Hawa memperbetulkan tudungnya. Doa melihat cermin tidak dilupa. "Ya Allah elokkan akhlakku sperti mana engkau elokkan wajahku". Dia melepaskan keluhan berat dihadapan cermin. Saat itu jantungnya berdegup kencang. Fikirannya kacau. Rasa takut menyelebungi diri. Mengapa Hawa berasa begitu? Mengapa Hawa berasa berat ketika dia menyarungkan tudung bidang 60 di kepalanya saat ini?
Sebenarnya, Hawa ada kisahnya sendiri. Dulu dia bukan seperti ini. Dia bukanlah gadis yang sudi meletakkan tudung bidang 60 di atas kepalanya.Malah dia tidak tahu pun akan kewujudan tudung bidang 60 di dunia ini. Dia hanya seorang gadis yang memakai tudung bawal singkat dan diselempangkan. Kadangkala tudung bawal itu diganti dengan selendang singkat dan nipis pula. Dulu, dia tidak tahu apa itu menutup aurat sebaiknya. Dia hanya tahu menutup rambut. Tetapi Hawa sedikit bertuah kerana keluarganya tetap menitik beratkan nilai-nilai Islam di dalam hidup. Alhamdulillah, ibu ayahnya pentingkan solat 5 waktu sehari semalam. Cuma, sama ada solatnya itu diterima atau tidak oleh Allah. Ibu ayahnya sangat menjaga. Tak dibenarkan bergaul sesuka hati dan keluar rumah tanpa mereka. Alhamdulillah hawa bertuah memiliki ibuayah yang prihatin dan mementingkan akhlak diri anak-anak. Mungkin hnya ilmu agama yang kurang. Asasnya ada, cuma ia sekadar asas. Belum ditambah.
Hawa membesar dengan baik.Akademiknya terjaga, kawan-kawan yang ramai, keluarga yang tidak bermasalah membuatkan Hawa merasa hidupnya mudah. Tidak perlu sangat meminta. Makanya walaupun solat ditunaikan 5 kali sehari semalam namun, mahu berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah jarang dilakukan. Mahu mengadu dan menangis kepada Allah? lagilah jarang. Sekadar apabila ada aktiviti qiamullail di sekolah saat peperiksaan semakin hampir sahaja.
Hawa merasa dia telah cukup segala. Dia merasa dia tahu banyak tentang ilmu agama. Dia merasa memakai tudung sudah cukup baik berbanding mereka yang tidak bertudung. Dia merasa sudah cukup alim di sekolah. Mungkin kerana suasana pelajar disekolah yang agak teruk. Dia bukan bersekolah di sekolah cemerlang, cuma sekolah hrian biasa. Kebanyakkan pelajar tidak langsung mementingkan solat. Itu yang membuatkan Hawa merasa dirinya sudah cukup baik kerana dia solat berbanding kawannya yang lain. Keputusan SPM yang agak cemerlang membolehkan Hawa menyambung pelajaran ke sebuah kolej matrikulasi.
Di sini hidupnya mula melakukan perubahan.
Saat ini, keluarganya juga sudah mula meningkatkan ilmu keagamaan. Ada saja majlis ilmu pasti sekeluarga akan pergi. Tetapi perubahan terbesarnya adalah ketika dia melanjutkan pelajaran di sebuah kolej matrikulasi selepas SPM. Kolej ini agak ke arah ISlamik dan sangat mementingkan keagamaan. Sudah perancangan Allah mahu Hawa mula berubah.
Di sini Hawa mula memakai baju yang lebih longgar. Dia mula merasa malu mahu memakai Tshirt singkat lagi. Seluar jeans juga telah ditinggalkan. Alhamdulillah, dia juga mendapat seorang rakan sebilik dari sekolah agama. Roomatenya itulah yang banyak membantu.Indahnya perancangan Allah buat Hawa. Di kolej itu juga diadakan kelas fardhu ain setiap RAbu dan Jumaat. Hawa banyak belajar dari kelas berkenaan. Dia baru tahu bermacam perkara. Saat itu dia sedar, selama ini ilmunya tiada. Dia hanya menjalankan suruhan Allah tanpa ilmu. Allah... Betapa banyak dosa Hawa. Ketika ini dia baru tahu apa itu menangis kepada Allah, apa itu mengadu kepada Allah. Perlahan-lahan dia mula mengenali Allah dan sentiasa mendekatkan diri dengan penciptaNya.Tudungnya juga mula dilabuhkan mengikut suruhan Allah.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"(surah annur ayat 31).
Dia masih memakai tudung bidang 45, cuma dilabuhkan. Tidak lagi dislempang. Kemudian dia mula memakai tudung bawal bidang 50. Dia melakukan perubahan bukan secara drastik, dilakukannya secara perlahan-lahan dan istiqamah. Itu pesan roomate sejatinya dahulu.
"Jangan berubah terlalu drastik, kerana ianya mungkin hanya sementara. Lakukan perubahan perlahan-lahan. Asalkan ia istiqamah."
Bukan sekadar tudung mula berubah, tetapi dirnya juga. Ikhtilat yang sebelum ini tidak dititikberatkan, kini semakin dijaga. Alhamdulillah, segalanya dilakukan kerana Allah. Amalnya juga semakin diperbaiki dengan ilmu-ilmu yang mula diamalkan. Dengan adanya rakan-rakan yang juga sama-sama mahu memperbaiki diri memudahkan penghijrahan Hawa. Mereka sama-sama melakukan perubahan. Ukhwah yang terjalin kerana Alah pastinya membuahkan hasil yang baik buat mereka. Surau menjadi tempat perbincangan. Aktiviti surau yang sangat hidup di kolej menyebabkan Hawa jatuh cinta kepada ilmu Allah. Hawa tekad, mahu menjadi baik!
Kini, Hawa sudah menyambung pelajaran di sebuah universiti awam. Ya, dia masih seorang insan yang mahu mengenali Allah dan Islam. Dia masih tercari-cari jalan yang sebenar. Di universiti, dia teruskan niatnya mahu mendalami ilmu agama. Ada saja majlis ilmu, pasti akan dia hadiri. Surau kolej juga dia imarahakan. Mungkin surau di kolej universiti ini tidak sehidup surau di keloj matrikulasi dulu. Namun itu bukan halangan bagi Hawa untuk terus meneguk ilmu Allah.Di universiti juga hatinya mula tergerak untuk menyarungkan tudung bidang 60. Alhamdulillah, dia merasa lebih selamat dan terjaga.
Cuti semester telah tiba, Hawa pulang ke kampung halaman. Di sini hatinya mula gundah. Kenapa? kerana dia kini bertudung labuh. Dia mula risau dengan pandangan jiran-jiran dan kawan-kawan lama. Kerana dulunya dia hanya gadis biasa. Kini seglanya berubah. Bukan mudah mahu menahan pandangan-pandangan pelik orang sekeliling. Tambah yang merisaukan Hawa ialah dia berpendapat ilmu agamanya belum cukup dan belum mantap. Itu menyebabkan dia merasa takut untuk memakai tudung labuh. Jika dulu di universiti dia tidak mengalami perasaan sebegini kerana dia berada dala kalangan mereka yang bertudung labuh. Jadi dia tidak pedulikan pandangan orang. Tambahan, tiada sesiapa yang mengenalinya di universiti. Tetapi jika di kampung, ramai orang yang tahu dirinya yang dulu, jadi bukan mudah mahu membuatkan orang faham akan dirinya yang mula berubah. Kini dia tahu bagaimana rasanya apabila seorang muslimat yang bertudung labuh terpaksa berdepan dengan masyarakat yang tahu tapi tidak faham. Dulu Hawa juga sering berpandangan jelik kepada mereka yang bertudung labuh. BAginya perempuan yang bertudung labuh itu kolot dan tidak tahu gaya semasa. Allah.. Betapa jahilnya dia dahulu. Kini Allah kembalikan situasi itu kepada Hawa, cuma keadaan dirinya sebaliknya.
Hawa berfikir. Mula menenangkan diri di hadapan cermin. Mindanya mula bermonolog. Otaknya mula berfikiran positif. Tidak akan dia tanggalkan tudung bidang 60 ini. Hatinya mula bersoal, andai tudung ini dipakai kerana Allah mengapa harus dipeduli kata-kata manusia? Ya, niatnya perlu diperbetul kembali. Allah...
Tudung labuh itu bukan kayu ukur tingginya tahap keimanan seorang wanita. Tudung labuh itu juga bukanlah satu jaminan utk dia masuk ke syurga. Tapi dengan tudung labuh, itu membuatkan dia sentiasa berusaha untuk berubah menjadi seorang muslimah solehah yang Penciptanya mahukan. Dia mahukan sayang, cinta dan redha Allah itu tersemat dalam hatinya setiap masa.
Bertudung labuh membuatkan akhlaknya lebih terjaga. Hawa mulai sedar, apabila dia bertudung labuh perasaan malu mahu membuat dosa itu semakin menebal. Bertudung labuh itu meletakkan satu amanah di bahunya yang perlu dijaga agar tidak mendatangkan fitnah kepada Islam. Sungguh, HAwa sedar dengan bertudung labuh, dirinya lebih terjaga daripada tangan-tangan syaitan yang bertopengkan manusia. Lebih terjaga daripada diganggu dan rasa lebih selamat. Kini Hawa tekad, dia tidak peduli lagi apa kata manusia.
Biar dia kolot, selekeh dimata manusia, asal indah pada pandangan Allah. HAwa mahu terus istiqamah dalam menjaga diri. Dia tidak mahu tewas dengan ujian-ujian kecil ini sedangkan lebih banyak ujian yang perlu dihadapi bagi memperjuangkan Islam.
Hawa teringat kata-kata mujahidah-mujahidah teragungnya, "paksa diri untuk lakukan amalan-amalan ahli syurga". " jaga hati, insyaAllah terjaga iman"." tidak ada perjuangan yang sekejap dan mudah!".
p/s:satu lagi kisah rekaan dan ada sesetengah ayat yang diambil terus dari nasihat-nasihat para mujahidah teragung buat diri ini.
No comments:
Post a Comment