Thursday 30 July 2015

Penulisan.

Penulisan bukan sekadar untuk meluah. Tapi jugak untuk menunjuk kisah. Penulisan bukan untuk meraih harga tapi untuk menceriakan nyawa. Yang betul betul penulisan,  bilamana biar apa genre yang ditulis,  baik puisi, cerpen, mahupun dialog,  ia mampu menyentakkan hati hati manusia.o Asal dari jiwa. Yang betul betul penulis,  tanpa penat berfikir ayat paling puitis, tapi terus melayan rentak rentak jiwa, meluah serta menunjuk kisah yang terbaik. Yang betul betul penulis,  tak perlu punya waktu terluang untuk menulis.  Tak perlu angin angin bayu, tanpa deruan ombak mahupun titis titis hujan. Meski diamana ia berada seperti di tengah ribut buas, di tengah hiruk pikuk manusia sibuk mengejar dunia, atau di bawah panas terik mentari memercik peluh, ia masih mampu melegarkan aksara aksara di sekitar lubuk jiwa. Tanpa perlu tunggu tenang malam dan segelas kopi. Tanpa perlu sebatang pena atau helaian siputih nipis. Tetap, dalam jiwa dan hatinya meluak luak rasa mahu tulis.  Lantas,  dia mampu tersenyum tatkala menyusun ayat ayat hanya dalam alam fikir. Hakikat yang betul betul penulisan bukan buat yang bergelar penulis semata. Semua punya rasa, semua bisa tulis. Cuma, ayat beza, susunan aksara nya beda. Tak perlu melankolik sentiasa. Tak perlu sayu sayu sahaja. Terus tulis. Apa saja dirasa. Tapi masih, yang memenangi hati itu bila tulisnya perihal sedih, syahdu dan sayu. Usah ditanya 'jika semua mahu jadi penulis,  siapa mahu jadi pembaca? ' kerna realitinya setiap penulis perlu membaca. Baru tahu mahu ditulis itu apa, baru tahu cara meluah itu bagaimana.

Biar setebal mana lembaran tulisan, biar seindah mana kata disusun, masih yang menang itu kalam dari Tuhan.

-- selalu nya penulis bila ia baca ayat yang indah atau yang dia karang aksaranya puitis, lantas ia akan tersenyum sendiri.  Entah cuma aku?

Wednesday 8 July 2015

Kerja.ya.

Melangkah ke alam pekerjaan tanpa ada secukup persediaan itu parah.  Minda dan jiwa yang kurang bersedia menyebabkan rasa stress mudah menghimpit. Sampai satu tahap yang ada diminda ialah persoalan persoalan yang diri sendiri tak mampu jawab. 'Kenapa aku perlu ada di tempat begini?'. Sampaikan bila hati mula menenangkan yang pasti ada hikmah atas semuanya, jiwa mula rebel dengan bertanya 'apa hikmahnya? '. Hakikatnya berhadapan dengan realiti kehidupan dan suasana sebenar dunia kini bukan indah seperti ketika di kampus dulu.

Aku paling merasa. Well.  Ini proses mematangkan dan menguatkan.  Ya cuba saja positif kan diri. Tapi kadang kadang rasa macam tipu diri sendiri. Why did you still stay, at the place which almost kill you? Kadang kita tak banyak pilihan.  Terima saja.  Tapi bukan bermaksud lalui saja segala liku tanpa cuba ubah jalan. Orang kata pelan pelan kayuh. Ya moga kayuhan perlahan aku mampu memberi aku hikmah yang aku belum jumpa.  Jangan sampai sel sel positif sudah mengalir keluar dari fikiran. Saat itu entah apa yang akan aku laku. Hidup dengan pelbagai rasa ni kadang kadang memenatkan. 

Ya ya aku ingat Allah itu sentiasa ada dan aku tak sepatutnya lupa kalau mahu tenang mohon pada Dia. Ya aku tahu. Ini sekadar aku nak bercerita. Sekadar bercerita. Hakikat apa yang aku rasa.

Ramadhan.

"Aku dah agak memang si Nazib tu penipu. Memang habis duit rakyat digunanya. Cis, menyesal pulak aku undi dia untuk jadi Presiden negeri Malazi dulu!" Ahmad bersuara dengan penuh kemarahan.  Surat khabar yang penuh diisi dengan kisah 1MDB diletakkan di atas meja dengan penuh kasar.

"Sabarlah, Mad. Perkara ni bukan ada keputusan apa apa lagi. Belum pasti pun siapa pelaku nya.  Kita tunggu sajalah hasil siasatan.  Belum tentu apa yang ditulis di dada dada akhbar tu betul," Pak Hamid membalas dengan nada menenangkan.  Dia menggeleng sahaja melihat gelagat Ahmad.

"Sabar apa Pak Mid? Dah sah sah memang dia lah pelaku nya.  Keputusan siasatan pun belum tentu tepat. Ah. Orang besar besar mesti ada saja caranya nak tutup kesalahan mereka. Entah berapa perut yang sudah dia kenyangkan dengan wang haram tu. Entah berapa mulut yang dia sumbatkan dengan wang rakyat tu. Haih. Menyesal betul saya. Yang Pak mid ni, bukan ka Pak Mid ni penyokong parti pembangkang?  Kenapa pula Pak Mid nak sebelahkan Nazib dalam hal ni? Pak Mid sepatutnya lega sebab tembelangnya dah pecah. Bukan membela kononnya belum tentu dia pelaku nya," kata Ahmad dalam keadaan suaranya ditinggikan.  Gayanya seperti mahu satu kampung mendengar perbualan dia dan Pak Mid.

"Bukan aku membela sesiapa.  Ya memang aku ni menyokong parti pembangkang.  Tapi tak semestinya aku boleh menuduh orang membuta tuli saja. Jelas jelas siasatan masih dilakukan.  Tunggulah keputusannya. Lagipun sekarang bulan Ramadhan, Mad. Apa yang tinggal kalau asyik menuduh orang saja. Silap silap haribulan boleh jatuh fitnah, Mad. Kamu ni pun aku tengok tiap tiap hari ke hulur hilir pergi jumpa orang membicarakan hal ni. Malamnya pulak kamu singgah di kedai kopi pun bersembang hal 1MDB ni. Yang aku tengok kamu balik ke rumah bila waktu berbuka dengan bila jam dah menginjak ke tengah malam. Dalam hal ni aku rasa bukan Nazib yang rugi, kamu pun turut rugi. Terlalu taksub dengan hal ni sampai Ramadhan kamu sia siakan. Mad, Ramadhan dah nak balik ni. Hargailah sebaiknya.  Belum tentu Ramadhan datang lagi. Belum tentu dapat jumpa.  Dah dah la tu menengking sana sini," lembut Pak Mid bahasakan Ahmad. Tenang tapi  setiap tuturnya menikam hati Ahmad.

Ahmad diam tidak membalas. Terus dia angkat kaki meninggalkan Pak Mid. Entah insaf entah tidak. Pak Mid hanya memerhati Ahmad berjalan pulang.  Dalam hatinya hanya mampu berdoa agar Ahmad sedar apa yang perlu dilakunya.

Malam itu kecoh sekampung.  Mayat Ahmad ditemui di depan kedai kopi Usop. Khabarnya kerana dipukul oleh penyokong penyokong Nazib di kampung itu. Pak Mid yang mendengar berita itu hanya mampu menggeleng lagi. Kakinya lantas diayun ke rumah Ahmad bagi membantu menguruskan jenazah.

Sahabiah: