Thursday, 31 January 2013

Ingin mimpikan Rasulullah SAW.....

Assalamualaikum, Kebetulan terdengar satu perbualan di ikimfm ketika singgah di satu kedai hari tu. Kisahnya tentang junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

       Disebabkan keadaan agak bising di kedai tersebut, ditambah ilmu di dada yang cetek jadi tak pasti siapa yang ditemubual dan kisah ini melibatkan siapa.. sama ada sahabat baginda atau ulama. maaf. 

       Disebutkan ada seorang lelaki yang bertanya kepada *sahabat nabi/ ulama(takpasti) bagaimana caranya untuk bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Beliau menyuruh lelaki tersebut untuk melakukan satu perkara. Beliau menyuruh lelaki itu untuk makan garam tanpa minum air sebelum tidur pada malam itu. Lelaki tersebut pulang ke rumah dan melakukan perkara tersebut. Akibat makan garam tanpa minum air lelaki tersebut merasa sangat dahaga, namun ditahan juga. Ketika tidur, lelaki tersebut didatangi satu mimpi. Iaitu mimpi berada di satu kawasan air sungai yang mengalir deras.. Dia mimpikan kawasan yang dipenuhi air untuk membasahkan tekaknya yang dahaga ketika itu.

      Esoknya lelaki tersebut pergi berjumpa dengan ulama itu dan menceritakan apa yang dimimpikan malam tadi. Ulama itu pun menjawab, "ya, seperti mana kamu menahan rasa haus inginkan air, seperti itu jugalah kamu perlu ada perasaan sangat ingin berjumpa dengan Rasulullah SAW.Kamu mimpikan kawasan sungai dan air kerana saat kamu tidur, kamu terasa haus yang teramat. Kamu mahu mimpikan Rasulullah SAW maka kamu perlu ada perasaan yang sama seperti semalam. Terlalu rindukan Rasulullah SAW". Bukan mudah.

        Tertanya juga diri sendiri betapa mudah kita menuturkan Ya Rasulullah, aku cinta padamu.Tapi adakah hati benar-benar maksudkannya, adakah akal benar-benar memikirkan baginda, adakah jiwa benar-benar cuma untuknya, adakah cinta benar-benar semua kepadanya? Allahurabbi.. Sungguh, diri ini belum mampu. Rasa takut dan tertanya-tanya layakkah diri ini mendapat syafaat dari baginda semasa di mahkamah Allah nanti? Kenalkah Rasulullah kepada aku? Allah. Allah. Allah. Moga Allah berikan rasa cinta kepada kekasihnya buat diri ini. Moga baginda Rasulullah memberi syafaat kepada semua umatnya di akhirat kelak. Tetapi jangan cuma meminta, perlu usaha.

          Mahu mimpikan Nabi Muhammad SAW?

 1. selawat keatas baginda sekurang-kurangnya 300kali sehari.

 2. Hidupkan sunnah baginda. Bukan sekadar memilih sunnah-sunnah tertentu sahaja yang mahu ikut.

 3. Teruskan dakwah baginda. Tegakkan Islam di dunia. Kita bukanlah pemula, dan bukan pula pengakhirnya, kita adalah penyambung, ayuh laksanakan amanah sebaiknya!
 -sedikit tips yg dapat dari rancangan Tanyalah Ustaz tv9-

 Anda masih belum mampu? Samalah situasi diri ini juga. :) Sama-sama perbaiki diri. Jika cinta baginda yang kita inginkan, ayuh pupuk dalam hati mencintai baginda sepenuhnya. Moga mampu memperoleh cinta sejati. Cinta Allah, cinta Rasulullah, mahal harganya. Tetapi tetap mampu dimiliki dengan mujahadah di jalannya. Semoga berjaya. :)Doakan diri ini juga.

 Jazakumullah khair.

No comments:

Post a Comment

Sahabiah: