-SEDIKIT PERKONGSIAN DARI SEORANG SAHABAT BUAT DIRI INI-
assalamualaikum...wawa sihat..wanie nak berkongsi sedikit ilmu tentang tafsir yang wani present untuk usrah hari ni iaitu surah al ikhlas..
surah al ikhlas ni ada lah surah yang membicarakan tentang keesaan Allah dan surah ni jugak telah menyucikan pendapat orang ramai tentang keesaan Allah...
kita lihat dpd maksud ayat yang pertama iaitu katakanlah Allah yang esa...esa di sini adalah Allah esa pada zat,sifat dan perbuatannya...apa maksud esa pada zat?iaitu kita perlu yakin bahawa Allah itu tidak berbilang-bilang..apa pulak maksud esa pada sifat?iaitu tiada sesiapa yang boleh menandingi sifat2 Allah..dan esa pada perbuatan bermaksud tiada sesiapa yang boleh menandingi perbuatan Allah..contohnya Allah sebagai peemberi rezeki...
maksud ayat kedua pulak Allah itu tempat kita meminta...di sini kita perlu yakin bahawa seseorang muslim yang berpegang teguh pada imannya akan sentiasa meminta dan memohon pertolongan dpdNya...
maksud ayat yang ketiga Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan...ayat sudah jelas membuktikan keesaan Allah...Allah tiada ibu ayah dan jugak tiada anak...dengan ayat ini kita boleh menolak pandangan orang musyrik yang menyatakan malaikat anak perempuan Allah dan al masih dan uzair anak lelaki Allah.
maksud ayat keempat tidak ada yang sekutu atau setara dengan Allah..ayat ni menerangkan tidak ada makhluk lain pun yang sama level dengan Allah..sebab tu la Allah adalah yang Maha berkuasa..
jadi rumusan ayat kita perlu yakin Allah itu esa dan tidak perlu mempersoalkan keesaan Allah...
bahkan ada hadis menyatakan kalu kita membaca surah al ikhlas adalah menyamai seperti membaca sepertiga Al quran.... .jika ada salah mohon tegur..jazakallahukhair...
No comments:
Post a Comment