Wednesday, 2 January 2013

HATI.

Dalam kesunyian kadang kala hati terasa sebak. Mula memikirkan dosa-dosa lampau. Allah.. Sedih. pernah aku katakan aku telah dapat pengajaran dari kesilapan lampau. tetapi kenapa kini masih aku ulangi kesilapan lampau? kenapa di saat hati meronta-ronta ingin berubah, otak mula nak berfikir yang baik tapi diri masih kalah dengan nafsu. Allah...

 apa sebenarnya yang aku mahu? berubah ke arah kebaikan atau masih di takuk lama? kadangkala pernah terdetik di hati, aku takkan mampu jadi baik seperti yang lain. tetapi di satu sudut yang jauh tersembunyi di dalam hati ada rasa mahu jadi seperti mereka.

     mereka yang sentiasa menjaga diri dari melakukan perkara yang sia-sia. kagum dengan mereka yang sangat kuat dalam memerangi nafsu durjana. andai nafsu dengan diri sendiri pun aku sudah kalah, bagaimana aku katakan yang aku mampu memerangi maksiat di dunia ini? aku lemah. aku lemah. aku perlukan kekuatan. tapi aku malu untuk meminta. kerana di dasar hati berkata, mereka juga punya masalah sendiri. aku tak mahu menambah beban.

     apabila keseorangan, otak mula ligat berfikir tentang macam-macam. hati seperti dah penat nak mengingatkan otak agar jangan ikut nafsu. tapi jiwa yang kekadang turut terkeliru tetap menghalakan segala perbuatan anggota. aku harus bangun! aku tak mahu ditunggangi nafsu. Ya Allah aku perlukan kekuatan dari mu. bantu aku. aku bersyukur kerana dilatakkan di kalangan mereka. melihat mereka membuatkan aku malu untuk mlakukan dosa. tawadduk nya mereka dalam berdoa mengajar aku erti jangan berputus asa. ya aku mahu berubah! aku perlu kuat,. doa dari mak dan ayah aku pinta. moga cita-cita aku mahu menjadi mujahidah teragung seperti mereka suatu hari nanti terlaksana. Amin ya rabb..
Apabila Allah telah titipkan hidayah dalam hati kita, seharusnya kita berdoa agar Allah terus memberi dan memelihara hidayah tersebut agar tersimpan kemas dalam hati kita. mohon jangan dibolak-balikkan hati kita. kerana sesungguhnya kita takkan tahu apa yang akan terjadi pada hati kita walaupun satu saat kelak. Allahurabbi. kata-kata hebat dari seorang adik yang hebat. Jazakallah khair.

No comments:

Post a Comment

Sahabiah: