Wednesday 17 April 2013

tiada tajuk 2.

"nanti kalau dah habis kelas mesej la ye..." Am menekan butang SEND. SMS dihantar kepada Khalif. Am menunggu tetapi tiada balasan. Mungkin kelas Khalif masih belum tamat. Setelah 3 jam menunggu di fakulti, Am sekali lagi menghantar SMS kepada Khalif. "kelas sudah tamat belum?".SEND. Beberapa minit kemudian mendapat balasan, "kelas dah lama habis." ringkas, tapi cukup menguji kekuatan hati Am. "Allah...." hanya itu mampu diucap. Selama 3 jam dia menunggu Khalif di fakulti, dia solat zohor di sana, makan di sana, dan terus menunggu, rupanya hanya sia-sia. Am cuba menguatkan diri. Tapi ternyata dia cuma insan yang lemah. Hati mula sikit tercalar dengan perkara itu. Tapi Am masih mampu berhusnuzon,"mungkin salah aku juga...." hatinya berbisik sendiri.

 Beberapa hari sebelumnya...

 "Ana tak suka anta mula rapat dengan dia. Dia bukan dalam kalangan kita. Kenapa anta mahu sentiasa bersama dia? Atau sebenarnya anta mahu jauh dari ana?" laju Khalif bertanyakan soalan itu kepada Am. Sebagai sahabat yang sangat rapat, Khalif tidak suka Am mula rapat dengan Reza yang baginya seorang yang tidak berguna. Reza cuma seorang anak orang kaya yang hanya tahu berfoya-foya dan bersuka ria. Dia bukan dalam kalangan orang yang mementingkan agama. Dia bimbang kerja-kerja dakwah nya bersama Am selama ini akan terganggu dengan kehadiran Reza. Atau lebih tepatnya dia tak betah melihat Am semakin rapat dengan Reza. Cemburu. "Ana rapat dengan Reza sebab ana sekelas dengan dia. Tak salah bukan ana berkawan? Mungkin juga ana boleh tarik Reza menjadi sebahagian dari kita. Tak mustahil dia boleh berubah. Hidayah Allah ada di mana-mana Khalif. Kenapa perlu kita beza-bezakan dalam persahabatan?" Am menerang kepada Khalif. Tapi nyata Khalif masih tidak dapat menerima. Khalif bukan seorang yang mudah menerima. Disebabkan satu hal yang kecil itu, hubungan baik Khalif dan Am mula menjadi dingin.

         Mereka yang dulunya kemana sahaja bersama kini jarang dilihat bersama lagi. Masing-masing masih berperang dengan perasaan. "esok anta teman ana pergi kelas boleh?" Khalif bertanya kepada Am. Walaupun masih ada masalah yang perlu diselesaikan antara mereka, tetapi keduanya lebih banyak memendam dan meneruskan hubungan persahabatan itu seperti biasa. Mereka lupa masalah yang kecil itu lah yang akan menyumbang pada masalah yang lebih besar andai tidak diselesaikan. "InsyaAllah boleh. Ana teman anta esok." balas Am dengan senang hati kerana sangkanya Khalif sudah boleh menerima kehadiran Reza dalam hidupnya. Pukul 9.55 pagi. Am bangun dengan tergesa-gesa. Dia teringat bahawa dia sudah berjanji untuk menemani Khalif ke kelas pada pukul 10 pagi. Selepas subuh tadi Am tertidur kembali. Mungkin sebab tidur agak lewat semalam. Dia mengajak Reza untuk tidur dibiliknya malam itu. Sebabnya dia mahu mengenali Reza dengan lebih rapat. Dia mahu tahu lebih banyak tentang Reza sebelum dia memulakan agenda dakwahnya. Segera Am menghantar mesej kepada Khalif. "Dah pergi ke kelas?" SEND. "Dah" ringkas jawapan yang diterima. Saat itu Am terfikir mengapa Khalif tidak mengingatkan dia hari ni? Mengapa Khalif tidak datang mengetuk pintu biliknya kerana bilik mereka sangat berdekatan. Cuma jarak beberapa buah pintu bilik yang lain. Am sebenarnya ada rasa sedikit malas untuk menemani Khalif, jadi bila Khalif sudah pergi sendiri, tak perlulah dia menemani lagi. Tetapi Reza tetap menyuruh Am untuk pergi menemani Khalif di fakulti. Mungkin Khalif akan kurang sedikit terasa hati dengan mereka. Reza tahu Khalif tidak suka dia rapat dengan Am. Pernah dia suarakan kepada Am agar mereka hentikan saja persahabatan yang terjalin demi menjaga hati Khalif.Tapi sudah perancangan Allah, persahabatan mereka masih diteruskan. 3 jam Am menunggu Khalif di Fakulti. Sudah banyak kali mesej yang dihantar kepada Khalif, tetapi tiada balasan. Dia terus menuggu sehingga selepas solat zohor. Saat dia mendapat mesej bahawa Khalif telah lama ada di bilik, dia rasa sangat kecewa. Dia terkilan. Mengapa mesejnya yang dihantar sebelum ini tidak dibalas? Am pulang ke kolej dengan seribu satu rasa. Marah? mungkin. Tapi yang pasti terkilan. Terkilan dengan layanan sahabatnya. Am pasti apa yang dia lakukan bukan satu kesalahan. Tapi mengapa dilayan ibarat dia telah melakukan satu kesalahan besar yang tak boleh dimaafkan lagi? Sungguh Am keliru dengan sikap sahabatnya. Seharian Am bertafakur di masjid. Menenangkan diri. Saat ini dia belum mampu untuk bersua muka dengan sahabatnya.

       Dia mahu betul-betul menenangkan dirinya. Tika ini dia teringat akan sesuatu. "Serendah-rendah tahap ukhwah adalah salamatul sadri, dan setinggi-tinggi tahap ukhwah ialah ithar". Salamatul sadri, berlapang dada. Mengungkapnya mudah, tapi melaksanakannya itu yang susah. Kadangkala dalam persahabatan kita rasakan kita telah mencapai tahap paling tinggi iaitu ithar, melebihkan sahabat dari diri sendiri, tapi kita lupa kita sebenarnya belum mencapai tahap paling rendah pun, berlapang dada. Am muhasabah diri. Dia mahu berlapang dada dengan sahabatnya. Dia mahu berhusnuzhon. Allah.. Sesungguhnya dia tidak mahu ada yang tersimpan dalam hatinya tentang sesuatu yang tidak baik mengenai sahabatnya. Seupaya mungkin dia cuba melupakan kejadian pagi tadi. Dalam leka mulutnya berzikir kepada Allah, bahunya ditepuk perlahan. Am menoleh, "Reza, apa awak buat disini?" tanya Am. " Saya tahu apa yang berlaku. Sabar ya." pujuk Reza. Am hanya mampu mengangguk. Dia melepaskan senyuman terpaksa. " Saya mesej Khalif ya yang awak disini?" Reza menyoal. " Untuk apa? Tiada keperluan pun rasanya. Tak perlu." jawab Am. Tetapi Reza tetap menghantar SMS kepada Khalif. "Sahabat anda sedang berduka di masjid. Mungkin anda boleh menenangkan hatinya. Datang lah ke sini."SEND. Hanya perlu beberapa minit untuk Reza menerima balasan. "Saya tiada masa untuk perkara remeh seperti ini. Masih banyak hal yang perlu diutamakan. Katakan padanya andai mahu melayan perasaan, berhenti menjadi dai'e." Reza sedikit terkejut dengan mesej itu. Dia hanya mampu menggeleng. Nampaknya Khalif betul-betul tidak suka akan dia bersahabat dengan Am. Sehingga yang menjadi mangsanya Am.

       Kini hubungan Am dan Khalif semakin tegang. Masing-masing meneruskan urusan harian. Tiada lagi pergi ke kelas bersama mahupun makan bersama sambil membincangkan permasalahan ummah. Jujur, Am rindu. Tapi andai Khalif masih belum dapat menerima, dia hanya mampu berdoa. Ya, berdoa. Itulah senjata yang paling berkesan. Dia sentiasa berdoa agar Allah bukakan hati Khalif untuk menerima. Itu jugalah nasihat Reza padanya selalu. "Saya tahu saya tak layak memberi nasihat kepada awak, tapi saya mahu awak teruskan berdoa. Itu adalah perkara paling berkesan. Berdoa pada Ya Lathif. Moga dilembutkan hati Khalif ya." nasihat Reza. Reza kini sememangnya telah banyak berubah. Dia memang mahu berubah suatu masa dulu cuma belum ada pendorongnya. Namun sejak Am mula merapatkan diri, baru dia ada keberanian untk berubah kepada yang lebih baik. Am sahajalah yang mahu bersahabat dan memimpinnya ke jalan yang lebih baik. Jalan Allah.

       Sudah perancangan Allah, pada hari itu Am dan Khalif menaiki satu lif yang sama di fakulti. Hanya mereka berdua. Suasana senyap. Am mula menegur tetapi nampaknya hanya mendapat layanan dingin dari Khalif. Sepatah ditanya sepatah yang dijawab. Berpatah-patah yang ditanya, sepatah sahaja yang dijawab. Tiba-tiba lif berhenti. Rosak barangkali. Hebat perancangan Allah. Selama ini masing-masing suka melarikan diri dari menyelesaikan kekusutan yang menimpa. Akhirnya Allah permudahkan. Dipertemukan keduanya di dalam satu lif. Dan ia rosak. satu kesempatan berharga buat mereka bagi menyelesaikan segala permasalahan. Sementara menunggu lif dibaiki, Am mula menyusun kata. "Ana yakin ini perancangan Allah. Dia mahu kita selesaikan segalanya secepatnya. Ana sayangkan ukhwah ini. Ana tidak mahu ukhwah kerana Allah ini terputus. Kerana sesungguhnya cinta sejati itu tidak akan memutuskan tetapi sentiasa menghubungkan," Am memulakan bicara. Khalif masih membatu. " Khalif, dalam menjadi ummah yang hebat perlukan dua perkara sebagai pemangkin. Satunya, iman yang mantap dan yang kedua ukhwah yang sejati. Andai kita belum mampu membina ukhwah yang sejati, bagaimana mahu kita katakan kita uumat yang hebat?" sambung Am lagi. "Ana cuma tidak suka anta rapat dengan Reza." ringkas jawapan Khalif. Dia memandang Am sekilas. "Kenapa? anta takut hubungan persahabatan kita terganggu? Reza sama seperti orang lain yang memerlukan bimbingan.Ana yakin anta faham situasi ini bukan? Anta seorang pejuang agama.Tapi mengapa dalam urusan ukhwah seperti ini anta mahu tewas? Mengapa dilayan perasaan cemburu itu? Sungguh ana akui, anta mantap dalam perjuangan anta. Jangan jadikan satu permasalahan kecil ini punca kegagalan perjuangan anta.Anta punya banyak ilmu lebih dari ana. Tapi maaf, ana tetap mahu menegur, dalam bersahabat jangan pernah ada perasaan ingin memiliki. Teluskan niat untuk bersahabat kerana Allah. Izinkan sahabatmu mencari arah kebahagiaan andai betul anta sayangkan dia. dalam konteks persahabatan kita, langsung tak terlintas di fikiran ana untuk memutuskan ukhwah kita. Tapi mengapa anta mula menjauhi? Mengapa anta mahu menyendiri? Ana masih perlukan anta. Anta kekuatan ana. Allah hadirkan anta sebagai pendorong ana. Tapi kenapa atas satu peristiwa segalanya dilupa? Ana ithar anta. Dan setiap masa ana berlapang dada dalam persahabatan ini."panjang penjelasan Am. "Ana bukan apa. Ana cuma tak mahu anta terpengaruh dengan Reza. Cuma itu sebabnya. Yang lain ya, mungkin ana tewas dengan perasaan cemburu tanpa ana sedar. Sebelum ini sluruh masa ana kita bersama. Urusan dakwah juga kita jalankan bersama. Apabila tiba suatu saat anta terpaksa membahagikan masa anta untuk ana dan Reza, ana rasa terkilan. Kadangkala saat ana memerlukan sahabat, anta terpaksa bersama Reza. Mungkin itu salah ana. Ana sepatutnya tak mudah luluh dengan perkara melibatkan emosi seperti ini. Sebagai pejuang ana dan anta tak sepatutnya ada masalah dalam hal remeh seperti ini." Khalif tunduk. Cuba mengawal emosi. "Khalif, ini ujian Allah dalam persahabatan kita. Selalu kita ungkapkan ukhwahfillah. Tapi sejauh mana kebenaran ungkapan itu? ternyata Allah mahu menguji kekuatan persahabatan ini. Allah jadikan anta ujian dalam hidup ana, dan ana ujian dalam hidup anta. Ini cuma ujian kecil Khalif. Masih banyak ujian yang perlu kita tempuhi. Jangan lah disebabkan ujian kecil ini kita tumbang. Ujian dalam berukhwah sememangnya berat bagi mereka yang lemah, kita harus kuat Khalif! Tidak ada iman tanpa ukhwah, dan tidak ada ukhwah tanpa iman. Begitu juga tidak ada takwa tanpa persahabatan dan tidak ada persahabatan tanpa takwa." Am menepuk bahu Khalif. Memberikan sokongan lembut. "Rasulullah saw pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)" Khalif berkata sambil tersenyum. “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah. (HR. Abu Dawud)", Am menghulurkan tangan. Alhamdulillah tangannya disambut dan ditambah pula dengan pelukan sahabat. Allah.

     Indah jika bersahabat itu kerana Allah. "Ana sedar ana jarang meminta maaf dari anta. Mungkin ana selalu fikir ana betul. Maafkan ana. Ana mudah mengucapkan ana rela ditegur, tapi saat ditegur ana susah menerima. Maafkan ana." ucap Khalif sayu. "Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?Surah annur ayat 22," Am tersenyum. Dalam mereka leka menyambung ukhwah,lif berjaya dibuka. Reza kaku berdiri di hadapan lif. Takut barangkali dengan tindakan Khalif nanti. Khalif keluar dari lif dan memeluk Reza. "Ana minta maaf.Ana salah," laju mulutnya menuturkan kata-kata itu. Reza tersenyum dam mebalas pelukan Khalif. Am bahagia. Saat ini dia merasa manisnya ukhwahfillah. Sungguh Allah Maha Hebat. Hebat perancangannya dalam menguji kekuatan ukhwah umatnya. Terpulang bagaimana cara umat untuk menyelesaikannya. Dalam ujian ini cuma akan ada dua keputusan. Sama ada ukhwah itu bertukar menjadi musuh atau ukhwah itu bertambah erat. Untuk menghadapi ujian ini pastinya kita perlukan senjata. Ya, senjata teragung, doa. InsyaAllah ianya mampu dihadapi dan ukhwah itu menjadi semakin kuat.Sperti mana ukhwah Am, Khalif dan Reza. Ikhlaskan semuanya kerana Allah.
Allahurabbi... Moga semua mampu mencapai serendah-rendah dan setinggi-tinggi tahap ukhawah. Ukhwahfillah abadan abada~


 p/s- ini juga hanya rekaan.

Tuesday 16 April 2013

Bukan kamu.. :)

Akan ada satu masa diri merasa lemah, hati merasa sakit, jiwa merasa gundah, fikiran buntu tak sudah. Saat itu hati terlalu mahu bercerita masalah. Tapi fikiran pula kata tak payah.

Saat aku berdiam, bukan semua salahmu. Saat aku memendam, bukan semua tentangmu. Saat aku menyimpan, mungkin aku tak termampu..

Tak mustahil ia salah mereka yang sekadar memerhati...

Kamu, kamu dan kamu.. Yang sering memberi perhatian. Terima kasih..


Sunday 14 April 2013

Masih tersenyum.. :)

Disebalik senyuman yang ikhlas diberikan, masing-masing saling menyembunyikan,
permasalahan diri rela ditanggung sendiri, segan untuk berkongsi..

Teman, apa guna sahabat? Mohon susahkan mereka yang bergelar sahabat.. Jangan kau simpan seorang diri..

Mungkin tak banyak yang mampu sahabatmu bantu.. Tapi sekurangnya mampu mengurang bebanan di bahu..

Kadangkala diri ini juga sukar untuk berkongsi, bukan tak mempercayai tetapi lebih suka simpan sendiri...

Mungkin dalam senyuman lebar yang diberikan, masih banyak kisah yang tersimpan...


Saturday 13 April 2013

HILANG

Dia sudah tidak punya rasa lagi. Rasa yang dulunya terlekat di sanubari kini telah hilang. Hilangnya rasa itu ibarat dihembus oleh angin..Hilang tanpa disedari..

Sakinah mengeluh halus. Saat itu dia perlu bersendirian bagi menenangkan jiwa. Sakinah mulai ragu-ragu dengan keputusan yang diambil dulu. Amanah yang diterima dengan terbuka suatu masa dahulu kini mulai mengujinya. Jiwa mula merasa berat mahu memikul amanah itu lagi. Fikirannya kacau. Perlukah dia melepaskan amanah yang diberikan demi menjaga hati dari terluka lagi..

    Sakinah mula membandingkan kehidupannya sebelum dan selepas dia menerima amanah tersebut. Mungkin sebelum amanah diterima hatinya sedikit terjaga. Tidak diuji sebegini rupa. Namun selepas Sakinah bersetuju menerima amanah, dia mula diuji sedikit demi sedikit. Prinsipnya mula tercabar, dirinya yang dulu kononnya kuat mula lemah. Air mata yang dulunya mampu ditahan kini mudah mengalir laju.. Hati yang dulunya kuat bertahan kini mudah terguris.. Kaki yang dulunya kuat berdiri kini mula mahu terjatuh.

    Dulu, walau macam mana ujian Allah, diterima dengan redha. Kini dia sudah mula merungut. Dia sudah mula bertanya kepada Ilahi, kenapa dia yang diuji sebegini? Sakinah mula alpa dengan amal ibadat yang perlu diberi perhatian penuh. Sakinah lebih banyak melayan perasaan yang melankolik. Lebih banyak mengasihani diri sendiri yang kononnya terlalu diuji.

    Sakinah sedar masalah yang ditanggung cuma sedikit. Rasa pedih yang terasa cuma secubit. Tapi dia terlalu melayan perasaan itu. Perasaan itu mula melemahkan Sakinah. Dia menjadi lebih mudah terusik dengan setiap  kata-kata. Dia mula merasa sentiasa sendiri tanpa ada sesiapa disisi. Dia mula lupa kehadiran Ilahi.

    Pernah suatu ketika terlintas di benak fikiran Sakinah mahu lari dari semua ini. Mahu pergi jauh dari mereka yang sering memerhati. Mahu hilang dari segala rasa yang mendera hati. Mahu meninggalkan sahaja amanah yang diberi.

    Sakinah mula menyalahkan diri. Rasa tenang yang dulunya datang kini mula hilang. Semuanya disebabkan amanah yang dia sendiri menerima. Amanah yang dulunya dia kata akan berusaha sehabis baik. Amanah yang dulunya dia istikharah sebelum menerima.

     Sakinah sebenarnya cuma terlepas pandang akan cara dia untuk menyelasaikan masalah. Kadangkala penyelesaian kepada masalah itu tidak penting tapi cara untuk menyelesaikan masalah itu yang penting. Sakinah terlalu melayan perasaan sehingga terlupa kepada sang Pencipta.

    Suatu malam Sakinah mula bermuhasabah diri. Tidur berseorangan membolehkan dia membetulkan diri. Ditenung satu persatu permasalahan diri. Difikir cara untuk menyedapkan hati.
Allah maha Besar. Dia yang menghadirkan segala penyelesaian dalam diri. Sakinah mula tersentak. Disesali segala perbuatan diri. Malam itu diisi dengan qiam. Solat sunat taubat ibarat pengubat. Tahajjud ibarat penguat. Sagala doa diminta dalam solat sunat hajat. Witir sebagai penutup sepertiga malam...

   Sakinah tersenyum. Betapa dia terlalu melayan perasaan. Betapa dia hampir terjatuh ke lembah syaitan. Lafaz Alhamdulillah meniti di bibir Sakinah. sungguh dia bersyukur, Allah masih sayangkan dia. Allah masih berikan Sakinah satu rasa yang dulunya hilang. Sakinah kini temui jalan bagi menyelesaikan masalah hati yang dialami.

    Solat itu merehatkan. Al-quran itu mendamaikan. Zikir itu menenangkan. Kini biar dia ditinggal berseorangan, biar dia perlu menghadapi tuduhan, biar dia tak diperhatikan.. Dia tidak mudah lemah. Dia yakin, pasti dan percaya Allah itu sentiasa bersama, Allah itu sentiasa menerima, Allah itu takkan pernah mencerca.

    Sakinah pernah terjatuh, pernah tersungkur dan pernah merasa putus asa untuk bangun semula. Namun kini dia sudah temui rasa yang dulunya tiada. Rasa yang hilang dulu diganti dengan rasa yang berbeza tetapi pastinya lebih sempurna. Rasa yang dihadirkan oleh Allah dalam diri.

 Takmustahil suatu masa Sakinah terpaksa mengharungi lagi kisah yang sama. Tetapi dengan hadirnya rasa ini dalam jiwa, Sakinah yakin dia mampu melaluinya..

Moga rasa ini takkan pernah hilang lagi.....






Sahabiah: