hari yang sama denganmu.
Suatu hari, tika Luqman tiada di biliknya, aku perasan akan surat itu dalam timbunan segala kitab. Seolah-olah Luqman mahu menyembunyikannya dari sesiapa sahaja.
-Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir-
Tersentak jantungku, apa yang aku bayangkan Luqman akan pergi meninggalkanku dibumi ini sendirian lagi. Namun ku lihat tarikh surat itu, 3 bulan yang lalu, dan tarikh yang sepatutnya dia bertolak ke Mesir adalah...KELMARIN.
Terduduk aku disitu, lantas kusujud. Allah, Kau mengerti akan deritanya hatiku seandainya Luqman jadi pergi. Allah, aku tahu Luqman berkorban demiku, mengorbankan cita-citanya demi sahabat tercinta.
Aku kembali meletakkan surat itu di tempat asalnya. Aku tidak mahu Luqman tahu, aku tahu akan kisahnya. Aku tidak mahu Luqman tahu aku berkongsi derita sebuah impian yang tak kesampaian.Ingin sekali aku bertanya mengapa dia melepaskan peluang ini. Tetapi, entah kenapa, aku tidak sanggup. Kupendamkan jua.
Sampailah suatu hari...
Selesai solat subuh Luqman menyalamiku, matanya sembap, aku tidak tahu mengapa, tangannya terasa beku. Luqman mendakapku.
Aku merasakan dakapannya memaut bahuku. Debar! Semakin berat dan semakin berat.
"Luqman?"
Kau tidak menjawab teguranku, badan Luqman seolah-olah menggelongsor dari pelukkanku.
"Luqman,"
Allahhu Akbar, saat itu jantungku, hanya Robbi yang mengerti.
 Aku sempat memautnya, aku terduduk, memangku Luqman, ku paut lengannya, aku biarkan dia baring di ribaanku. Luqman sempat tersenyum padaku sebelum matanya kian terpejam dan terus terpejam. Wajahnya pucat, bibirnya biru, namun raut tenangnya seolah-olah memujuk hatiku.
"Luqman, 
 bibirku bergetar, aku menggoncang tubuhnya, namun tubuh itu terus beku. Menitis airmataku, Luqman dikejarkan ke hospital.
Hancur luluh hatiku melihat derita Luqman. Sepanjang hari aku menemani Luqman, tidak sejenak pun aku tinggalkan. Solat pun di situ, makan sudah aku lupakan. Apa yang ada dihatiku, fikiranku, mataku, sentuhanku hanyalah Luqman. Sepanjang hari Luqman tidak sedarkan diri.
Pucat lesi wajahnya merenggut jantungku. Malam itu aku bertahajjud lama. Sepanjang doa yang kurintihkan, airmata yang menemaninya. Sepenuh pengharapan kuserahkan pada Ilahi, mohon agar dikembalikan Luqman kepadaku.
Esoknya Luqman mulai sedar, namun dia belum mampu berbicara. Apa yang dilakukan padaku hanyalah tersenyum. Aku tahu dia mahu aku tabah, tabah harungi ujian ini. Senyuman itu juga menunjukkan dia kuat mengharungi ujian ini.
Seminggu berlalu, Luqman kelihatan semakin pulih. Orang yang paling gembira adalah aku. Mulanya Luqman solat, hanya dengan gerakan mata, kini dia sudah boleh mengiring menghadap kiblat.Saban malam aku sujud syukur pada Ilahi, ku mohon agar Luqman diberikan kesembuhan sepenuhnya.
"Iqbal!"
Aku tersentak, rintihanku disela teguran Luqman. Aku cepat menghapuskan air mataku. Segeraku hampiri Luqman. Tanganku spontan mengusap ubun-ubun Luqman. Allah, rambutnya gugur. Aku cuba mengawal reaksiku, kerana aku tahu Luqman sedang menatapku.
"ana uhibbuka fillah," 
 sayu suara Luqman menyapa pendengaranku, air mataku lantas mengalir deras di pipi Luqman tersenyum sambil air matanya turut mengalir. Aku lantas memeluk Luqman erat-erat,"ana uhibbuka fillah, Luqman."
Aku terasa Luqman membalas pelukkanku. "Itu yang pertama, kau ucapkan? Sudah lama aku menanti, bertahun rasa dan akhirnya..." ayat itu diakhiri esakkan. Aku menangis dan dia juga. Esakkannya semakin perlahan, "kau tahu..." katanya memulakan bicara. Aku melepaskan pelukan sedikit demi sedikit. "Aku dapat tawaran ke mesir," diam sejenak. "Dan aku tahu kau sudah tahu," airmataku menitis lagi. Aku tidak berani bersuara. 
"Tetapi apabila aku istiqharah, dalam sujudku, aku hanya nampak bayangan wajahmu, Iqbal. Kadang kau menangis, kadang kau ketawa. Setiap kali istiqharahku, bayangan kau yang menemani, aku jadi keliru, mengapa begini?"
 "Suatu malam aku bermimpi, kau dan aku di sungai yang selalu kita kunjungi. Kau kata, Allah tidak mahu aku ke Mesir, Allah mahu aku disisi kau, menemaniku. Kerana itulah aku menolak tawaranku ke sana. Aku tahu mimpiku petunjuk yang esa. Takku sangka begini akhirnya."
Air mata Luqman menitis, aku pantas memeluk Luqman kembali, dengan tangisan. Luqman berbisik padaku, "esok bawakan aku ke sungai itu. Aku ingin bersamamu buat kali terakhir." Aku mengangguk lesu. Moga itu bukan kali terakhir.

‘’Aku punya satu permintaan lagi’’
‘’Apa lukman?’’
"temani aku dengan alunan al-Quran dan zikir dari suaramu, Iqbal." 
 Akan ku tunaikan permintaanmu, Luqman.
Setelah mendapat kelulusan daripada pihak hospital dan memberi jaminan membawa Luqman kembali ke sini, aku dan Luqman akhirnya sampai jua ke kawasan air terjun ini. "kau tahu kenapa aku suka sangat kawasan air terjun ini?" Aku memandang Luqman, dia tersenyum menatap aliran air sungai yang mengalir. Ya Allah, betapa Luqman menyembunyikan derita sakitnya. Aku menahan air mataku dari terus mengalir, aku mahu Luqman lihat aku kuat.
"kau pernah beritahu aku, saban ketika kita berkunjung kesini. Kau kata kau suka dengar alunan zikir di sini. Kau suka dengar suara sungai dan air terjun ini mengucap tahmid kepada Allah, angin menderu mengalun tasbih kepada 'yang Satu' dan unggas yang bersama-sama denganmu melafazkan takbir." 
 Luqman senyum lagi, betapa senyumannya menyejukkan hatiku.
"Iqbal!"
"ya!"
"ana uhibbuka fillah"
"ana uhibbuka fillah aidhan."
Aku sudah kuat untuk membalas kata-kata itu dan aku kuatkan diri, supaya air mata ini tidak menitik ke pipi.
"Kau tahu, setelah Allah dan Rasul, kedua-dua  ibu dan ayahku..keluargaku..kau hadir saatnya selepas mereka...insan yang kucintai, setelah mereka, sepenuh hatiku, adalah engkau Iqbal ..Menitis jua airmataku, tidak mampu kutahan lagi. Kupeluk Luqman seerat-eratnya.
"kerana kau jua kucintai sepenuh hati, Luqman"
Pulang dari air terjun, Luqman meminta untuk berehat, lantas Luqman tidur. Dua hari Luqman tidak sedarkan diri. Tapi doktor cakap keadaan Luqman stabil, Luqman sudah melepasi saat-saat kritikal. Itu sudah cukup membuatkan aku tenang.
Aku sentiasa di sisinya, menunaikan janjiku, mengalun al-Quran. Kadang-kadang apabila aku penat, aku alunkan zikrullah. Sekali-sekala aku melihat Luqman tersenyum dalam lenanya. Penatku hilang, lantas ku sambung bacaanku.
Petang itu adikku datang, membawa surat yang sampai di rumah. Rupa-rupanya surat tawaran ke Mesir. Jadual penerbangannya lebih kurang 4 bulan lagi. Aku ingin memberitahumu, Luqman.Apakah aku jua akan bekorban seperti mana pengorbanan yang pernah Luqman relakan?
Pagi esoknya Luqman membuka mata. Gembiraku bukan kepalang. Nampak sahaja diriku,Luqman tersenyum.Dan perkara pertama yang keluar dari mulutnya adalah ‘’ana uhibbuka fillah Iqbal’’.Menitis airmataku. Luqman nampak segar, tiada kesakitan di wajahnya. Serasanya ada cahaya yang bersinar menyuluh harapan.
Ku genggam erat surat tawaranku.
‘’balaslah buat kali yang terakhir’’
Aku tersedu”Luqman ana uhibbuka fillah sepenuh hatiku’’.
Luqman tersenyum. "moga Allah mempertemukan kita di syurga."
Aku mengangkat surat tawaranku. Belum sempat aku bicara, Luqman sudah mula berkata,"bisikkan padaku sya hadah." 
Aku tersentak, jantungku direnggut. Namun ku sembunyikan. Aku menurut, ku dekatkan wajahku ketelinganya.
"Terima kasih kerana menjadi sahabatku Iqbal. Yang aku cintai semata-mata kerana Allah.Menitis jua air mata Lukman dipipinya.
"Terima kasih buatmu jua sahabatku."
Luqman diam, matanya terpejam, aku mengalunkan syahadah di sisi telinganya, aku mendengar halus suara Luqman mengikut. Aku teresak.
"Asyhadu anla ilaha illallah waasyhadu anna muhammadar-rasulullah."
Kemudian suasana menjadi sunyi. Aku kembali berdiri. Entah bagaimana sinar mentari dhuha bisa mencelah masuk, menyinari ubun-ubun Luqman. Dan hembusan nafas terakhir kalinya meninggalkan aku. Aku terduduk. Semacam kudengar bisikan Luqman,
"kerana Allah bersama denganku, Allah jua di sisimu Iqbal. Pasrahlah."
Aku terima pemergian dia, insan yang kucinta. Sebentar lagi aku akan terbang menunaikan impian Luqman. Terbang untuk mendengar tasbih, tahmid dan takbir sungai Nil. Kupeluk erat Quran terjemahan yang Luqman hadiahkan.
"Masih erat ya, nta peluk Quran pemberian ana."
Aku tersentak, ku dongak, seorang gadis berpurdah berdiri di hadapanku ditemani seorang lelaki. Aku kenal lelaki disisinya, tentu gadis berniqab ini kakaknya, "Asiah Maisara?"
Aku nampak bening matanya mengecil, barangkali dia sedang tersenyum. "Boleh ana pegang Quran itu sebentar?Dalam kekagetan, aku menyerahkan Quran ditanganku kepada Maisara. Betul-betul didepan mataku, Asiah Maisara menyelitkan sepucuk surat dalam helaian al-Quran itu. Aku terkesima.
Dia kembali memberikan Quran itu padaku. "Ana minta diri dulu," dan dia berlalu. Aku membuka Quranku dan melihat tulisan pada sampul surat yang diberikan 'balasan surat ini adalah untuk surat yang nta beri waktu sekolah dahulu'
Aku tersenyum, teringat kembali kata-kata Luqman, "ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta." Aku memeluk dan mencium Quranku.


-Seperti yang nta tahu, ana adalah mahasiswi universiti yang akan nta jejaki. Telah ana ceritakan tentang nta pada Abi ana. Dua bulan lagi, kami sekeluarga akan mengerjakan umrah. Selesai umrah, abi ana akan menikahkan ana dengan lelaki pilihan ana. Dan lelaki pilihan ana adalah nta Iqbal. Semoga nta sedia menunggu ana disana, kerana ana yakin ana masih dihati nta. 
 -Asiah Maisara-































Thursday 14 February 2013

Allah tetap sayang~

Assalamualaikum wbt. ,

Alhamdulillah, sudah melihat keputusan exam semester 1. As expected. Alhamdulillah there's no paper to be repeat. Mungkin tidak sehebat mana. Sangat jauh dari dekan. Tidak mengapa. Pengajaran buat diri yang terlalu alpa. Macam mana nak terima amanah lain andaikata amanah yang satu ini pun belum dapat dipikul dengan sebaiknya. Allahurabbi.. Satu tamparan bagi menyedarkan diri dari tidur lena yang panjang! Tetap akur dengan perancangan Allah, semoga segalanya akan bertambah baik di semester kedua nanti. 

Status di facebook dari seorang kakak buat peringatan diri. Bagi mengubati hati.












salam.. sahabat semua..
for those yang dah tengok result and whatever pun result kalian...
TAHNIAH kerana result itu adalah usaha kalian berkat dorongan parents, lecturer dan kawan2..

buat renungan bersama.. =)

1. kenapa aku tak dapat DEKAN?
Allah tangguhkan dulu dekan kita kat dunia mungkin sbb nak bagi dekan di akhirat nanti.. =) Barangkali, mungkin dengan result DEKAN yang kita dapat ni kita semakin 
bongkak dan lupa nak sujud patuh sembahTuhan.. (nauzubillahminzalik) jadi, Allah masih nak kita ni jadi hamba yg patuh dan taat pd DIA sebab tu DIA tangguhkan dulu dekan kita.. and most important thing.. Allah nak kita dapatkan AD DEEN LIST dulu kot.. Baru DIA kasih DEAN LIST.. =)

2. Kenapa aku failed paper ni! =(
Pernah dengar kan? orang yang berjaya, mesti mengharungi kegagalan dulu, I've experienced it before. and trust me. Korang akan lebih apprecciate apa yg korang ada lepas ni.. lagi sungguh2! nak belajar and of course la kan.. nak struggle habisan tuk dapatkan A+ for paper yg korang failed tu.. don't worry guys.. Bukankah Allah mengatur yg terbaik dalam hidup kita, so, from that, DIA tahu, hanya dengan merasa sakitnya kegagalan je yg mampu membuat kita bangkit kembali.. dan yang pastinya, Allah nak kita jadi orang yang BERJAYA! It's takes time..I know.. ambillah sebanyak manapun, masa kalian.. but trust me, hidup mesti diteruskan.. this is not the end of the world.Yeah, hidup takkan berakhir dengan lulus atau gagalnya ujian dunia.. so, just keep on moving with all your heart on the right path! Selak surah Al Baqarah ayat 216 dan 286...hadam dengan mata hati.. =)

3. Pointer aku rendah aku boleh dapat lebih ni.. =(
Lulus sume tapi pointer rendah.. inilah juga ada kaitannya dengan yg nbr dua.. Allah suruh kita belajar bersyukur.. Manusia,kalau dapat sedikit nak banyak.. klo dpt 2.** nak 3**.. sedangkan usaha kita memang usaha org yg dapat 2** pointer kan..kita renung balik, kita study last minute, 2 hari sebelum exam baru bukak.. past year pun terkial-kial nak print nota masa tu jugaklah nak fotostat.. sedangkan, kerja nak berjaya bukan makan masa 2.3 hari jek... (dush! tepat kena muka sendiri) hurm.. apapun berlapang dada terima segalanya dan bersyukurlah dengan nikmat ujian yg Allah berikan.. Allah mengetahui apa yg terbaik untuk kita.. =)

laslty, jom kita muhasabah kembali.

yang dapat dekan- JANGAN LUPA TUHAN..
yang tak dapat dekan - JANGAN BURUK SANGKA PADA TUHAN
yang gagal paper - JANGAN SALAHKAN TUHAN..
yang pointer rendah - JANGAN ALPA DENGAN TUHAN...

Sahabat2 yg saya sayangi sekalian,
trust me!
Di atas sana Allah sedang mengatur yg terbaik untuk hamba2NYA...
Siapa HAMBA2NYA?
Cer tengok diri..
YES, KITALAH HAMBANYA...
Kita dah berusaha, tugas menentukan bukan kita, jadi tak perlu kecewa andai takdir tak selalu berpihak pada kita, itulah resam kehidupan.. nak jadi HEBAT kena ada HENTAKAN KASIH SAYANG dari TUHAN..
Agar kelak dah berjaya masih ingat tuk sujud penuh kehambaan pada DIA pemilik sekalian...
Ia, bukan soal TAKDIR APA yang DATANG MENGETUK?
Tapi, ianya soal BAGAIMANA KITA menerima TAKDIR TERSEBUT.,

Ouh ya...
jangan lupa
Mukmin itu ajaib~
Jom jadi mukmin yang ajaib..~ :')

Looking forward to semester four school of law..

"Allahumma robbi yassir wala tu'assir.
Rabbi tammim bilkhoir.
Birokhmatikaya Arhamarrohimin."

bait2 ini buat diri, juga buat sahabat2 yg dikasihi kerana Allah sekalian..
salam jumaat~~
jom hayati kisah surah Al Kahfi~
Jangan lupa dhuha..
dan yg penting.. sujud syukur atas apa saja result kita...








Sahabiah: