Saturday 25 August 2012

Kenapa tak boleh Islam?

Assalamualaikum,

Masa sembang-sembang dengan mak pada suatu tengah malam, mak ada cerita mengenai satu kisah tentang seseorang yang dikenali. Aku namakan dia X la.. X ni perempuan. Memang sangat cantik, subhanallah, ciptaan Allah yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Memang semua ahli keluarga X ni cantik-cantik dan kacak-kacak. Alkisahnya macam ni lah.. Disebabkan kecantikan si X ni, so memang ramai la peminatnya. Ada yang sampai nak ambil mak si X ni mak angkatla, ada jugak yang katanya sanggup berhenti hisap rokok setelah berjumpa dengan si X ni.. Dan dalam ramai-ramai peminat si X ni, ada la jugak seseorang yang beragama Kristian turut menyukai si X.. Si X pun agak suka dan menyenangi si lelaki yang aku namakan Y.. Tetapi emak si Y ni pun ada lah pulak syaratnya. Yang mana si Y boleh keluar dari agama Kristian dan boleh memeluk agama lain. Dah cukup bagus lah ni kan? Tetapi syarat emak si Y ialah boleh menganut agama apa sahaja kecuali ISLAM !!!  Kenapa?

Ni lah point penting yang aku nak ketengah kan.. Kenapa orang beragama lain begitu membenci Islam? Adakah mereka termakan dengan propaganda orang luar bahawa Islam itu terrorist? Atau atas sebab kegagalan umat Islam sendiri yang menunjukkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Islam? Atau kerana takut terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga atas dasar umat Islam tidak boleh makan makanan yang haram seperti mereka makan? Mungkin juga mereka berpendapat agama Islam itu begitu sukar dan terlalu banyak kongkongannya.. Kenapa tidak kita sebagai umat Islam tunjukkan betapa mudahnya agama Islam yang syumul?

Sebenarnya mereka tidak dapat membezakan diantara Melayu dan Islam. Memang jumlah jenayah yang dilakukan oleh orang Melayu tinggi nilainya, tapi tak semua melayu itu Islam.. Mungkin hanya islam pada nama dan kad pengenalannya.. Seharusnya mereka tidak boleh hanya menilai orang lain tanpa mengenalinya.. Dan kita sebagai umat Islam juga seharusnya berusaha menunujukkan keindahan dalam Islam. Ini adalah pesanan buat diri aku sendiri juga. Insyallah sama-sama kita muhasabah diri dan terus menunjukkan kepada orang luar bahawa Islam itu bukan TERRORIST seperti yang mereka sangka.

Mengenai cerita tadi pula, kata emak aku, mereka tak bersama pun. Sebabnya Si perempuan rasa agak rendah diri dan tak layak bersama si Y kerana si Y kini bergelar seorang doktor dan dia hanyalah seorang lepasan ijazah dalam kursus yang tidak sehebat si lelaki. Dan mungkin juga kerana tidak sanggup menerima tentangan dari emak si Y. Moga mereka dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik. Insyallah.

ISLAM ITU INDAH~

Jazakallah khair. :)

Thursday 23 August 2012

kongsi

Assalammualaikum,

Dai'e atau bermaksud pendakwah. Bagi aku bukan senang nak jadi seorang dai'e.. Memang, tapi paling tidak pun kita kena berkongsi apa saja ilmu yang kita ada untuk kebaikan orang lain. Tapi adakah kita mampu untuk berkongsi? Dan adakah orang lain mampu untuk menerima ilmu yang kita kongsi? Ni cerita aku.. Memang aku bukanlah seorang dai.e. Memang tak layak langsung kiranya. Tapi aku rasa nak jugak kongsi apa yang aku ada, walaupun ilmu aku sememangnya tersangat dan teramatlah cetek. Sebenarnya aku tak ada keberanian langsung nak berkongsi benda-benda yang berkaitan dakwah ni. Sebabnya aku malu, berpendapat ilmu aku yang teramat dan tersangat cetek tak layak nak ajar orang lain, takut orang lain mempersoal apa yang aku kongsi, takut apa yang aku kongsi itu salah dan banyak sangat lah halangan lain. Yaa terlalu banyak perasaan malu dan takut. Aku ada tengok rancangan Tanyalah Ustaz kat tv9 tu pasal tajuk macam ni lah, dan aku ada baca kat satu majalah jugak. Kata ustaz2 perasaan takut dan malu untuk kongsi benda baik tu adalah daripada syaitan. Tak kira lah banyak mana pun ilmu kita, kita kena jugak kongsi benda baik tu dengan orang lain untuk kebaikan. Contohnya jika kita tau dah memang apa yang dia buat tu salah, lebih baik kita tegur la kan.

Tapi aku masih tak ada kekuatan sampai tahap tu. Aku masih tak ada keberanian nak tegur kesalahan orang lain. Apa yang aku mampu cuma kongsi benda-benda yang baik. Contohnya di Facebook, aku cuma mampu like dan share sahaja ilmu-ilmu yang aku rasakan bermanfaat bagi aku dan semua orang lain. Nampak sangat betapa lemahnya iman aku sebagai seorang hambaNya. Kenapa aku tak ada kekuatan tu? Sebab aku tak ada ilmu. Sememangnya ilmu tu dapat membina keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan orang lain kan? Contohnya, aku tau couple itu haram, tapi aku masih dan memang tak berani nak bagitau macam tu kat orang lain. Mungkin aku risau mereka akan mempersoalkan sesuatu yang tak akan boleh aku jawab, kesalahan lalu yang aku pun turut terjebak, dan takut aku pun akan mengulangi kesalahan yang sama.

Aku cemburu dengan golongan-golongan yang dulunya jahil, tapi setelah dapat melihat azab Allah mereka berubah menjadi baik. Betapa bertuah mereka dapat lihat kebesaran Allah yang membuatkan mereka begitu takut dengan Allah. Contohnya pelakon Yatt Hamzah. Beliau dapat lihat diri nya sendiri sedang diazab,.. Subhanallah.. Sememangnya aku cemburu....

yaa.. kadang-kadang aku menyesal kenapa la aku tak pergi sekolah agama time sekolah dulu? hmmmm... tapi tak semestinya pergi sekolah agama aku akan jadi baik kan.. Jadi, apa pun masih belum terlambat untuk aku berubah ke jalan Allah yang sebenarnya. Dan seharusnya aku sentiasa husnuzon dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk aku.

Aku bukan nak berdakwah untuk tunjuk aku baik atau kau jahat, tapi itu cara untuk aku mengingatkan diri aku sendiri, betapa jahilnya seorang aku ini...

*terlalu banyak perkataan 'Tapi' dalan post ni kan? Tapi adalah satu perkataan yang negatif. Kurangkan penggunaannya. Insyallah.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Jazakallah khair.. :)

Thursday 2 August 2012

La tahzan, innallahmaa'ana. :)

Assalammualaikum,

'La tahzan, innallahmaa'ana' . Rasanya semua orang dah tahu maksud ayat ni kan? Maksudnya 'jgn bersedih kerana Allah bersamamu'. Bila kita tak dapat apa yang kita nak, dah tentulah kita akan rasa sedih, down, keciwa teramat sangat dan otak kita akan selalu bertanya 'kenapa?' kenapa? dan kenapa? .. Kadang-kadang kita rasa apa yang tak cukup lagi? Kita dah doa, usaha, dan tawakkal tapi tetap tak dapat apa yang kita nak kan? Aku pun pernah macam tu,. Tak dapat terima sesuatu kegagalan tu dengan mudah.. Memang la boleh terima semua tu, tapi ambik masa sikit untuk recover dari kekecewaan tu.. Okay ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan orang lain jugak.. Sebenarnya kita sebagai hamba Allah kena selalu ingat apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah dah tetapkan segalanya untuk diri kita. Jadi seeloknya kita terima la dengan hati yang terbuka setelah kita usaha, doa dan tawakkal. Tapi ada juga sesetengah orang yang bila menemui kegagalan, dia tak mahu berusaha lagi. Dia berpendapat itu adalah ketentuan Allah s.w.t.. Salah tu. Kadang -kadang Allah bagi kita kegagalan sebab mungkin kita tak cukup usaha, so kita kena la tambah usaha untuk dapat apa yang kita mahu. Kena tambahkan berdoa kat Allah. Allah takkan mengecewakan hamba Nya yang berdoa setulus hati dan penuh pengharapan. Percayalah. Dan mungkin jika kita masih tak dapat apa  yang kita nak, maknanya benda tu tak elok untuk kita. Allah tahu apa yang kita perlu. Sentiasa ingat yang Allah s.w.t. takkan bagi apa yang kita mahu, tapi Allah  akan bagi apa yang kita perlu. Tidak mendapat apa yang kita mahu dapat menjadikan kita lebih muhasabah diri, bertawakkal kepada Allah, lebih berusaha dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Ingat, sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Jika kita selalu ingat Allah, insyaallah Allah akan selalu jaga kita. Jika kita ikut perintah Allah, insyallah Allah takkan lupa kita. Tetapkan niat  dalam hati yang segala yang kita lakukan adalah untuk jalan Allah. Insyallah semua akan okay. Jadi, mulai hari ni, sentiasalah berfikiran positif dalam apa jua badai yang melanda dan jangan lupa Allah !

 Aku sayang Allah s.w.t. :)

Jazakallah khairan. :)

Wednesday 1 August 2012

Ramadhan 1433Hijrah .

Assalammualaikum,

Alhamdulillah Ramadhan 1433Hijrah ni aku dapat sambut dengan keluarga. Sebabnya aku baru je habis matrik bulan April lepas. Insyallah bulan September 2012 aku akan sambung degree in civil engineering di UiTM Shah Alam. Aku rasa bersyukur sangat sebab bulan Ramadhan ni aku dapat manfaatkan dengan sebaiknya. Aku rasa ni lah time aku nak hayati Ramadhan betul-betul sebab sebelum ni aku sambut Ramadhan masa tengah belajar. Boleh dikatakan kurang sikit la amal ibadat tu. Tapi sebenarnya perkara tu tak patut dijadikan alasan pun. Ye lah walau sesibuk mana pun seseorang tu, dia tetap kena cari masa nak beribadah masa bulan Ramadhan ni. Bukannya bermaksud bulan Ramadhan ja kita nak beribadah, bulan-bulan lain pun kita tetap wajib beribadah cuma bulan Ramadhan ni adalah satu peluang keemasan yang patut dimanfaatkan oleh semua umat Islam memandangkan pahala bagi setiap ibadah pada bulan Ramadhan ni dilipatgandakan selain syaitannirrojim pun turut dikurung. Jadi mudah sangat lah nak kumpul pahala masa bulan puasa yang barakah ni.. Cuma bergantung pada kekuatan iman masing-masing sebab walaupun syaitan dah diikat dan dikurung di sebalik pintu neraka tapi nafsu dalam diri masih bebas. Jadi kekuatan iman seseorang sangat penting untuk membolehkan mereka tetap beribadah masa bulan puasa ni. Bagi aku, time-time cuti macam ni lah yang memudahkan aku untuk aku beribada kepada Allah s.w.t.. Mungkin Ramadhan yang akan datang nanti aku dah tak dapat nak manfaatkan dengan sebaiknya lagi. Ditambah dengan kesibukan kuliah dan sebagainya.. Ada jugak kenalan2 aku yang kata bosan la cuti masa bulan puasa ni, tak tahu nak buat apa. Astagfirullahhalazim.. Masa ni la nak  topup pahala banyak2 kan... Entah tahun depan kita dapat merasai nikmat Ramadhan atau pun tak.. Insyallah sama2 kita manfaatkan Ramdhan kali ini dengan sebaiknya.. Elakkan membazir di bulan Ramadhan.. :)


Ramadhan kareem ! ~~ Allahuakram!

Jazakallah khairan. :)

Penulisan pertama.

Assalammualaikum,



Alhamdulillah di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, tiba-tiba hati aku terpanggil pula nak mempunyai sebuah blog. Mungkin sebab melihat semakin ramai orang yang mempunyai blog dan menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi segala berita dan pengetahuan. Bagi aku blog ini sangatlah berguna sekiranya digunakan untuk menyampaikan segala maklumat yang sememangnya dapat memudahkan orang lain. Aku hanya ingin sekadar berkongsi selain ingin memperbaiki diri aku sendiri. Insyallah, moga-moga dunia blog ini akan menjadi satu titik perubahan bagi diri ke arah kebaikan. Jom berubah menjadi hamba Allah s.w.t. yang baik. :)

Jazakallah khairan. :)

Sahabiah: