Saturday, 25 August 2012

Kenapa tak boleh Islam?

Assalamualaikum,

Masa sembang-sembang dengan mak pada suatu tengah malam, mak ada cerita mengenai satu kisah tentang seseorang yang dikenali. Aku namakan dia X la.. X ni perempuan. Memang sangat cantik, subhanallah, ciptaan Allah yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Memang semua ahli keluarga X ni cantik-cantik dan kacak-kacak. Alkisahnya macam ni lah.. Disebabkan kecantikan si X ni, so memang ramai la peminatnya. Ada yang sampai nak ambil mak si X ni mak angkatla, ada jugak yang katanya sanggup berhenti hisap rokok setelah berjumpa dengan si X ni.. Dan dalam ramai-ramai peminat si X ni, ada la jugak seseorang yang beragama Kristian turut menyukai si X.. Si X pun agak suka dan menyenangi si lelaki yang aku namakan Y.. Tetapi emak si Y ni pun ada lah pulak syaratnya. Yang mana si Y boleh keluar dari agama Kristian dan boleh memeluk agama lain. Dah cukup bagus lah ni kan? Tetapi syarat emak si Y ialah boleh menganut agama apa sahaja kecuali ISLAM !!!  Kenapa?

Ni lah point penting yang aku nak ketengah kan.. Kenapa orang beragama lain begitu membenci Islam? Adakah mereka termakan dengan propaganda orang luar bahawa Islam itu terrorist? Atau atas sebab kegagalan umat Islam sendiri yang menunjukkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Islam? Atau kerana takut terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga atas dasar umat Islam tidak boleh makan makanan yang haram seperti mereka makan? Mungkin juga mereka berpendapat agama Islam itu begitu sukar dan terlalu banyak kongkongannya.. Kenapa tidak kita sebagai umat Islam tunjukkan betapa mudahnya agama Islam yang syumul?

Sebenarnya mereka tidak dapat membezakan diantara Melayu dan Islam. Memang jumlah jenayah yang dilakukan oleh orang Melayu tinggi nilainya, tapi tak semua melayu itu Islam.. Mungkin hanya islam pada nama dan kad pengenalannya.. Seharusnya mereka tidak boleh hanya menilai orang lain tanpa mengenalinya.. Dan kita sebagai umat Islam juga seharusnya berusaha menunujukkan keindahan dalam Islam. Ini adalah pesanan buat diri aku sendiri juga. Insyallah sama-sama kita muhasabah diri dan terus menunjukkan kepada orang luar bahawa Islam itu bukan TERRORIST seperti yang mereka sangka.

Mengenai cerita tadi pula, kata emak aku, mereka tak bersama pun. Sebabnya Si perempuan rasa agak rendah diri dan tak layak bersama si Y kerana si Y kini bergelar seorang doktor dan dia hanyalah seorang lepasan ijazah dalam kursus yang tidak sehebat si lelaki. Dan mungkin juga kerana tidak sanggup menerima tentangan dari emak si Y. Moga mereka dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik. Insyallah.

ISLAM ITU INDAH~

Jazakallah khair. :)

No comments:

Post a Comment

Sahabiah: