Hanya yang terpilih bisa tunduk untuk lihat dedaun kering yang Allah tabur atas tanah luas.
Wednesday, 9 January 2013
berkasih sayang, betulkah kerana Allah?
Assalamualaikum,
Dalam berkasih sayang,
Hati perlu digadaikan, pasti terluka tapi perlu dipendam,
andai kasih itu kerana Allah, pesti mampu dilaksanakan, berkasih sayang itu mudah, cuma berlapang dada itu yang susah. Sesungguhnya bukan balasan yang ku pinta, cuma sedikit penghargaan, mungkin aku tak layak untuk dilayan, tapi aku juga seorang insan.. Di hadapan tampak gagah, tapi didalam aku rebah. Saat hati terluka, tak siapa yang tahu, saat jiwa berduka, diri memendam lara. Bukan layanan bak raja yang ku mahu, cukup sekadar secebis kasih sayangmu~
Perlu diingat, dalam berkasih sayang, letakkan ALLAH yang pertama. Andai kerana Allah, bagaimana sekalipun diuji, pasti mampu menghadapi apa jua terjadi. Allah pemegang hati, pohon padanya, agar dititipkan rasa ingin memberi pada yang sudi, menerima dari yang rela.. BErlapang dada tiapa masa, bunyinya mudah, tapi kerana gagal berlapang dada, ada ukhwah yang punah. apakah mampu dibawa kelak ke Jannah? ujian dalam berkasih sayang, bukan senang. Moga hati kita masih mampu menyayangi walau mungkin terasa disakiti.
Hati kini mulai faham, jika memneri jgn pernah mengharap dibalas, jika menyayangi jgn berharap untuk disayang, andai ianya semata kerana Allah, pasti berkekalan tak punah, tapi.. jauh disudut hati tetap ada yang jahat menanti, otak kadangkala terdetik, mahu berhenti untuk menyayangi, hati mulai membisik untuk mulai menjauhi.. Diri tak rela tapi kehendak mengatasi segala. Hati sendiri perlu dijaga atau ukhwah yang berharga??
Sudah tentulah ukhwah yang perlu dijaga, kerap kali untuk menjaga sesebuah ukhwah, hati sendiri diletak ketepi, hati yang lain dijaga. Hati sendiri dicampak entah kemana, demi mereka yang berharga. Mencintai itu mudah, dicintai juga mudah, tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu yang susah. jadi, perlu disemat dalam hati, memberi jgnlah pernah untuk menerima. kerana apabila hati menharapkan balasan dari insan yang tak mampu memberi, hati sendiri akan tersakiti, berpegang pada harapan yang tak kunjung padam...
Hati akan mula untuk melakukannya tapi tak mustahil suatu hari nanti hati ini pasti sedikit tercalar kerana menjaga hati yang lain...
sesuatu yang pasti, ianya bukan mudah, suatu masa kau akan merasa sakitnya menjaga hati mereka, kau akan merasa penatnya bermain dengan rasa yang mendesah tiap masa. untuk itu, bersedialah wahai hati..
ya, itu yang paling ditakuti. kadangkala diri ini terfikir, perlukah menjauhkan diri? berbaloikah mengharapkan pada yang tak pasti? Takut suatu masa hati ini akan terluka terlalu dalam dan sukar untuk disembuhkan kembali. saat itu yang pasti ukhwah tak mampu disambung kembali....
Cinta yang sejati tak akan pernah memutuskan, tapi akan sentiasa menghubungkan. Berdoa agar ukhwah sejati ini berkekalan. Doa agar ditabahkan hati ini atas segala ujian. Moga ukhwah sejati sampai ke syurga~~
Jazakallah khair.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment