Friday 8 February 2013

Dear Ukhti,
















Dear ukhti,
 sungguh diri ini sangat menyayangi diri anda,
terlalu sayang, diri ini menyayangi anda kerana Allah,
 kerana itu dibiarkan sahaja rasa hati,
kadangkala pahit yang terasa,
 tetapi rasa manis yang sedikit,
 tetap mengalahkan rasa pahit itu..

Aku mengingati mu tiap masa,
 Ingin sahaja aku menghubungimu tiap ketika,
 tapi aku tahu kamu bukan milikku sahaja..
Dirimu punya banyak komitmen lain,
 yang pasti lebih penting dari diri ini,
 jadi aku lupakan segala rasa,
 redha dengan segala ketentuannya.

Dear ukhti,
 maaf andai kadangkala diri ini selalu mengganggumu,
 ketahuilah saat itu aku cuma mahu melepaskan rindu..
Maaf kekadang aku tewas melawan perasaan,
tewas dalam memendam rasa kerinduan..

Saat ini aku menangis kerana rindukanmu,
 aku terlalu menyayangimu, entah kenapa hati ini terpaut padamu,
 setiap masa aku mahu perhatian darimu~

Ya,
 aku pernah merasa cemburu,
melihat kemesraan kamu dan mereka, mereka yang lebih lama mengenalimu,
mereka yang sudah ada tempat dihatimu,
tetapi jangan risau ya ukhti,
 perasaan ini telah lama aku buang jauh,
kerana niatku cuma satu, menyayangimu kerana Allah,
 biar aku memberi, biar engkau tidak menerima,
 biar engkau tidak membalas,
 rasa ini tidak akan pernah padam,
 kerana sayangku padamu cuma kerana Dia Yang Satu.

 Aku tidak mahu mengotorkan ikatan kasih ini dengan perasaan yang tidak baik.
 Aku mahu Allah redha akan rasa hati aku pada kamu.


Ukhti,
aku fikir,
dengan meluahkan rasa melalui penulisan ini,
rasa kasih padamu dapat dibendung,
 namun ianya sukar.
Rasa cinta terlalu kuat sehingga tak mampu aku luahkan melalui kata-kata.
 Maaf, aku tidak pandai berbahasa.
Jadi aku luahkan dalam bahasa mudah,
tidak bersastera
tidak menikam jiwa.

Ukhti jangan risau,
 rasa cinta buatmu tidak pernah melebihi rasa cintaku pada Allah,
pada Rasulullah.
Kerana engkau yang selalu mengingatkan agar letakkan cinta pada Allah dan Rasulullah itu yang utama.

Ukhti,
 diri ini tidak pasti adakah kamu tahu atau tidak rasa sayang ini terhadap dirimu,
 diri ini tidak pasti adakah kamu dapat merasa atau mengagak,
 tetapi satu yang pasti,
 aku tidak pandai menunjukkan rasa kasih aku padamu,
malu~

Wajah kamu selau bermain diminda,
 manis senyummu,
 nasihat berguna darimu,
Allah...
 Dia sahaja yang tahu rasa diri ini padamu..

Ukhti,
 maaf andai rasa sayang diri ini buatmu mengganggu,
 maaf andai diri ini tak layak berada di hati mu,
 maaf andai diri ini sering menyusahkanmu..
 Sungguh itu bukan niatku.
Cuma kegagalan ku kerana tak mampu menahan rindu.

Dear ukhti,
 doa diri ini selalu buatmu,
tak pernah putus setiap kali aku ingatkan dirimu,
Aku doakan Allah SWT permudahkan segala urusanmu dunia akhirat.
Aku doakan kamu sentiasa kuat menghadapi segala mehnah dari Ilahi.

Ketahuilah ukhti,
 rasa sayang ini tulus buatmu,
 hadirnya entah bila diri ini pun tak tahu,
 tetapi yang kutahu,
 aku sayang padamu.

Sayang ini bukan kerana paras rupamu,
bukan kerana jawatanmu,
 bukan kerana orang lain sayang, aku juga mahu sayang,
 bukan.
 Bukan kerana itu.

Sayang ini kerana kagum,
 sayang ini kerana ianya Allah yang wujudkan,
sayang ini kerana terpesona dengan keperibadianmu,
 sayang ini kerana tingginya akhlakmu,
 sayang ini kerana keindahan dan ketenangan pada dirimu..

Ya,
 aku tahu ukhti tidak suka akan pujian,
ukhti akan mengatakan dirimu tak layak menerimanya,
 aku faham..
 Tapi aku cuma meluahkan rasa ukhti.
Tak bermaksud apa-apa.

Ada satu kata-kata:
'Andai anda meminati seseorang, jangan lah sekadar memuji atau menyanjung,
tetapi ikutilah segala nasihatnya'

Aku akan mengikuti segala nasihat berguna darimu.
Akan aku contohi keperibadian dirimu ukhti...
Aku yakin kamu tidak akan pernah membaca luahan rasa ini,
 biarlah Allah sahaja yang sampaikan rasa kasih aku padamu...

Ingatlah ukhti,
biar jauh kita berpisah,
 biar lama tak bersua wajah,
diri ini akan sentiasa menyayangimu,
akan sentiasa mengingati mu,
 akan terus mengkagumimu..
 Moga Allah redha dengan rasa aku pada kamu.
 Ana uhibbukifillah jiddan jiddan.
 Ukhuwahfillah abadan abada ya ukhti!



Salam sayang ukhtiku~




Jazakumullah khair.

4 comments:

  1. moga tautan ukhuwah antaramu kekal hingga ke syurga :') Sayangilah seseorang kerana Allah, nescaya kekal selamanya :)

    ReplyDelete
  2. “Jika salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahu kepadanya bahwa dia mencintainya” (Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu Hibban. Lihat: Sahihul Jami’)

    Syeikh Abdul Aziz Fathi As-Sayyid Nada memberi komen tentang hal ini: “Selayaknya seorang muslim tidak merasa segan atau malu untuk menghidupkan sunnah Nabi musthofa s.a.w, menyebarkannya dan menampakkannya di tengah-tengah manusia. Bahkan, ini merupakan amal soleh yang sangat agung, yang akan terus mengalirkan pahala baginya.” (Mansuu’atul Aadaab Al-Islamiyyah)



    Subhanallah... =) akak kenal ke ukhti tu dik? =)

    ReplyDelete
  3. syukran atas perkongsian kak. :) mungkin kenal kot. ;)

    ReplyDelete

Sahabiah: