Thursday 31 January 2013

Ingin mimpikan Rasulullah SAW.....

Assalamualaikum, Kebetulan terdengar satu perbualan di ikimfm ketika singgah di satu kedai hari tu. Kisahnya tentang junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

       Disebabkan keadaan agak bising di kedai tersebut, ditambah ilmu di dada yang cetek jadi tak pasti siapa yang ditemubual dan kisah ini melibatkan siapa.. sama ada sahabat baginda atau ulama. maaf. 

       Disebutkan ada seorang lelaki yang bertanya kepada *sahabat nabi/ ulama(takpasti) bagaimana caranya untuk bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Beliau menyuruh lelaki tersebut untuk melakukan satu perkara. Beliau menyuruh lelaki itu untuk makan garam tanpa minum air sebelum tidur pada malam itu. Lelaki tersebut pulang ke rumah dan melakukan perkara tersebut. Akibat makan garam tanpa minum air lelaki tersebut merasa sangat dahaga, namun ditahan juga. Ketika tidur, lelaki tersebut didatangi satu mimpi. Iaitu mimpi berada di satu kawasan air sungai yang mengalir deras.. Dia mimpikan kawasan yang dipenuhi air untuk membasahkan tekaknya yang dahaga ketika itu.

      Esoknya lelaki tersebut pergi berjumpa dengan ulama itu dan menceritakan apa yang dimimpikan malam tadi. Ulama itu pun menjawab, "ya, seperti mana kamu menahan rasa haus inginkan air, seperti itu jugalah kamu perlu ada perasaan sangat ingin berjumpa dengan Rasulullah SAW.Kamu mimpikan kawasan sungai dan air kerana saat kamu tidur, kamu terasa haus yang teramat. Kamu mahu mimpikan Rasulullah SAW maka kamu perlu ada perasaan yang sama seperti semalam. Terlalu rindukan Rasulullah SAW". Bukan mudah.

        Tertanya juga diri sendiri betapa mudah kita menuturkan Ya Rasulullah, aku cinta padamu.Tapi adakah hati benar-benar maksudkannya, adakah akal benar-benar memikirkan baginda, adakah jiwa benar-benar cuma untuknya, adakah cinta benar-benar semua kepadanya? Allahurabbi.. Sungguh, diri ini belum mampu. Rasa takut dan tertanya-tanya layakkah diri ini mendapat syafaat dari baginda semasa di mahkamah Allah nanti? Kenalkah Rasulullah kepada aku? Allah. Allah. Allah. Moga Allah berikan rasa cinta kepada kekasihnya buat diri ini. Moga baginda Rasulullah memberi syafaat kepada semua umatnya di akhirat kelak. Tetapi jangan cuma meminta, perlu usaha.

          Mahu mimpikan Nabi Muhammad SAW?

 1. selawat keatas baginda sekurang-kurangnya 300kali sehari.

 2. Hidupkan sunnah baginda. Bukan sekadar memilih sunnah-sunnah tertentu sahaja yang mahu ikut.

 3. Teruskan dakwah baginda. Tegakkan Islam di dunia. Kita bukanlah pemula, dan bukan pula pengakhirnya, kita adalah penyambung, ayuh laksanakan amanah sebaiknya!
 -sedikit tips yg dapat dari rancangan Tanyalah Ustaz tv9-

 Anda masih belum mampu? Samalah situasi diri ini juga. :) Sama-sama perbaiki diri. Jika cinta baginda yang kita inginkan, ayuh pupuk dalam hati mencintai baginda sepenuhnya. Moga mampu memperoleh cinta sejati. Cinta Allah, cinta Rasulullah, mahal harganya. Tetapi tetap mampu dimiliki dengan mujahadah di jalannya. Semoga berjaya. :)Doakan diri ini juga.

 Jazakumullah khair.

Sunday 27 January 2013

umur bukan syarat mati.

Assalamualaikum,,

  Alhamdulillah, umur masih dipanjangkan oleh Allah. menginjak ke usia 20 tahun pada beberapa hari lepas. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk merasai manisnya nikmat Islam dan Iman setelah 20tahun hidup di dunia..

        Terharu dan sangat berterima kasih kepada merekamereka yang mengucapkan selamat hari lahir, sanah helwah, happy birthday dan sebagainya. Tak lupa kepada yang memberi hadiah, belanja kek, menyanyikan lagu dan yang menghadiahkan video. terima kasih banyak. Bersyukur tak terhingga diri ini diletakkan dalam kalangan kalian.

     tapi yang pasti penghargaan utama buat kedua ibu ayah yang berpenat lelah memelihara diri ini dari kecil sampai sekarang. terimakasih tak terhingga. jasa ibu ayah belum mampu anakmu ini balas. Anakmu juga masih belum mampu menyiapkan diri untuk menjadi seorang anak yang boleh memandikan jenazah ibuayah saat malaikat izrail menjemput kalian nanti. InsyaAllah, diri ini sedang berusaha untuk menjadi anak aset ke syurga buat ibuayah.

    Semakin bertambah umur, semakin dekat dengan kematian. Namun meningkatnya umur bukanlah syarat untuk mati. Mati itu syaratnya cuma hidup. Jadi semua org sudah punya cukup syarat untuk mati. Persoalannya, bersediakah kita? Bersediakah diri ini?

      kisah Siti Hajar yang meninggal dunia akibat kemalangan sangat menyentuh jiwa. sungguh air mata ini mengalir tika membaca kisah perjuangan al-marhumah selepas kemalangan. Betapa tingginya pengharapan dia kepada Allah. Dia yakin dengan semua ketentuan Allah. Kagumnya dengan kekuatan al-marhumah. Saat diuji dengan kesakitan, pengharapannya masih tetap tinggi dengan bantuan Allah. Setiap tutur katanya dikaitkan dengan kebesaran Allah. Allahurabbi..

   Hebatnya dia. Jauh sekali diri ini jika mahu dibandingkan dengan al-marhumah. Tapi tetap mahu jadi seperti beliau. Mujahidah hebat yang syahid di jalan Allah. InsyaAllah syurga ganjarannya.. Tika umur sudah menjangkau 20 tahun, hati tertanya, apa telah aku sumbang untuk Islam selama 20 tahun di dunia? Sejauh mnakah aku sudah mengenali Islam? Allah... Semuanya masih kurang.. Sangat sedikit perjuangan diri ini.. InsyaAllah terus memperbaiki diri...

 Jazakumullah~~

Friday 25 January 2013

Sunday 13 January 2013

tiada tajuk 1

"Apa tujuan anta datang ke sini?" soalan itu ditanya kepada Faiq Zamani. Walaupun Faiq itu sahabatnya dari zaman persekolahan lagi, tetapi Fattah tidak rapat lagi dengan dia sejak mereka tamat persekolahan.

 " Ana cuma mahu melawat anta. Salahkah? Anta kan sahabat ana." Faiq Zamani membalas dengan senyuman. " Tidak mahu jemput ana masukkah?". Fattah menerima kehadiran Faiq Zamani dalam keadaan terpaksa.
Di hati kecilnya dia merasakan ada suatu perkara yang membuatkan Faiq Zamani datang melawatnya ke Jordan. Mustahil Faiq Zamani dari Mesir datang ke Jordan semata-mata hanya mahu melawatnya. Sudahlah mahal, jauh pula. Kaya sangatkah Faiq Zamani itu? Sungguh, Fattah akan mencari tahu tujuan sebenar kedatangan Faiq Zamani.

 "Tidak keluar? Pergi jalan-jalankah? Melawat Laut Mati atau Jerash barangkali?" Fattah bertanyakan soalan itu kepada Faiq Zamani. Sepanjang keberadaan Faiq Zamani di rumahnya, Faiq langsung tidak keluar melawat Jordan. Yang dia tahu hanya mahu berada berdekatan Fattah. Kemana Fattah pergi, pasti ada Faiq Zamani yang mengekori. Fattah semakin tidak senang dengan kehadiran Faiq Zamani.

Faiq Zamani menggeleng, "Hanya mahu berada di sini dengan anta. Lagipun kalau ana keluar bukannya anta mahu ikut kan? Lagi pula niat ana ke sini hanya mahu melawat anta."

 " Tidak membazirkah? Datang ke sini mahal-mahal tetapi cuma duduk di rumah?", Fattah menyoal.
 " Apa yang membazirnya? Ana datang untuk melawat sahabat ana. Tiada apa yang membazir bagi ana."kata Faiq Zamani.
Fattah mendengus. Dia sudah malas mahu melayan Faiq Zamani yang ada sahaja jawapannya. Dia meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan Faiq Zamani lagi selepas itu.
 "Bagaimana kehidupan di Jordan?" pertanyaan Faiq Zamani memecahkan keheningan pagi.

"BAik-baik saja. Macam anta lihatlah." Fattah menjawab endah tak endah.

 "kondisi jiwa anta bagaimana?" soal Faiq Zamani lagi.
 "apa maksud anta? anta mahu kata ana sakit jiwakah?!" Fattah membalas pertanya dengan suara sedikit tinggi. "bukan itu maksud ana. jika ada msalah boleh kongsi." jawab Faiq Zamani. " ana tak ada apa-apa masalah! Anta jangan menyibuklah!" Fattah mendengus.

 Masalah. Siapa yang tiada masalah. Semua manusia pasti terjebak dengan masalah. Begitu juga Fattah Hakimi. Dulunya dia seorang ketua pengawas di sebuah sekolah agama terkemuka. Dulunya dia seorang penyegan dan baik akhlaknya. Tapi, sudah lumrah iman manusia itu ada turun dan naiknya. Akhirnya, Fattah yang dulunya soleh terjerumus juga ke lembah maksiat. Dia terdorong dengan desakan nafsu. Dia kalah dengan godaan. Selepas tamat persekolahan, dirinya mula tidak terurus lagi. Bukan sekadar diri, imannya juga. Makanan rohani tidak lagi diisi.

 Sememangnya kondisi Fattah Hakimi yang dulunya alim, kini berubah diketahui oleh Faiq Zamani. Sudah kecoh berita tentang Fattah Hakimi yang kini semakin teruk dan tidak lagi seperti dulu. Berita itu menjadi buah mulut di antara sahabat-sahabat mereka yang turut menuntut di Mesir. Sewaktu zaman persekolahan Faiq Zamani tidaklah begitu rapat dengan Fattah. Tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai seorang sahabat dan saudara seIslam, Faiq Zamani rela datang dari jauh semata-mata mahu melihat keadaan sebenar Fattah. Dia mahu membetulkan Fattah semula.

 Sudah prinsip diri Faiq Zamani, andai ada sahbatnya yang mahu jatuh ke neraka, akan dia tarik tangan sahabat itu untuk sama-sama ke syurga. Faiq Zamani sudah punya misi. Pasti akan dia laksanakan demi ukhwahfillah yang suci.

 "ana mendengar segala berita tentang diri anta. Boleh ana bertanya?" Faiq memulakan perbualan di suatu petang.
 "berita apa? tentang ana sudah berubah? tidak baik lagi? ya itu semua memang benar. itu yang anta mahu dengar bukan?" Fattah menjawab persoalan dengan tengkingan.

Fattah sedar dirinya menjadi bualan ramai. Terutama lagi sahabat-sahabat nya yang turut menyambung pelajaran di Jordan. Berita tentang keadaan dirinya yang semakin teruk turut tersebar di Malaysia dan Mesir. Tambah-tambah lagi setelah dia secara terang-terangan berpegangan tangan dengan kekasihnya di khalayak ramai. Pasti itu membuatkan semua orang sangat terkejut.

Bagi Fattah, dia tak pedulikan semua itu, asalkan dia mendapat kepuasan. Sememangnya, Fattah telah banyak berubah.

 Sepanjang Faiq Zamani berada di rumah Fattah, macam-macam tugas yang dia selesaikan. Dia lah yang mngemas rumah Fattah. Sehinggakan Fattah berasa seperti di syurga kerana keadaan rumah yang sangat bersih dan kemas. Dia juga yang memasak saat Fattah terpaksa pergi ke kelas. Layanan Faiq Zamani kepada Fattah ibarat si kekasih kepada kekasihnya. Fattah mulai serba salah atas layanan nya yang kasar kepada Faiq Zamani. Perlahan-lahan hatinya mula menerima kehadiran Faiq Zamani sebagai sahabatnya.

 "Faiq, berterus terang lah. Apa tujuan sebenar anta ke sini? " Fattah bertanya.
 " Ana mahu melihat kondisi anta. Andai ada salah, ana mahu perbetulkan. Ana tidak mahu sahabat ana hanyut dengan keseronokan dunia. Ana mahu dia menjadi sepertimana dia dahulu. Seorang yang hebat bukan sekadar ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat. Ana ingin mencari kembali ke mana hilangnya sahabat ana yang dulu. Yang sama-sama mengejar cinta dan syurga Allah." Faiq menerangkan tujuan sebenar kepada Fattah.
 "Faiq, anta tak bosankah hidup begitu? pagi petangnya hanya untuk membaca al-quran, mathurat, mendengan tazkirah? tidak bosankah? zaman sekolah dahulu kita abdikan diri untuk semua itu. Ana sudah muak. Salahkah ana mahu mengubah cara hidup?" soal Fattah. Sememnangnya dia telah lama tinggalkan semua itu. almathurat yang dulunya dibaca setiap hari pagi dan petang, kini tidak lagi. Al-quran yang dulunya pasti diselak walau semuka, kini sudah tidak disentuh. Cuma solat belum ditinggalkan. Itu yang wajib katanya. Tapi solat itu dia rasakan kosong. Kerana itu waktu solat makin dilewatkan dan kadangkala diketepikan terus. Allah...

 Faiq Zamani tertawa. "Fattah, sejak bila semua ini membosankan? Ini adalah salah satu cara untuk menjaga diri. Satu benteng ghaib yang mampu menghijab diri dari perkara mungkar. Pelindung ajaib yang mampu mempertahan iman daripada terlekang. Ini juga satu nikmat. Nikmat ketenangan diri."

 Ketenangan diri.. Entah bila kali terakhir Fattah merasakan nikmat itu. Sudah lama dia tidak merasakannya.

 " Ana sudah kalah dengan nafsu. Ana malu lagi mahu rapat dengan anta dan sahabat-sahabat lain." akhirnya Fattah kalah jua. Dia tidak mampu lagi menahan egonya dari runtuh.

 "Anta belum kalah. Fattah, bersyukurlah anta. Bergembiralah anta. Kerana saat anta berbuat dosa, muncul penyesalan dalam hati anta. Pastinya Allah telah campakkan penyesalan itu ke dalam hati anta. Allah masih sayangkan anta. Dia masih mahukan anta kembali kepadaNya," pujuk Faiq Zamani. Dia kasihankan sahabatnya itu.

  Dia juga rasa bersalah, saat sahabatnya memerlukan, dia tidak dapat ada bersama. Saat sahabatnya dikecam kerana satu kesalahan kecil, dia tiada untuk menguatkan. Sehinggakan sahabatnya menjadi semakin parah. Akibat hinaan orang-orang sekeliling yang hanya tahu tetapi tidak faham.

 "Ana rasa sangat hina disisi Allah. Ana malu mahu dekat dengannya lagi. Dosa ana terlalu banyak. Ana tak mampu jadi seperti dulu lagi. Ana bukan ana yang dulu." Fattah mulai teresak perlahan. Sungguh perbualannya dengan Faiq kali ini sangat menyentuh jiwanya. Hatinya mulai terjentik dengan keperihatinan Faiq. Kenapa saat dia semakin jauh masih ada yang mahu memperbetulkan? Kenapa masih ada yang mahu menyelamatkan sedangkan sudah terlalu banyak dosa yang dia lakukan.
 " fattah, hati manusia itu sentiasa dibolak-balikkan. Itu ujian Fattah. Kadangkala kita tewas dengan ujian. Jangan anta terus-menerus mengatakan diri anta terlalu banyak dosa sehingga tidak mampu berubah lagi.

Rasulullah SAW bersabda, 'tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiatnya 70kali'.

 Istigfar lah Fattah. Sungguh Allah itu maha Pengampun. Mohonlah darinya. Allah menjadikan haiwan itu dengan nafsu tanpa akal. Allah menjadikan malaikat itu dengan akal tanpa nafsu. Dan Allah jadikan manusia dengan kedua-duanya, Maka andai kamu mampu megalahkan nafsu justeru kamu lebih baik dari malaikat. Jika kamu kalah dengan nafsu dan hidup kamu ditunggangi nafsu maka ketahuilah sesungguhnya kamu lebih teruk dari haiwan. Masih belum terlewat untuk anta bertaubat Fattah. Bertaubatlah sahabat.Anta memang tak mampu jadi seperti dulu lagi. Ana mahu anta menjadi seorang yang lebih baik.." panjang penerangan Faiq.

Fattah hanya mampu mendengar selepas itu. bukan mudah untuk dihadam. Kerana telah lama ditinggalkan kata-kata nasihat dari seorang sahabat. Saat itu Fattah merasa ibarat hatinya dicucuk-cucuk.

 Hari ini Faiq Zamani akan pulang ke Mesir. "Anta tidak rasa rugikah? Datang ke sini tapi sekadar duduk dirumah bersama ana sahaja? " tanya Fattah.
 "Kan sudah ana katakan. Ana kesini mahu melawat anta. Bukan mahu berjalan-jalan." Faiq tersenyum. "kenapa anta sangat prihatin dengan ana? sedangkan kita bukanlah serapat mana? kenapa anta sanggup datang ke sini untuk ana? banyak sangatkah duit anta? lapang sangatkah masa anta? kenapa anta sangat risaukan ana? kenapa anta sangat mahukan ana untuk berubah menjadi lebih baik? kenapa? " soal Fattah bertubi-tubi. Dia hairan akan Faiq Zamani yang sangat menjaganya.

 Faiq yang bersabar walaupun dilayan dengan kasar. Faiq melemparkan senyuman, " kerana anta tanggungjawab ana kepada Allah. Anta amanah Allah kepada ana. kerana anta sahabat ana. Dalam bersahabat, ana bina hubungan demi mendapat redha Allah.Jadi menjaga sahabat adalah tanggungjawab ana."

 "walaupun sahabat anta tidak melayan anta sebaiknya?" Fattah masih mahu menguji.

 "itu urusan dia dengan Allah.Ana tidak peduli. Ana bina hubungan ini bukan untuk mendapat kasih sayangnya. Ana mahu mendapat redha Allah. Mahu mendapat kasih sayang Allah." balas Faiq. 

sambungnya lagi, " anta sahabat ana. sahabat takkan membiarkan sahabatnya dijilat api. Ana mahu kita sama-sama bahagia ke syurga. Ana mahu ke syurga bersama anta dan sahabatsahabat lain. Andai anta jatuh di neraka, ana mahu tarik anta ke syurga. jujur, ana tahu tentang permasalahan anta. Sebab itu ana ada disini. Ana mahu pimpin anta, ana mahu tenangkan jiwa anta, ana mahu tunjukkan masih ada orang sayangkan anta, masih ada orang menyokong anta.".

 "sebab itu anta sanggup berhabis duit demi melawat ana?" mata Fattah mula berkaca.

 "kerana ana uhibbukafillah Fattah." ringkas jawapan Faiq, tapi sangat menggoncang jiwa Fattah. Fattah terharu masih ada orang yang mahu memimpin dia. Moga ukhwah mereka sampai ke syurga. Mereka berpelukan sebelum Faiq Zamani melangkah ke balai berlepas. Erat pelukan itu. Itulah ukhwah kerana Allah. Fattah sudah tekad, sesusah mana sekalipun dia akan berubah menjadi lebih baik. Sepertimana Faiq bersusah payah mahu membetulkan dia, sperti itulah dia akan memperbetulkan dirinya sendiri. Dia mahu ke syurga bersama sahabatnya Faiq Zamani. Ana uhibbukafillah Faiq Zamani! Terima kasih sahabat dunia akhirat! Terima kasih!


 p/s: sekadar rekaan semata-mata. Jazakumullah khair. :)

Wednesday 9 January 2013

berkasih sayang, betulkah kerana Allah?

Assalamualaikum, Dalam berkasih sayang, Hati perlu digadaikan, pasti terluka tapi perlu dipendam, andai kasih itu kerana Allah, pesti mampu dilaksanakan, berkasih sayang itu mudah, cuma berlapang dada itu yang susah. Sesungguhnya bukan balasan yang ku pinta, cuma sedikit penghargaan, mungkin aku tak layak untuk dilayan, tapi aku juga seorang insan.. Di hadapan tampak gagah, tapi didalam aku rebah. Saat hati terluka, tak siapa yang tahu, saat jiwa berduka, diri memendam lara. Bukan layanan bak raja yang ku mahu, cukup sekadar secebis kasih sayangmu~ Perlu diingat, dalam berkasih sayang, letakkan ALLAH yang pertama. Andai kerana Allah, bagaimana sekalipun diuji, pasti mampu menghadapi apa jua terjadi. Allah pemegang hati, pohon padanya, agar dititipkan rasa ingin memberi pada yang sudi, menerima dari yang rela.. BErlapang dada tiapa masa, bunyinya mudah, tapi kerana gagal berlapang dada, ada ukhwah yang punah. apakah mampu dibawa kelak ke Jannah? ujian dalam berkasih sayang, bukan senang. Moga hati kita masih mampu menyayangi walau mungkin terasa disakiti. Hati kini mulai faham, jika memneri jgn pernah mengharap dibalas, jika menyayangi jgn berharap untuk disayang, andai ianya semata kerana Allah, pasti berkekalan tak punah, tapi.. jauh disudut hati tetap ada yang jahat menanti, otak kadangkala terdetik, mahu berhenti untuk menyayangi, hati mulai membisik untuk mulai menjauhi.. Diri tak rela tapi kehendak mengatasi segala. Hati sendiri perlu dijaga atau ukhwah yang berharga?? Sudah tentulah ukhwah yang perlu dijaga, kerap kali untuk menjaga sesebuah ukhwah, hati sendiri diletak ketepi, hati yang lain dijaga. Hati sendiri dicampak entah kemana, demi mereka yang berharga. Mencintai itu mudah, dicintai juga mudah, tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu yang susah. jadi, perlu disemat dalam hati, memberi jgnlah pernah untuk menerima. kerana apabila hati menharapkan balasan dari insan yang tak mampu memberi, hati sendiri akan tersakiti, berpegang pada harapan yang tak kunjung padam... Hati akan mula untuk melakukannya tapi tak mustahil suatu hari nanti hati ini pasti sedikit tercalar kerana menjaga hati yang lain... sesuatu yang pasti, ianya bukan mudah, suatu masa kau akan merasa sakitnya menjaga hati mereka, kau akan merasa penatnya bermain dengan rasa yang mendesah tiap masa. untuk itu, bersedialah wahai hati.. ya, itu yang paling ditakuti. kadangkala diri ini terfikir, perlukah menjauhkan diri? berbaloikah mengharapkan pada yang tak pasti? Takut suatu masa hati ini akan terluka terlalu dalam dan sukar untuk disembuhkan kembali. saat itu yang pasti ukhwah tak mampu disambung kembali.... Cinta yang sejati tak akan pernah memutuskan, tapi akan sentiasa menghubungkan. Berdoa agar ukhwah sejati ini berkekalan. Doa agar ditabahkan hati ini atas segala ujian. Moga ukhwah sejati sampai ke syurga~~ Jazakallah khair.

Wednesday 2 January 2013

sahabat kerana Allah.

sahabat yang baik adalah sahabat yang sering mengingatkan kita kepada Allah. Alhamdulillah ada ramai sahabat sebegitu yang telah aku temui. cumanya pilihan ditangan sendiri sama ada mahu mengikut atau tidak. tetapi kadangkala dalam bersahabat kita lupa agenda sebenar. kita terlalu leka dengan keseronokan bersahabat sehingga kita terlupa bahawa niat kita yang sbenar untuk mencari redha Allah dan untuk mencapai syurganya. kita terbuai dalam ikatan persahabatan. kadangkala sanggup mengutamakan sahabat lebih daripada Allah. Allahurobbi.. bagaimana boleh kita katakan kita bersahabat kerana Allah sedangkan kita sering lupa kepadanya? diri ini pernah melalu satu situasi dimana otak terkeliru sebab utama menjejak kaki ke surau. mulanya ya kerana Allah. lama kelamaan setelah mulai mengenali sahabat-sahabat, rasanya niat sudah mulai bertukar. lebihnya kearah mahu berjumpa sahabat di surau. niatnya yang dulu semata-mata kerana Allah mula goyah,. Allah.. Andai niat melakukan kebaikan bukan kerana Allah bagaimana nak merasai manisnya dalam beribadah?? pernah sekali disaat diri mula mencintai sahabat melebihi yang lain, hati ini dilukai. entah kenapa ada sesuatu yang menyakitkan hati ini saat itu. kesannya diri mula tekad taknak turun surau lagi sebabnya terasa dengan sahabat. Allah.. lemahnya aku.. ya, aku tidak turun esoknya. sehari Allah bagi aku peringatan. Allah jelmakan satu persoalan di benak fikiran. Apa tujuan turun ke surau sebelum ini? adakah hanya kerana terasa hati dengan seorang sahabat terus membuatkan aku sudah tidak mahu menjejak kaki kerumah Allah itu? jelas aku turun bukan kerana Allah. Subhanallah.. mulut mula melafazkan kalimat istigfar. betapa mudanya hati mengubahniat atas hasutan si saitan durjana. saat itu niat mula diperbetulkan semula. kali ini apabila hati mulai nak terasa lagi, otak mengingatkan, andai berukhwah kerana Allah, perlu ada sikap berlapang dada. aku mula mengamalkan sikap itu. Alhamdulillah.kini aku dapat merasa manisnya ukhawah semata-mata kerana Allah. moga ikatan ukhwah ini sampai kesyurga. aminnn....

HATI.

Dalam kesunyian kadang kala hati terasa sebak. Mula memikirkan dosa-dosa lampau. Allah.. Sedih. pernah aku katakan aku telah dapat pengajaran dari kesilapan lampau. tetapi kenapa kini masih aku ulangi kesilapan lampau? kenapa di saat hati meronta-ronta ingin berubah, otak mula nak berfikir yang baik tapi diri masih kalah dengan nafsu. Allah...

 apa sebenarnya yang aku mahu? berubah ke arah kebaikan atau masih di takuk lama? kadangkala pernah terdetik di hati, aku takkan mampu jadi baik seperti yang lain. tetapi di satu sudut yang jauh tersembunyi di dalam hati ada rasa mahu jadi seperti mereka.

     mereka yang sentiasa menjaga diri dari melakukan perkara yang sia-sia. kagum dengan mereka yang sangat kuat dalam memerangi nafsu durjana. andai nafsu dengan diri sendiri pun aku sudah kalah, bagaimana aku katakan yang aku mampu memerangi maksiat di dunia ini? aku lemah. aku lemah. aku perlukan kekuatan. tapi aku malu untuk meminta. kerana di dasar hati berkata, mereka juga punya masalah sendiri. aku tak mahu menambah beban.

     apabila keseorangan, otak mula ligat berfikir tentang macam-macam. hati seperti dah penat nak mengingatkan otak agar jangan ikut nafsu. tapi jiwa yang kekadang turut terkeliru tetap menghalakan segala perbuatan anggota. aku harus bangun! aku tak mahu ditunggangi nafsu. Ya Allah aku perlukan kekuatan dari mu. bantu aku. aku bersyukur kerana dilatakkan di kalangan mereka. melihat mereka membuatkan aku malu untuk mlakukan dosa. tawadduk nya mereka dalam berdoa mengajar aku erti jangan berputus asa. ya aku mahu berubah! aku perlu kuat,. doa dari mak dan ayah aku pinta. moga cita-cita aku mahu menjadi mujahidah teragung seperti mereka suatu hari nanti terlaksana. Amin ya rabb..
Apabila Allah telah titipkan hidayah dalam hati kita, seharusnya kita berdoa agar Allah terus memberi dan memelihara hidayah tersebut agar tersimpan kemas dalam hati kita. mohon jangan dibolak-balikkan hati kita. kerana sesungguhnya kita takkan tahu apa yang akan terjadi pada hati kita walaupun satu saat kelak. Allahurabbi. kata-kata hebat dari seorang adik yang hebat. Jazakallah khair.

Sahabiah: