Saturday 9 February 2013

Warkah buat anda,

Assalamualaikum,


Tak perlu diceritakan bagaimana kisah itu bermula kerana itu sudah perancangan Allah. Di saat aku mula terumbang-ambing mencari arah, Dia hadirkan kamu dalam hidup ini. Semangatmu banyak mengajar diri ini jangan mudah menyerah kalah. Jangan mudah berputus asa. Mungkin aku takkan mampu menjadi sekuat kamu, tapi aku tetap mahu menjadi salah satu kekuatan kamu. Maaf andai diri ini tidak layak berdampingan dengan mu. Maaf andai diri ini tiada apa-apa yang dapat disumbangkan untukmu. Maaf andai diri ini tiada kesan dihatimu. Ini bukan cerita sedih. Ini bukan untuk menangis. Ini cuma nukilan hati.


Duhai pejuang agama,
Saat mengenalimu diri ini terlalu kagum,
Kagum akan kepetahanmu,
Kagum akan keberanianmu,
Kagum akan ketinggian ilmu mu.

Duhai pejuang agamaku,
Pabila diberitakan kamulah bakal pembimbing,
Rasa gembira tak dapat digambar,
Rasa lega dihati,
Kerana sudah ada insan yang cukup hebat,
Untuk memperbetul segala kesalahan,
Untuk menegur segala kesilapan,
Untuk menarik ke arah kebaikan...


Duhai pejuang agamaku,
Semakin meningkat tempoh perkenalan,
Aku semakin melihat kelemahan dirimu,
Kamu semakin melihat kelemahan diriku,
Namun, tidak sedikit rasa sayang itu berkurang,
Tidak sedikit rasa kagum itu menghilang,

Duhai pejuang agamaku,
Aku menyayangimu kerana Allah,
Aku takkan hilangkan rasa itu kerana sedikit kelemahan,
Moga kamu juga menerima kelemahan diri ini,


Duhai pejuang agamaku,
dulu, aku pernah merasa cemburu,
aku pernah merasa tak enak,
aku pernah merasa tak suka,
aku pernah merasa tak senang,

Cemburu akan kasih pada mereka,
Mereka yang lebih berharga dari ku,
Tak enak pada mereka,
Mereka yang sudah ada dihatimu,
Tak suka pada mereka,
Mereka yang lebih menyayangimu,
Tak senang pada mereka,
Mereka yang lebih utama bagimu.

Tapi, itu semua dulu,
Dulu yang takkan berlaku kembali,
Kerana saat masa berlalu pergi,
Insan ini sudah pasti,
Aku sayangkanmu kerana Ilahi,
Takkan mahu aku kotorkan rasa ini,
Takkan aku cemarkan kasih di hati,
Dengan rasa yang tidak baik.
Akan aku pelihara hati,
Agar takkan rasa ini berubah lagi.

Duhai pejuang agamaku,
Mungkin masa kita bersama masih panjang,
Atau mungkin akan ada perpisahan,
Mungkin suatu masa akan ada perbalahan,
Atau mungkin akan ada satu permasalahan,

Saat itu aku mohon,
Maafkan andai ia salahku,
Redhakan segala ilmu mu,
Doakan diriku,
Jangan lupakan kewujudanku.

Duhai pejuang agamaku,
Aku berdoa agar doamu dimakbulkan,
Moga kamu syahid dalam memperjuangkan agama Allah.
Moga Allah redha ke atas dirimu.

Duhai pejuang agamaku,
Aku tahu kamu sudah kuat,
Tapi doaku agar kamu terus kuat takkan pernah putus,
Andai ada saat kamu terasa mahu terjatuh,
Ingatlah ada sahabat-sahabat,
ada adik-adikmu,
Ada kakak-kakak,
Yang pasti akan menguatkan mu,
Menyokong kamu.

Terus kencangkan perjuanganmu duhai pejuang agamaku!











Sanah helwah duhai pejuang agamaku. Terus rancakkan pejuanganmu! Moga Allah redha.








Jazakumullah khair.

5 comments:

  1. cantik lukisan...
    moga Allah peluk kalian erat2.. <3

    dik, ayuh..
    bawa ukhuwah itu tembusi syurga <3 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. saya sayang kakak2 sampai syurga. <3

      Delete
  2. see :) kita kan dah cakap, awak pandai lukis :) kak mai patut tengok ni :)

    ReplyDelete
  3. haha. tak seindah lukisan anda cik Iera Hanna. :)

    ReplyDelete

Sahabiah: