Assalammualaikum,
'La tahzan, innallahmaa'ana' . Rasanya semua orang dah tahu maksud ayat ni kan? Maksudnya 'jgn bersedih kerana Allah bersamamu'. Bila kita tak dapat apa yang kita nak, dah tentulah kita akan rasa sedih, down, keciwa teramat sangat dan otak kita akan selalu bertanya 'kenapa?' kenapa? dan kenapa? .. Kadang-kadang kita rasa apa yang tak cukup lagi? Kita dah doa, usaha, dan tawakkal tapi tetap tak dapat apa yang kita nak kan? Aku pun pernah macam tu,. Tak dapat terima sesuatu kegagalan tu dengan mudah.. Memang la boleh terima semua tu, tapi ambik masa sikit untuk recover dari kekecewaan tu.. Okay ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan orang lain jugak.. Sebenarnya kita sebagai hamba Allah kena selalu ingat apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah dah tetapkan segalanya untuk diri kita. Jadi seeloknya kita terima la dengan hati yang terbuka setelah kita usaha, doa dan tawakkal. Tapi ada juga sesetengah orang yang bila menemui kegagalan, dia tak mahu berusaha lagi. Dia berpendapat itu adalah ketentuan Allah s.w.t.. Salah tu. Kadang -kadang Allah bagi kita kegagalan sebab mungkin kita tak cukup usaha, so kita kena la tambah usaha untuk dapat apa yang kita mahu. Kena tambahkan berdoa kat Allah. Allah takkan mengecewakan hamba Nya yang berdoa setulus hati dan penuh pengharapan. Percayalah. Dan mungkin jika kita masih tak dapat apa yang kita nak, maknanya benda tu tak elok untuk kita. Allah tahu apa yang kita perlu. Sentiasa ingat yang Allah s.w.t. takkan bagi apa yang kita mahu, tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu. Tidak mendapat apa yang kita mahu dapat menjadikan kita lebih muhasabah diri, bertawakkal kepada Allah, lebih berusaha dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Ingat, sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Jika kita selalu ingat Allah, insyaallah Allah akan selalu jaga kita. Jika kita ikut perintah Allah, insyallah Allah takkan lupa kita. Tetapkan niat dalam hati yang segala yang kita lakukan adalah untuk jalan Allah. Insyallah semua akan okay. Jadi, mulai hari ni, sentiasalah berfikiran positif dalam apa jua badai yang melanda dan jangan lupa Allah !
Aku sayang Allah s.w.t. :)
Jazakallah khairan. :)
No comments:
Post a Comment