Hanya yang terpilih bisa tunduk untuk lihat dedaun kering yang Allah tabur atas tanah luas.
Friday, 23 November 2012
Innamaa'malunbinniat~
Assalamualaikum w.b.t.,
Maksudnya title di atas ialah setiap amalan itu haruslah disertai dengan niat. Haih.Bukan nak mengeluh tapi ... Risau dengan diri sendiri. Adakah apa yang aku lakukan selama ini niatnya untuk Allah atau manusia? Adakah aku betul-betul menyayangi sahabatku, keluargaku, kenalanku, kerana Allah? Atau aku hanya inginkan pujian manusia? Atau aku hanya ingin nampak baik di mata manusia? Atau aku..... hanya lah ditipu dengan hasutan syaitan laknatullah? Allahurabbi. Risau, khuatir andai apa yang aku lakukan bukanlah kerana Allah. Mulut boleh mengatakan lakukan semuanya kerana Allah, tetapi hati? Allah sahaja yang tahu. Mohon dijauhkan dari sofat riak. Mohon dijauhkan dari sifat takbur. Mohon dijauhkan dari sifat ingin kelihatan sempurna di mata manusia. Ya Allah, andai niat aku selama ini tidak betul, kau tunjukkanlah kepada aku Ya Allah. betulkanlah niatku Ya Allah. Jangan lah kau tolak segala amalanku. Amalanku kepada mu tidak banyak Ya Allah.
Minta sangat dijauhkan dari tipu daya syaitonnirrojim. Takut andai diri ini terasa segala amal yang dilakukan telah melayakkan aku untuk ke syurga. Takut andai aku mudah berpuas hati melakukan sesuatu kebaikan. Takut andai aku melakukan amal dan mengharapkan balasan. Ya sememangnya mengharapkan balasan. Balasan syurga Allah. Syurga Allah itu bukan mudah untuk diperoleh. Takut di saat aku mula merasakan aku adalah ahli syurga sedangkan terlalu banyak dosa yang tersembunyi yang telah aku lakukan. Aku tak mahu bersekongkol dengan syaitan untuk menyesatkan diri aku sendiri. Di saat ini aku berdoa agar syaitan jauh dari telinga, jauh dari hati, jauh dari diriku~
Aku takut bila diriku memikirkan tentang mati, hati aku tak nak lepaskan urusan dunia. Aku takut di saat aku teringatkan mati aku lebih pentingkan dunia. Aku risau untuk tinggalkan urusan dunia, bukannya memikirkan amalan apa yang aku bawa ke akhirat kelak. Allahurabbi. Terlalu banyak kelemahan diri aku. Terlalu alpa dengan urusan dunia. Tolonglah duhai diri, jangan lupa dunia ni bukan hak milik aku. Milik Allah. Yang hanya sementara dan aku tak tahu bila masanya Allah akan ambil haknya daripada aku. Tak dapat bayangkan andai Allah ambil nyawaku di saat aku terhibur dan terlalai dengan keseronokan dunia tanpa memikirkan tentangnya, neraka jahannam lah tempatku. Di detik ini aku yakin aku sangat tersangat amat sangat tidak layak sebagai ahli syurga. Tapi segalanya Allah yang tentukan. Perlu bersihkan hati, tetapkan niat yang betul dan sering berfikir tentang mati dalam melakukan sesuatu. Aku tak mampu mengatakan bahawa aku ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan, hanya Allah yang dapat menilainya~
Jazakallah khair~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment