Sunday, 13 January 2013

tiada tajuk 1

"Apa tujuan anta datang ke sini?" soalan itu ditanya kepada Faiq Zamani. Walaupun Faiq itu sahabatnya dari zaman persekolahan lagi, tetapi Fattah tidak rapat lagi dengan dia sejak mereka tamat persekolahan.

 " Ana cuma mahu melawat anta. Salahkah? Anta kan sahabat ana." Faiq Zamani membalas dengan senyuman. " Tidak mahu jemput ana masukkah?". Fattah menerima kehadiran Faiq Zamani dalam keadaan terpaksa.
Di hati kecilnya dia merasakan ada suatu perkara yang membuatkan Faiq Zamani datang melawatnya ke Jordan. Mustahil Faiq Zamani dari Mesir datang ke Jordan semata-mata hanya mahu melawatnya. Sudahlah mahal, jauh pula. Kaya sangatkah Faiq Zamani itu? Sungguh, Fattah akan mencari tahu tujuan sebenar kedatangan Faiq Zamani.

 "Tidak keluar? Pergi jalan-jalankah? Melawat Laut Mati atau Jerash barangkali?" Fattah bertanyakan soalan itu kepada Faiq Zamani. Sepanjang keberadaan Faiq Zamani di rumahnya, Faiq langsung tidak keluar melawat Jordan. Yang dia tahu hanya mahu berada berdekatan Fattah. Kemana Fattah pergi, pasti ada Faiq Zamani yang mengekori. Fattah semakin tidak senang dengan kehadiran Faiq Zamani.

Faiq Zamani menggeleng, "Hanya mahu berada di sini dengan anta. Lagipun kalau ana keluar bukannya anta mahu ikut kan? Lagi pula niat ana ke sini hanya mahu melawat anta."

 " Tidak membazirkah? Datang ke sini mahal-mahal tetapi cuma duduk di rumah?", Fattah menyoal.
 " Apa yang membazirnya? Ana datang untuk melawat sahabat ana. Tiada apa yang membazir bagi ana."kata Faiq Zamani.
Fattah mendengus. Dia sudah malas mahu melayan Faiq Zamani yang ada sahaja jawapannya. Dia meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan Faiq Zamani lagi selepas itu.
 "Bagaimana kehidupan di Jordan?" pertanyaan Faiq Zamani memecahkan keheningan pagi.

"BAik-baik saja. Macam anta lihatlah." Fattah menjawab endah tak endah.

 "kondisi jiwa anta bagaimana?" soal Faiq Zamani lagi.
 "apa maksud anta? anta mahu kata ana sakit jiwakah?!" Fattah membalas pertanya dengan suara sedikit tinggi. "bukan itu maksud ana. jika ada msalah boleh kongsi." jawab Faiq Zamani. " ana tak ada apa-apa masalah! Anta jangan menyibuklah!" Fattah mendengus.

 Masalah. Siapa yang tiada masalah. Semua manusia pasti terjebak dengan masalah. Begitu juga Fattah Hakimi. Dulunya dia seorang ketua pengawas di sebuah sekolah agama terkemuka. Dulunya dia seorang penyegan dan baik akhlaknya. Tapi, sudah lumrah iman manusia itu ada turun dan naiknya. Akhirnya, Fattah yang dulunya soleh terjerumus juga ke lembah maksiat. Dia terdorong dengan desakan nafsu. Dia kalah dengan godaan. Selepas tamat persekolahan, dirinya mula tidak terurus lagi. Bukan sekadar diri, imannya juga. Makanan rohani tidak lagi diisi.

 Sememangnya kondisi Fattah Hakimi yang dulunya alim, kini berubah diketahui oleh Faiq Zamani. Sudah kecoh berita tentang Fattah Hakimi yang kini semakin teruk dan tidak lagi seperti dulu. Berita itu menjadi buah mulut di antara sahabat-sahabat mereka yang turut menuntut di Mesir. Sewaktu zaman persekolahan Faiq Zamani tidaklah begitu rapat dengan Fattah. Tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai seorang sahabat dan saudara seIslam, Faiq Zamani rela datang dari jauh semata-mata mahu melihat keadaan sebenar Fattah. Dia mahu membetulkan Fattah semula.

 Sudah prinsip diri Faiq Zamani, andai ada sahbatnya yang mahu jatuh ke neraka, akan dia tarik tangan sahabat itu untuk sama-sama ke syurga. Faiq Zamani sudah punya misi. Pasti akan dia laksanakan demi ukhwahfillah yang suci.

 "ana mendengar segala berita tentang diri anta. Boleh ana bertanya?" Faiq memulakan perbualan di suatu petang.
 "berita apa? tentang ana sudah berubah? tidak baik lagi? ya itu semua memang benar. itu yang anta mahu dengar bukan?" Fattah menjawab persoalan dengan tengkingan.

Fattah sedar dirinya menjadi bualan ramai. Terutama lagi sahabat-sahabat nya yang turut menyambung pelajaran di Jordan. Berita tentang keadaan dirinya yang semakin teruk turut tersebar di Malaysia dan Mesir. Tambah-tambah lagi setelah dia secara terang-terangan berpegangan tangan dengan kekasihnya di khalayak ramai. Pasti itu membuatkan semua orang sangat terkejut.

Bagi Fattah, dia tak pedulikan semua itu, asalkan dia mendapat kepuasan. Sememangnya, Fattah telah banyak berubah.

 Sepanjang Faiq Zamani berada di rumah Fattah, macam-macam tugas yang dia selesaikan. Dia lah yang mngemas rumah Fattah. Sehinggakan Fattah berasa seperti di syurga kerana keadaan rumah yang sangat bersih dan kemas. Dia juga yang memasak saat Fattah terpaksa pergi ke kelas. Layanan Faiq Zamani kepada Fattah ibarat si kekasih kepada kekasihnya. Fattah mulai serba salah atas layanan nya yang kasar kepada Faiq Zamani. Perlahan-lahan hatinya mula menerima kehadiran Faiq Zamani sebagai sahabatnya.

 "Faiq, berterus terang lah. Apa tujuan sebenar anta ke sini? " Fattah bertanya.
 " Ana mahu melihat kondisi anta. Andai ada salah, ana mahu perbetulkan. Ana tidak mahu sahabat ana hanyut dengan keseronokan dunia. Ana mahu dia menjadi sepertimana dia dahulu. Seorang yang hebat bukan sekadar ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat. Ana ingin mencari kembali ke mana hilangnya sahabat ana yang dulu. Yang sama-sama mengejar cinta dan syurga Allah." Faiq menerangkan tujuan sebenar kepada Fattah.
 "Faiq, anta tak bosankah hidup begitu? pagi petangnya hanya untuk membaca al-quran, mathurat, mendengan tazkirah? tidak bosankah? zaman sekolah dahulu kita abdikan diri untuk semua itu. Ana sudah muak. Salahkah ana mahu mengubah cara hidup?" soal Fattah. Sememnangnya dia telah lama tinggalkan semua itu. almathurat yang dulunya dibaca setiap hari pagi dan petang, kini tidak lagi. Al-quran yang dulunya pasti diselak walau semuka, kini sudah tidak disentuh. Cuma solat belum ditinggalkan. Itu yang wajib katanya. Tapi solat itu dia rasakan kosong. Kerana itu waktu solat makin dilewatkan dan kadangkala diketepikan terus. Allah...

 Faiq Zamani tertawa. "Fattah, sejak bila semua ini membosankan? Ini adalah salah satu cara untuk menjaga diri. Satu benteng ghaib yang mampu menghijab diri dari perkara mungkar. Pelindung ajaib yang mampu mempertahan iman daripada terlekang. Ini juga satu nikmat. Nikmat ketenangan diri."

 Ketenangan diri.. Entah bila kali terakhir Fattah merasakan nikmat itu. Sudah lama dia tidak merasakannya.

 " Ana sudah kalah dengan nafsu. Ana malu lagi mahu rapat dengan anta dan sahabat-sahabat lain." akhirnya Fattah kalah jua. Dia tidak mampu lagi menahan egonya dari runtuh.

 "Anta belum kalah. Fattah, bersyukurlah anta. Bergembiralah anta. Kerana saat anta berbuat dosa, muncul penyesalan dalam hati anta. Pastinya Allah telah campakkan penyesalan itu ke dalam hati anta. Allah masih sayangkan anta. Dia masih mahukan anta kembali kepadaNya," pujuk Faiq Zamani. Dia kasihankan sahabatnya itu.

  Dia juga rasa bersalah, saat sahabatnya memerlukan, dia tidak dapat ada bersama. Saat sahabatnya dikecam kerana satu kesalahan kecil, dia tiada untuk menguatkan. Sehinggakan sahabatnya menjadi semakin parah. Akibat hinaan orang-orang sekeliling yang hanya tahu tetapi tidak faham.

 "Ana rasa sangat hina disisi Allah. Ana malu mahu dekat dengannya lagi. Dosa ana terlalu banyak. Ana tak mampu jadi seperti dulu lagi. Ana bukan ana yang dulu." Fattah mulai teresak perlahan. Sungguh perbualannya dengan Faiq kali ini sangat menyentuh jiwanya. Hatinya mulai terjentik dengan keperihatinan Faiq. Kenapa saat dia semakin jauh masih ada yang mahu memperbetulkan? Kenapa masih ada yang mahu menyelamatkan sedangkan sudah terlalu banyak dosa yang dia lakukan.
 " fattah, hati manusia itu sentiasa dibolak-balikkan. Itu ujian Fattah. Kadangkala kita tewas dengan ujian. Jangan anta terus-menerus mengatakan diri anta terlalu banyak dosa sehingga tidak mampu berubah lagi.

Rasulullah SAW bersabda, 'tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiatnya 70kali'.

 Istigfar lah Fattah. Sungguh Allah itu maha Pengampun. Mohonlah darinya. Allah menjadikan haiwan itu dengan nafsu tanpa akal. Allah menjadikan malaikat itu dengan akal tanpa nafsu. Dan Allah jadikan manusia dengan kedua-duanya, Maka andai kamu mampu megalahkan nafsu justeru kamu lebih baik dari malaikat. Jika kamu kalah dengan nafsu dan hidup kamu ditunggangi nafsu maka ketahuilah sesungguhnya kamu lebih teruk dari haiwan. Masih belum terlewat untuk anta bertaubat Fattah. Bertaubatlah sahabat.Anta memang tak mampu jadi seperti dulu lagi. Ana mahu anta menjadi seorang yang lebih baik.." panjang penerangan Faiq.

Fattah hanya mampu mendengar selepas itu. bukan mudah untuk dihadam. Kerana telah lama ditinggalkan kata-kata nasihat dari seorang sahabat. Saat itu Fattah merasa ibarat hatinya dicucuk-cucuk.

 Hari ini Faiq Zamani akan pulang ke Mesir. "Anta tidak rasa rugikah? Datang ke sini tapi sekadar duduk dirumah bersama ana sahaja? " tanya Fattah.
 "Kan sudah ana katakan. Ana kesini mahu melawat anta. Bukan mahu berjalan-jalan." Faiq tersenyum. "kenapa anta sangat prihatin dengan ana? sedangkan kita bukanlah serapat mana? kenapa anta sanggup datang ke sini untuk ana? banyak sangatkah duit anta? lapang sangatkah masa anta? kenapa anta sangat risaukan ana? kenapa anta sangat mahukan ana untuk berubah menjadi lebih baik? kenapa? " soal Fattah bertubi-tubi. Dia hairan akan Faiq Zamani yang sangat menjaganya.

 Faiq yang bersabar walaupun dilayan dengan kasar. Faiq melemparkan senyuman, " kerana anta tanggungjawab ana kepada Allah. Anta amanah Allah kepada ana. kerana anta sahabat ana. Dalam bersahabat, ana bina hubungan demi mendapat redha Allah.Jadi menjaga sahabat adalah tanggungjawab ana."

 "walaupun sahabat anta tidak melayan anta sebaiknya?" Fattah masih mahu menguji.

 "itu urusan dia dengan Allah.Ana tidak peduli. Ana bina hubungan ini bukan untuk mendapat kasih sayangnya. Ana mahu mendapat redha Allah. Mahu mendapat kasih sayang Allah." balas Faiq. 

sambungnya lagi, " anta sahabat ana. sahabat takkan membiarkan sahabatnya dijilat api. Ana mahu kita sama-sama bahagia ke syurga. Ana mahu ke syurga bersama anta dan sahabatsahabat lain. Andai anta jatuh di neraka, ana mahu tarik anta ke syurga. jujur, ana tahu tentang permasalahan anta. Sebab itu ana ada disini. Ana mahu pimpin anta, ana mahu tenangkan jiwa anta, ana mahu tunjukkan masih ada orang sayangkan anta, masih ada orang menyokong anta.".

 "sebab itu anta sanggup berhabis duit demi melawat ana?" mata Fattah mula berkaca.

 "kerana ana uhibbukafillah Fattah." ringkas jawapan Faiq, tapi sangat menggoncang jiwa Fattah. Fattah terharu masih ada orang yang mahu memimpin dia. Moga ukhwah mereka sampai ke syurga. Mereka berpelukan sebelum Faiq Zamani melangkah ke balai berlepas. Erat pelukan itu. Itulah ukhwah kerana Allah. Fattah sudah tekad, sesusah mana sekalipun dia akan berubah menjadi lebih baik. Sepertimana Faiq bersusah payah mahu membetulkan dia, sperti itulah dia akan memperbetulkan dirinya sendiri. Dia mahu ke syurga bersama sahabatnya Faiq Zamani. Ana uhibbukafillah Faiq Zamani! Terima kasih sahabat dunia akhirat! Terima kasih!


 p/s: sekadar rekaan semata-mata. Jazakumullah khair. :)

No comments:

Post a Comment

Sahabiah: