Wanita terkuat dalam hidup saya pastinya puan emak! Bukan kuat fizikal yang dimaksudkan tetapi kuat mental, kuat rohaninya.. Sepanjang hidup saya, belum pernah melihat emak menangis. Belum pernah terlihat setitis air mata emak mengalir. Tak kisahlah sama ada dalam keadaan sedih, kecewa, terasa, sakit mahupun sedang tengok cerita Hindustan yang sedih. Kadangkala tertanya, dari mana emak dapat kekuatan tu? Macam mana emak sabar sangat? Dengan perangai dua orang anak dara dan seorang anak teruna yang macam-macam kerenah pelik. Tingginya sifat sabar seorang ibu tu sampaikan orang menganggap tak salah buat apa-apa pada insan bergelar ibu. Mereka pasti memaafkan. Macam tu jugaklah saya yang selalu sakitkan hati emak. Kekadang terlupa yang emak juga manusia biasa. Pasti ada yang terasa. Disebabkan sikap mudah memaafkan, kita terlupa mahu menjaga hati ibu. Subhanallah.. Takut andaikata emak mengalirkan airmata disebabkan saya. Pasti ada masa saya mengecewakan emak, meyakitkan hati emak... Betapa emak kuatkan hati, sabar melayan kerenah anak-anak. Hebatnya seorang ibu..
Kuatnya emak saya.. Ayah outstation untuk beberapa hari.. Tugas hantar adik ke sekolah terpaksa diambil alih oleh emak. Kakak pulak tengah praktikal sekarang, emak juga yang ulang alik hantar dan ambil kakak ke pejabat. Petang hantar adik pergi kelas agama. Pergi pasar, ditambah emak mengasuh budak-budak. Malam emak ajar mengaji. Penatnya.. Belum ditambah tugas-tugas lain. Macam mana emak kuat dengan penat fizikal ditambah penat mental melayan anak-anak? Emak dapat tawaran mengajar budak-budak mengaji kat tadika. Mesti la emak tolak. Emak dah cukup penat kan..
Cuti semester dah nak habis. Lepas ni emak akan jadi lagi penat. Dah takda orang nak tolong di rumah. Dah takda orang nak teman emak masa emak memandu. Hati ni berat nak tinggal emak.. Macam mana nak biar emak memandu sorang-sorang.. Mungkin bagi orang lain biasa.. Tidak bagi anak emak ni.. Mungkin bagi orang lain rutin emak tak seberat mana, tapi bagi anak emak ni, emak dah cukup penat.. Mungkin bagi orang lain emak tak sehebat mana, tapi bagi anak emak ni, emak dah hebat sangat!
Moga Allah sentiasa menjaga emak, ayah, kakak, adik. JAGA SEMUA.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Anak emak ni yakin dan sentiasa berdoa, emak masuk syurga. Amin. Moga Allah makbulkan doa anak emak ni.
![]() |
Puan Emak saya. <3 |
Jazakumullah khairan~
No comments:
Post a Comment