"sebelum tamat mensyuarat malam ni, ana ada satu perkara yang perlu diberitahu kepada antum," Saad menarik nafas dalam-dalam. "ana mahu letak jawatan," ringkas, tapi cukup mengejutkan semua yang ada.
Akhi Faisal bangkit dari duduknya. "Akhi tidak terima keputusan anta. Akhi mahu anta berfikir dengan baik. Anta jangan berfikir tentang kepentingan diri sahaja. Fikirkan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi kepada anta. Akhi bagi masa anta 3 hari untuk membuat keputusan. Ingat, jika tidak pasti, tanya dengan Allah SWT. Istikharah. Pilih yang terbaik. Baiklah kita tangguh mensyuarat kita malam ini dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.." Akhi Faisal menamatkan mensyuarat malam itu dengan penuh tanda tanya dalam benak fikiran setiap ahlinya. Mereka tertanya-tanya apa yang akan terjadi seterusnya?
Dan sebab apakah Saad mahu meletak jawatan setelah hampir satu semster dia memegang jawatan sebagai ketua Biro Kerohanian.Tetapi mereka semua tetap setuju dengan ketua mereka iaitu Akhi Faisal. Mereka tidak membantah kerana mereka yakin apa yang dilakukan Akhi Faisal adalah yang terbaik.
"Akhi!" Saad memanggil Akhi Faisal yang sudah melangkah keluar. Akhi Faisal menoleh. Mereka bergerak ketepi bagi membolehkan ahli lain keluar dahulu sebelum memulakan bicara.
"Kenapa akhi tidak terima keputusan ana tadi?" tanya Saad. Akhi Faisal hanya tersenyum.
Kemudian dia bersuara, "kenapa perlu akhi terima keputusan anta tadi? " soal akhi Faisal kembali kepada Saad.
" Anta membuat keputusan tanpa berbincang dengan Akhi. Sepertinya anta tidak menghormati Akhi lagi sebagai ketua di sini. Dan anta juga tidak memberikan hujah-hujah bagi menyokong tindakan anta meletakkan jawatan. Anta fikir sendiri patutkah akhi terima keputusan anta?" Akhi Faisal menyambung.
Saad hanya memandang lantai. "sungguh, ana punya sebab mengapa ana ambil keputusan begini akhi....," mahu sahaja Saad melontarkan kata-kata itu, tetapi lidahnya kelu. "Sudahlah Saad, akhi mahu anta pulang dan berfikir. Fikir dengan fikiran yang tenang ya. Ingat lakukan segalanya Lillahitaala. Jika perlukan apa-apa, cari sahaja akhi ya. InsyaAllah akhi bantu selagi mampu", kata Akhi Faisal sambil menepuk bahu Saad. Perbualan tamat. Masing-masing kembali pulang ke kolej. Saad pulang dengan perasaan bercampur baur.
3 hari yang diberikan oleh akhi Faisal akan dia gunakan sebaiknya.
Malam itu Saad tidak dapat tidur dengan lena. Otaknya ligat berfikir. Hatinya gundah dengan keputusan yang dipilih. Sebenarnya Saad juga sangsi sama ada keputusan meletak jawatan itu adalah keputusan yang sebaiknya. Tetiba kenangan lalu di saat dia ditawarkan memegang jawatan sebagai ketua Biro Kerohanian oleh Akhi Yassir.
"Akhi mahu anta pegang Biro Kerohanian ya?" tanya Akhi YAssir pada Saad sebelum pulang dari surau. Saad terkejut. Sungguh, dia tidak menyangka itu tujuan Akhi Yassir mahu berjumpa dengannya malam itu.
"Err.. Ana belum mampu akhi..", serba salah Saad menuturkannya. Itu kerana dia teringat kata-kata Akhi Aidi ketika mensyuarat ahli surau suatu masa lalu.
"Setiap amanah yang diberikan itu pastinya dari Allah tapi bermediumkan manusia. Andai sudah diberi amanah mengapa harus kita tolak? Orang meletakkan amanah itu kerana dia yakin kita mampu lakukannya. Ibarat amanah dari Allah. Ingat, jangan pernah menolak amanah yang diberikan. Jangan sering menganggap kita belum mampu, kerana di mata orang lain, kita yang paling layak".
"Akhi yakin anta mampu.. Akhi sudah melihat cara anta menjalankan tugas sebagai ahli surau, dan akhi yakin anta boleh pegang amanah ini. Bagaimana?" Akhi Yassir menyambung.
Saad masih lagi berfikir-fikir. "Akhi bagi ana masa? Ana mahu tanya Allah. Mahu tanya umi, abah. Mahu minta pendapat sahabat-sahabat. Boleh akhi?" Akhirnya Saad mengambil langkah selamat dengan meminta diberikan masa. Akhi Yassir mengngangguk dan menjawab,
"Boleh. Istikharah ya.. Ingat, andai anta tolak amanah ini, dan amanah ini jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya, yang tak menaikkan Islam, anta juga tanggung akibatnya ya. Akhi bukan mahu menakutkan cuma akhi yakin, anta mampu".
2 hari Saad ambil masa untuk berfikir. Istikharah di samping bertanyakan pendapat umi dan abahnya. "Terimalah Saad jika kamu mampu. Ingat, umi dan abah hanya mampu kirimkan doa, moga kamu diberi kekuatan. Tapi amanah itu kamu sendiri yang perlu tanggung. Umi cuma mahu ingatkan, amanah itu dari Allah. Allah takkan membebankan umatnya di luar kemampuan mereka. Istikharah ya. pilih yang terbaik.." itu kata-kata umi. Saad masih mahu menguatkan kata hatinya.
Diminta lagi pendapat Akhi Aidi, seorang yang sangat dia kagumi. Petang itu, diluangkan masa untuk ziarah ke bilik akhi Aidi.
"Akhi, ana mahu minta pendapat. Akhi Yassir minta ana pegang Biro Kerohanian. Pendapat Akhi bagaimana ya? Patutkah ana terima?" Saad bertanya.
"Terima", ringkas jawapan akhi Aidi. "Mohon hujahnya akhi", Saad meminta sebab mengapa Akhi Aidi mahu dia terima jawatan tersebut.
"Bagi Akhi, itu sudah amanah Allah buat anta. Anta dipilih oleh Allah, cuma dihantar manusia sebagai pengantar. Allah sudah pilih anta." jawab Akhi Aidi. Saad diam. Masih mencerna kata-kata Akhi Aidi sebentar tadi."Akhi tidak paksa. Ikut kata hati anta ya. Jangan risau, anta punya sahabat-sahabat yang sentiasa sudi membantu. InsyaAllah akhi yakin, anta mampu", Akhi Aidi menambah lagi.
Setelah 2 hari meminta pendapat insan terapat, ditambah istikharahnya kapada yang Maha ESa, akhirnya Saad menerima jawatan tersebut.
Sepanjang memegang jawatan tersebut, pelbagai cabaran dan dugaan dilalui. Bukan mudah mahu menegakkan Islam apabila umat Islam sendiri tidak mahu menerima ajarannya. Semua dugaan itu buat Saad jatuh. Nyata dia merasa penat. Ditambah masalah ummah, membuatnya rebah.
Dia merasa dia bukan insan selayaknya mahu memegang jawatan itu. Itu sebabnya dia usulkan kepada Akhi FAisal untuk meletak jawatan.
Namun seperti mana dia meminta pendapat insan terapat sebelum menerima jawatan ini, dia terlupa untuk meminta pendapat mereka sekali lagi sebelum meletak jawatan. Dia juga tidak bertanya kepada Allah adakah keputusannya ini tepat. Sungguh, Saad runsing!
3 hari diberi, Saad gunakan sebaiknya. Diminta pendapat umi dan abah sekali lagi. Nyata abah agak tidak puas hati dengan keputusan Saad. " Kenapa kamu perlu lari dari tanggungjawab seperti ini? Saat orang lain perlukan kamu, kamu lari. tinggalkan segalanya? Diuji sedikit, kamu sudah jatuh? Sudah lupa impian kamu mahu menaikkan Islam? Mahu menjadi pendakwah disamping berjaya dalam bidang kamu? ingat Saad, Allah murka pada umatnya yang hanya berkata-kata tapi tidak melaksanakanyya. Mahu jadi dai'e itu perlu kuat.. Abah tidak paksa kamu. Abah mahu kamu fikir apa yang abah katakan ini ya.." nasihat abah..
Hari kedua. Saad masih mengharapkan petunjuk dari Allah.. Saad menghabiskan masa petangnya di tepi tasik. Dia mahu menenangkan fikiran seketika. Menghirup udara nyaman sambil memerhatikan ciptaan Tuhan yang indah benar-benar menenangkan fikirannya. Ketika ini dia mampu tersenyum melihat telatah anak-anak kecil yang bermain-main di sana. Hatinya terhibur. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda mesej masuk. Di'unlock' dan dibacanya. Mesej dari zaid, sahbatnya sewaktu di SMKA dulu.
'Saat aku mencari kesempurnaan dalam diri, perkara pertama yang aku temui ialah titik-titik kekurangan serta kelemahan yang amat nyata.. Memiliki kekurangan serta kelemahan adalah baik untuk melahirkan sifat kerendahan diri.. Namun jangan biarkan kekurangan itu menyebabkan diri direndahkan oleh orang lain. Sinarkan kelebihan-kelebihan yang Allah kurniakan.. Nescaya kekurangan dirimu akan terlindung indah bagaikan bulan yang disinari cahaya matahari.. Lihatlah mereka yang memiliki kelebihan jiwa yang lebih halus, mereka sinarkan sehingga menjadi penyair hebat. Mereka yang pandai bercakap disinar menjadi ahli pidato hebat, merek yang kuat fikiran disinar menjadi ahli ilmu yang hebatmereka yang cintakan tasbih disinar menjadi ahli rohani yang dihormati. Justeru itu, jangan merugikan masa merintih kekurangan diri, tapi merintihlah pada Allah agar segala kelebihan yang bersinar dapat memberi manfaat pada manusia lain.' Saad tersentak.. Inikah caranya Allah mahu berikan petunjuk di atas pertanyaan nya?
malam itu Saad meluangkan lebih masa di surau. Selepas tamat solat isya' dia tidak terus pulang ke bilik. dia masih mahu bertafakur di surau. Dia mahu merasa dekat dengan Allah. Dia mahu otaknya berhenti berfikir tentang dunia seketika. Saat dia pulang ke bilik, roomatenya memberitahu Akhi Yassir ada singgah tadi. Memulangkan bukunya yang dipinjam. Di dalam buku itu, terselit satu nota.
'Islam itu hebat dan hanya mampu dipikul oleh orang-orang yang hebat. Maka jadilah kamu orang-orang yang hebat itu. (AsSyahid Muhammad Tahir)
Untuk meletakkan Islam di tempat yang tinggi, maka kita perlu berada di tempat yang tinggi.' ringkas. tetapi penuh makna...
Hari ketiga. Hari terakhir sebelum dia memberi keputusan muktamad. Malam ini akan diadakan mensyurat biro yang terakhir sebelum cuti semester tiba. Pastinya Akhi Faisal mahukan jawapan darinya malam ini. Untuk kali yang entah ke berapa kalinya, Saad sujud bertanya Allah. Dia tidak pernah jemu melakukan satu perkara ini dan tidak akan pernah jemu. Petang itu, usai solat Asar, Saad sudah ada jawapannya. Dia tekad. Tiba-tiba ada satu mesej dari Akhi Aidi. Mesej itu menguatkan pendiriannya.
'Pemuda Islam mestilah sanggup BERKORBAN dan ISTIQAMAH dalam perjuangan yang dilalui itu. Tidak ada perjuangan yang sekejap dan mudah. Sekiranya perjuangan itu mudah dan hanya memakan masa seketika, nescaya ramai manusia yang akan bersama-sama dengan perjuangan Islam. Namun ianya bukanlah semudah itu. Ayuh! bangunlah saudaraku! bangun untuk menegakkan ISlam ditempatnya.'.
Saad tersenyum. Dia sudah ada keputusan!
"Maaf, ana tarik balik kata-kata ana dulu. Bukan niat mahu mempermainkan antum. Cuma sebelum ini ana tersalah percaturan. Ana buat keputusan tanpa tanya Allah. Ana mohon andai ana jatuh lagi, moga antum semua sudi tarik ana kembali. Perjuangan demi Islam bukan mudah. Untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi, umatnya perlukan iman yang mantap dan ukhwah yang sejati. Ana perlukan antum untuk bantu ana. Moga kita sama-sama melakukan segalanya lillahitaala. Jazakumullah khair".
Ucap Saad si akhir meeting malam itu.
Akhi FAisal tersenyum sambil menepuk bahu Saad sebelum keluar dari bilik mensyuarat. Saad membalas senyuman itu. Kini dia yakin, dia akan bangun untuk memperjuangkan Islam. Dia tidak resah lagi kerana dia yakin ramai yang berada dibelakangnya untuk sentiasa menyokong dan memberikan kata nasihat. Moga dia melakukan semuanya dengan ikhlas.
Dia teringat kata-kata Khalid Al-Walid setelah dilucutkan jawatan sebagai panglima perang tetapi masih menyertai perang bagi memperjuangkan Islam.
"Aku berjuang bukan demi Umar. Tapi aku berjuang demi redha Allah".
Moga Allah redha dengan perjuangannnya!!!
p/s: ini sekadar rekaan ditambah kata-kata nasihat yang diambil daripada mujahidah-mujahidah teragung buat diri ini. Jazakumullah khair. :) Moga Allah redha!
No comments:
Post a Comment