Thursday 30 July 2015

Penulisan.

Penulisan bukan sekadar untuk meluah. Tapi jugak untuk menunjuk kisah. Penulisan bukan untuk meraih harga tapi untuk menceriakan nyawa. Yang betul betul penulisan,  bilamana biar apa genre yang ditulis,  baik puisi, cerpen, mahupun dialog,  ia mampu menyentakkan hati hati manusia.o Asal dari jiwa. Yang betul betul penulis,  tanpa penat berfikir ayat paling puitis, tapi terus melayan rentak rentak jiwa, meluah serta menunjuk kisah yang terbaik. Yang betul betul penulis,  tak perlu punya waktu terluang untuk menulis.  Tak perlu angin angin bayu, tanpa deruan ombak mahupun titis titis hujan. Meski diamana ia berada seperti di tengah ribut buas, di tengah hiruk pikuk manusia sibuk mengejar dunia, atau di bawah panas terik mentari memercik peluh, ia masih mampu melegarkan aksara aksara di sekitar lubuk jiwa. Tanpa perlu tunggu tenang malam dan segelas kopi. Tanpa perlu sebatang pena atau helaian siputih nipis. Tetap, dalam jiwa dan hatinya meluak luak rasa mahu tulis.  Lantas,  dia mampu tersenyum tatkala menyusun ayat ayat hanya dalam alam fikir. Hakikat yang betul betul penulisan bukan buat yang bergelar penulis semata. Semua punya rasa, semua bisa tulis. Cuma, ayat beza, susunan aksara nya beda. Tak perlu melankolik sentiasa. Tak perlu sayu sayu sahaja. Terus tulis. Apa saja dirasa. Tapi masih, yang memenangi hati itu bila tulisnya perihal sedih, syahdu dan sayu. Usah ditanya 'jika semua mahu jadi penulis,  siapa mahu jadi pembaca? ' kerna realitinya setiap penulis perlu membaca. Baru tahu mahu ditulis itu apa, baru tahu cara meluah itu bagaimana.

Biar setebal mana lembaran tulisan, biar seindah mana kata disusun, masih yang menang itu kalam dari Tuhan.

-- selalu nya penulis bila ia baca ayat yang indah atau yang dia karang aksaranya puitis, lantas ia akan tersenyum sendiri.  Entah cuma aku?

No comments:

Post a Comment

Sahabiah: