Sunday 28 December 2014

Hilang.

Tertanya tanya
Kenapa dah lama tak menulis
Oh
Rupanya sudah hilang jiwa.


Jangan tinggal aku.

Kalau tiba tiba aku undur
Jauh dari kalian
Aku mohon
Tarik aku

Bila aku kata aku mampu gerak sendiri
Kuat tanpa sesiapa
Aku mohon
Jangan percaya
Aku tipu

Tika nampak aku sunyi senyap tanpa berita
Menjauh menyendiri
Aku mohon
Tanya khabar aku

Aku cuma mohon
Jangan tinggal aku
Meski aku yang lari jauh
Cuba
Ajak aku bersama

Ingat
Kau sudah janji
Mahu ke Syurga sama sama
Jangan biar aku sendiri
Jadi ahli neraka

Biar bertahun kita tak berbicara
Jangan tinggal aku dalam doa.



Thursday 7 August 2014

Kerikil tak berdosa.

Beberapa biji kerikil dikutip. Lantas dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Ayyash berlari laju menuju ke arah beberapa orang tentera rejim Zionis yang sedang berkawal. Setibanya disitu, Ayyash berhenti. Lalu tangannya dimasukkan ke dalam kocek bagi mengeluarkan kerikil kerikil yang dikutip. Belum sempat kerikil dikeluarkan,  keempat empat tentera Zionis tersebut telah menghalakan senjata masing masing ke arah Ayyash. Mereka ternanti apa yang akan dikeluarkan oleh Ayyash.

Ayyash tunduk. Bukan bermaksud gentar.  Tapi dek kerana amarah yang teramat sangat. Dan tanpa teragak, Ayyash terus membaling kerikil kerikil yang dikutip ke arah tentera tentera Zionis tersebut.  Kerikil kerikil itu mengenai tubuh badan tentera Zionis yang dibalut uniform tebal bersama baju kalis peluru.

"Hey budak! Balik lah! Pergi bersembunyi. Jangan sampai kau mati di tangan kami!" Teriak tentera Zionis kepada Ayyash.

Teriakan dibalas dengan teriakan.
"Hey kamu yang pergi balik!  Ini tanah kami! Kamu yang sedang bersembunyi.  Bersembunyi di sebalik bayang bayang negara kami! Kamu memanggil kami pengganas sedang kalian yang sedang mengganas! " Lantang suara Ayyash menuturkan kata kata amarahnya. Meski dia kecil ibarat kerikil namun keberanian Ayyash ibarat harimau yang mahu menerkam mangsanya.

Tentera Zionis meneruskan tugas mereka. Walaupun kerikil yang dibaling Ayyash langsung tidak mencederakan tubuh mereka namun kerikil kecil itu telah berjaya menggores hati mereka. Sungguh,  tentera Zionis itu gentar atas keberanian anak anak kecil di Palestin.  Maka kerana itulah tugas mereka untuk menghapuskan wanita wanita serta kanak kanak Palestin agar tiada lagi sosok sosok berani di bumi Palestin.

27 Ramadhan. Ayyash bersama keluarganya bersiap mahu berbuka puasa bersama. Hari ini Ayyash merasa sesuatu. Rasa seolah hari gembiranya. Seperti mahu mendapat sesuatu yang berharga.

"Ayah, mungkinkah hari ini hari kemenangan kita? Kerana aku merasa sungguh senang seperti bakal memperoleh sesuatu." Tanya Ayyash kepada ayahnya.

"Janji Allah itu pasti anakku. Kita pasti menang. Tak mustahil ini masanya. Sama sama kita berdoa ya. Agar yang ada hanya menang atau syahid. Semua sudah ambil wudhu'? " jawab ayah Ayyash yang bernama Ahmad Yassin. Dia sering mengingatkan keluarganya agar sentiasa berwudhu' kerana mereka tidak tahu bila ajal mereka tiba. Dia mahu agar saat nyawa mereka ditarik, mereka menemui Tuhan dalam keadaan berwudhu'.

Azan Maghrib berkumandang. Menandakan sudah tiba masa untuk berbuka. Saat masing masing mahu menyuap makanan, tiba tiba terdengar bunyi bising dari bahagian atas rumah Ayyash. Bunyi letupan lantas meletupkan keluarga Ayyash yang sedang berbuka. Seluruh bangunan runtuh serta mengorbankan kesemua ahli keluarga Ayyash. Ya, Ayyash sudah memperoleh sesuatu.  Dia sudah memperoleh syahid!

-- Akhbar diselak. Berita tentang sekeluarga  yang syahid di Palestine. Syahid ketika mahu berbuka puasa. Allah. Aku sebak.

Akhbar diselak lagi. Berita tentang jutawan di usia muda. Kanak kanak menjadi jutawan hasil pendapatan lakonan dan nyanyian.  Allah. Aku sebak lagi.

Saat kanak kanak di Palestin memperoleh syahid, kanak kanak di Malaysia sedang disogok dengan wang ringgit.  Sudah ditatih dari kecil, apa itu lakonan, apa itu nyanyian. Beza sungguh keadaannya.  Allah... Sememangnya kerikil tidak berdosa.  Keadaan dunia yang menjadikan kita berbeza.

Saat penduduk Palestin menempa syahid, penduduk Malaysia masih dimomok dengan masalah pemimpin pemimpin.  Masih dikaburkan dengan pesta pesta maksiat. Berbeda amat kita diuji. Dan lantas, kami masih belum kuat.

--Kisah ini ditulis oleh seorang Malaysia yang langsung tidak pernah memijakkan kaki ke Palestin.  Mungkin yang ditulis ini langsung tidak setragis kisah sebenar di Palestin.  Maaf. Aku tak mampu bayang lebih, kerana aku bukan mereka. Aku bukan Palestin yang kuat. Aku cuma Malaysia,  yang masih perlu dikuatkan. 

Monday 21 July 2014

Sendiri 2

Jujurnya aku tanya. Bila kau rasa betul betul sendiri? I mean, alone. Bila?

Bila someone tiada teman, dia akan merasa famili itu paling dekat, paling faham, paling utama, and she doesnt need others.  Tapi bila dia punya teman, dia akan rasa teman itu paling dekat, paling faham, paling utama. Dan tika itu famili sudah disuruh ketepi katanya izin aku gerak sendiri.

Mostly, akan rasa begitu. Jarang ada yang bisa bahagi sama rata. Dan kekadang ada yang bisa kata maaf hati saya sudah penuh. Tak mampu sayang awak lagi. What the?

Pernah tak tertanya bila kau betul betul sendiri? Yakin dengan aku. Jawapannya tidak pernah. Kerna Allah itu sentiasa bersama.  Ke mana kau buang Dia selama kau punya mereka?
Tepuk dada tanya selera. Yang mana paling utama.  Manusia atau Tuhan kau cinta?

Sendiri 1.

Jarang rasa mahu nangis
Tapi bila rasa itu datang
Trust me
I wont stop.

Aku lupa
Bila kali terakhir air mata ini rembes
Tapi kalau esok yang disoal
Aku jawab
Semalam.

Apa sebab rasa itu datang?
Entah
Kalau tanya hati
Jawabnya
Tiada jawapan.

Tanya akal?
Lagilah. 

Jadi aku tanya Tuhan
Apa sebab cecair mata ini bocor

Mungkin Tuhan bisa jawab
Sebab kau makin jauh dari Aku
Maka Aku hadirkan rasa
Agar kau ingat sama kuasaNya Aku.

Lalu pada siapa lagi kau mahu tanya
Bila jawapannya kau sudah punya.

Air ini masih mengalir
Biar ia berhenti dengan sendirinya
Tak guna dipujuk
Tak guna ditepuk
Kerna ia cuma gantung pada hati
Bukan pada diri.

Thursday 17 July 2014

Rahmat yang ditarik.

"Pentauliahan ahli briged al-malizi ditunda. Ianya atas sebab sebab tertentu dan akan dimaklumkan kemudian."

Pintu bilik mensyuarat ditutup.

Ikhwan berjalan sendirian di tepi tasik. Kemudian dia terlihat ada satu sosok tubuh yang dikenalinya sedang mengelamun sendirian. Ikhwan mendekati sosok itu mahu menegur.

"Min! Buat apa sini sorang-sorang?"

"Wan. Kau tahu berita terbaru? Pasal pentauliahan ahli briged baru ditunda?"

"Oh, tentang tu aku dah tahu! Kenapa Min? Apa yang kau risaukan? Ahli briged yang lama kan masih ramai?"

"Ahli briged lama kebanyakkannya akan dipindahkan ke kawasan lain. Ada juga yang akan diangkat menjadi ketua briged bagi kawasan-kawasan baru dan kecil. Jadi ahli briged kita disini hanya akan tinggal 120 orang. Jika pentauliahan dilaksanakan seperti yang dirancang, maka ahli briged akan bertambah. Tapi apabila ditangguhkan, aku rasa ianya seperti satu rahmat yang ditarik."

"Rahmat yang ditarik? Maksud kau? "

" Atas kerana keadaan kita yang terlalu selesa maka Allah timpakan sesuatu buat kita. Kita bebas bergerak tanpa ada apa-apa halangan besar. Lantas kita cepat terngadah apabila perkara kecil menghiasi."

" Err.. Maksud kau Min? Aku masih tak faham."

" Rahmat buat briged kita. Tak mustahil Allah tarik rahmatNya dari kita bila kita terlalu leka. Keselesaan buat kita leka. Kita kira perjuangan kita sudah cukup untuk beli Syurga. Kita rasa tarbiyah kita sudah cukup untuk elak Neraka. Sehingga kita terlupa untuk bersyukur. Aku rasa selama ni kita dalam keadaan terlalu selesa. Sampaikan langkah berjaga-jaga kita endahkan. Kononnya Allah pasti menjaga. Ya. Allah itu menjaga, tapi kita juga sebenarnya perlu berusaha. Bukan sekadar membabi buta sahaja."

" Tapi kau tak rasa ini adalah ujian? Ujian buat briged kita."

" Memang ujian. Dan kita kena terima. Tapi bukan cuma terima Wan, kita perlu bertindak juga. Muhasabah yang lama, ambil tindakan perbaiki kesalahan lalu. Bukan cuma dengan kata ini ujian dan kita terima tanpa ada apa-apa tindakan. Kalau macam tu sampai bila-bila keadaan takkan berubah. Maksud aku dengan rahmat yang ditarik ialah dengan penangguhan pentauliahan ahli briged baru. Tiba-tiba briged kita kekurangan ahli. Sebelum ini kita diberi tenaga ahli yang cukup tapi kita leka. Ramai ahli yang tiada tugas. Ramai ahli yang senyap lantas kita juga biarkan.  Kini ianya dah ditarik. Baru menyesal tak sudah."

"Mungkin betul kata kau Min. Rahmat yanh ditarik. Tapi tak semestinya kekurangan ahli menjadi penyebab briged kita jatuh bukan? Mungkin ini akan lagi menguatkan. "

"Mungkin juga. Aku cuma berfikir Wan. Kita perlu muhasabah agar hal ini tak berulang lagi. Sebenarnya, aku impi briged kita sekuat briged Al-Qassam. Tapi... Allah.. Jauh lagi kita ni Wan. "

" Min. Tak salah apa yang kau impi tu. Dan aku rasa semua ahli briged juga impi yang sama. Meski masih jauh untuk kita sehebat mereka namun kita harus berusaha menjadi kan impi itu realiti Min. "

"Ikhwan, kau tahu apa kelayakan mahu bergelar Al-Qassam? Antaranya wajib solat berjemaah, wajib mempelajari tafsir al Quran,  wajib membaca satu juzuk al Quran sehari, wajib menghafal 40 hadis Arbain, serta wajib puasa sunat dan bertahajjud. Kau masih rasa kita mampu?"

"Insyaallah Min. Kita perlu mampu.  Kerana itu semua bukan pilihan tapi kewajipan.  Aku rasa sebagai ahli briged yang membawa Islam, kita perlu laku itu semua, Amin. Demi mahu menegakkan, wajar untuk kita laksanakan.  Kekadang aku rasa briged kita berkurangan mungkin atas asbab ramai yang beranggapan kita ini penentang kerajaan."

"Kita ini penentang kemungkaran bukan kerajaan.  Andai Islam yang diamal kerajaan itu,  apa perlu kita tentang. Sudah tugas angkat Islam maka yang mungkar wajar kita jatuhkan. Ibarat Qassam yang mahukan kemenangan bukan kerana keduniaan tetapi kerana cintakan keredhaan dari Tuhan."

"Moga impi kau mahu briged al-malizi sekuat briged al-Qassam mampu direalitikan. Dan moga rahmat yang ditarik dipulang kembali. Kita sama sama doa ya Min agar sesi pentauliahan yang tertangguh ini mampu melahirkan pejuang yang mampu merealisasikan projek 'AlQassam to be' kita."

"Insyaallah, Ikhwan. Insyaallah! "

"Sudah lah Min. Jom masuk. Azan dah dilaung. Masa kita laksana apa yang kita kata agar ianya bukan sekadar di mulut cuma. Jom solat."

"Kau masuk dulu Wan. Aku masih mahu disini. Mahu hilangkan serabut dan duka dengan bertadabur alam seketika. "

"Jangan macam macam kau Min. Mahu seperti alQassam atau alMassam? Hilangkan serabut dan duka lara kau tu dengan solat.  Jom jom!"

"AlMassam? Bertuah kau Wan! Jom jom. Aku gurau saja lah. Solat didahulukan jihad diutamakan. We are alQassam to be!"

Kata-kata itu dilaung penuh semangat. Dua anak muda yang membawa misi serta visi Islam mahu sedaya upaya mengangkat Islam di tempat yang tertinggi.  Moga ini semua bukan cuma kata tapi dilaksana dengan anggota. Kita semua AlQassam to be. Kita semua briged alMalizi!

Tuesday 1 July 2014

Past.

Buku lama mahu diselak kembali
Oh kau bukan mahu kasi aku ingat
Konon kisah semalam yang indah indah
Tapi nyata kau
Mahu aku singkap kembali
Luka luka parah yang sudah parut
Kini darah alir semula
Memori lama kau ungkap
Fikir aku bahagia saja 
Bukan
Semua gombal bayangan cuma
Darah sudah alir laju
Mata sudah rembes titis panas
Sekarang bilang
Siapa mahu lap?
Apa kamu? 


Thursday 8 May 2014

Dua Jumaat.

Sudah dua Jumaat
Hati aku jatuh
Retak tunggu pecah

Jumaat yang ketiga
Bakal tiba tak kira apa
Cumanya
Masih aku ada atau tinggal semua?

Jumaat yang ketiga
Apa lagi mahu tunggu?
Bangkit atau mahu jatuh lagi?
Sampai pecah hati aku
Itu masa aku undur

Lari

Jauh dari sini.

Monday 31 March 2014

Menangis.

Bila
Kali terakhir kau menangis sebab takutkan Allah?

Ingat lagi?
Atau dah lupa.
Atau tak pernah ada.


Monday 24 March 2014

Malu.

Malu.
Bila yang lain sedang membeli Syurga
Aku sedang menunggu tanpa berbuat apa apa

Malu
Bila yang lain tekad dalam berjuang
Aku sedang melayan masa yang terbuang

Malu
Bila yang lain terus berubah dan istiqamah
Aku sedang memaut memori lama tak sudah

Malu
Bila yang lain malu dan berubah
Aku masih terus malu dan hampir rebah.

Tuesday 11 March 2014

Rasa itu.

Rasa itu datang lagi.
Rasa sense of belonging terhadap seorang manusia.
Rasa itu pernah datang dulu.
Tapi nyata rasa itu cuma aku.
Dan dia dia memilih yang lain.
Jadi aku kecewa.
Tekad mahu buang jauh rasa itu dari jiwa.
Dan melepaskan dia dia.

Tapi sekali lagi rasa itu datang.
Aku takut.
Takut dikecewa lagi.
Jadi aku kawal diri dari mendekati.
Aku tahan diri dari menghampiri.
Walau rasa itu menggunung tinggi.
Aku perlu sedar diri.

Ini bukan tentang lelaki. Ini tentang ukhuwwah kami.

Monday 10 February 2014

Rindu.

Rindu mahu tulis lagi
Rindu mahu taip panjang lagi
Rindu mahu main dengan kata
Rindu mahu susun aksara

Rindu
Terlalu rindu

Tapi kenapa
Rasa tak bisa
Kemana hilang jiwa
Jauh membawa rasa
Hingga tulis aku rasa susah
Luah aku rasa payah.


Kini lukis jadi pengubat
Bila tulis tak mampu dibuat.

Wednesday 1 January 2014

Manusia.

Manusia

Si penipu
Aku juga.

Kata sayang Allah
Tapi yang dilakunya hanya dosa
Kata sayang Rasulullah
Tapi yang dibuatnya tak serupa

Manusia

Si Pendusta
Aku juga

Kata mahu bejuang
Tapi sayang,
Solatnya masih terbuang
Kata mahu Islam
Tapi sayang
Amalnya semakin kelam

Manusia

Sampai bila mahu menipu
Sampai bila mahu tertipu

Dengan dunia
Yang entah apa-apa

Manusia

Perlu sedar
Bangun dari tidur

Aku juga.

dunia.

Dunia

Mohon lihat ketawa aku
Mohon lihat suka aku

kerana

Tangis aku hanya untuk Dia
Duka aku  biar untuk Pencipta

________________________

Manusia

Asyik kata aku hanya tahu suka

kerana

Duka aku kalian buta
Tak nampak

Aku simpan buat Yang Maha Esa
Hanya depan dia aku luah segala

Tak perlu semuanya tahu cerita
Cukup ada Allah si pengarah Manusia.


Sahabiah: