Wednesday, 8 July 2015

Ramadhan.

"Aku dah agak memang si Nazib tu penipu. Memang habis duit rakyat digunanya. Cis, menyesal pulak aku undi dia untuk jadi Presiden negeri Malazi dulu!" Ahmad bersuara dengan penuh kemarahan.  Surat khabar yang penuh diisi dengan kisah 1MDB diletakkan di atas meja dengan penuh kasar.

"Sabarlah, Mad. Perkara ni bukan ada keputusan apa apa lagi. Belum pasti pun siapa pelaku nya.  Kita tunggu sajalah hasil siasatan.  Belum tentu apa yang ditulis di dada dada akhbar tu betul," Pak Hamid membalas dengan nada menenangkan.  Dia menggeleng sahaja melihat gelagat Ahmad.

"Sabar apa Pak Mid? Dah sah sah memang dia lah pelaku nya.  Keputusan siasatan pun belum tentu tepat. Ah. Orang besar besar mesti ada saja caranya nak tutup kesalahan mereka. Entah berapa perut yang sudah dia kenyangkan dengan wang haram tu. Entah berapa mulut yang dia sumbatkan dengan wang rakyat tu. Haih. Menyesal betul saya. Yang Pak mid ni, bukan ka Pak Mid ni penyokong parti pembangkang?  Kenapa pula Pak Mid nak sebelahkan Nazib dalam hal ni? Pak Mid sepatutnya lega sebab tembelangnya dah pecah. Bukan membela kononnya belum tentu dia pelaku nya," kata Ahmad dalam keadaan suaranya ditinggikan.  Gayanya seperti mahu satu kampung mendengar perbualan dia dan Pak Mid.

"Bukan aku membela sesiapa.  Ya memang aku ni menyokong parti pembangkang.  Tapi tak semestinya aku boleh menuduh orang membuta tuli saja. Jelas jelas siasatan masih dilakukan.  Tunggulah keputusannya. Lagipun sekarang bulan Ramadhan, Mad. Apa yang tinggal kalau asyik menuduh orang saja. Silap silap haribulan boleh jatuh fitnah, Mad. Kamu ni pun aku tengok tiap tiap hari ke hulur hilir pergi jumpa orang membicarakan hal ni. Malamnya pulak kamu singgah di kedai kopi pun bersembang hal 1MDB ni. Yang aku tengok kamu balik ke rumah bila waktu berbuka dengan bila jam dah menginjak ke tengah malam. Dalam hal ni aku rasa bukan Nazib yang rugi, kamu pun turut rugi. Terlalu taksub dengan hal ni sampai Ramadhan kamu sia siakan. Mad, Ramadhan dah nak balik ni. Hargailah sebaiknya.  Belum tentu Ramadhan datang lagi. Belum tentu dapat jumpa.  Dah dah la tu menengking sana sini," lembut Pak Mid bahasakan Ahmad. Tenang tapi  setiap tuturnya menikam hati Ahmad.

Ahmad diam tidak membalas. Terus dia angkat kaki meninggalkan Pak Mid. Entah insaf entah tidak. Pak Mid hanya memerhati Ahmad berjalan pulang.  Dalam hatinya hanya mampu berdoa agar Ahmad sedar apa yang perlu dilakunya.

Malam itu kecoh sekampung.  Mayat Ahmad ditemui di depan kedai kopi Usop. Khabarnya kerana dipukul oleh penyokong penyokong Nazib di kampung itu. Pak Mid yang mendengar berita itu hanya mampu menggeleng lagi. Kakinya lantas diayun ke rumah Ahmad bagi membantu menguruskan jenazah.

No comments:

Post a Comment

Sahabiah: