Hanya yang terpilih bisa tunduk untuk lihat dedaun kering yang Allah tabur atas tanah luas.
Tuesday, 27 November 2012
Kurniaan Allah~
Assalamualaikum.
Kuatnya dia. Dia masih mampu tersenyum walaupun di matanya kelihatan ada beban yang tersangat berat. Dia masih mampu menyembunyikan masalahnya walaupun diasak dan disoal. Dia massih mampu meneruskan tugasnya sebagai seorang pemimpin dengan sangat baik walaupun ada tugas lain yang lebih penting dan perlukan perhatian. Apa masalahnya? hanya dia dan Allah yang tahu.
Dia yang aku kagumi. Tidak pernah menunjukkan rasa mahupun sedikit riak marah. Hanya sering memaparkan senyuman. Keindahan dan ketenangan wajahnya menyejukkan hati orang lain. Bagi aku dia tak perlu berkata-kata. Senyumannya sahaja mampu membuat orang lain tersenyum. Aura keimanan dan ketenangan itu sangat terserlah. Aku tertanya-tanya andai aku yang sama jantinanya sudah bisa jatuh cinta kepadanya, bagaimana agakanya hati pria-pria yang sering melihat wajahnya? Moga dia sentiasa dilindungi oleh Allah. Dalam pimpinannya tidak pernah ditunjukkan wajah mencuka kepada ahlinya. Suaranya lembut. Bukan sengaja dibuat tetapi itu yang asli. Kagum.
Mungkin ada yang kata dia sangat lembut dalam pemerintahan sehingga ada yang memijak kepala. Tetapi bagi aku, dia punya kekuatan tersendiri. Kekuatan di mana dia mampu melemahkkan orang lain tanpa perlu menggunakan kuasa mahupun kekuatan fizikal. Lembut bicaranya mampu membuatkan orang lain terus setuju dalam setiap tugasan. kelebihan baginya.Kehadiran wajahnya di teratak itu menaikkan lagi seri dan ketenangan setiap orang.
Dia lembut dalam menegur, tegas dalam tugas, cekap dalam mengarah dan hebat dalam bicaranya. Ingin aku menjadi seperti dia. Sesabar dia. Selembut dia. Yang selalu berhusnuzon. Yang selalu menjaga dirinya. Auratnya terpelihara. Dirinya dijaga sebaiknya. Dia wanita hebat akhir zaman. Cekalnya hatinya, hanya Allah yang mengetahui. Sering memendam rasa agar orang lain tidak terbeban dengan masalahnya. Tidak pernah aku melihat air matanya mengalir. Mungkin airmatanya mengalir hanya dihadapan Allah, hanya untuk Allah.
Sememangnya aku tak mampu menjadi sehebat dan setabah dia. Tetapi aku tetap berdoa agar aku mndapat seorang sahabat seperti dia. Aku mahu, sangat mahu menjadi seperti dia. Kuatnya dia.
Wajahnya yang bersih sangat menenangkan semua orang. Cantiknya dia~ Tetapi bukan kecantikan yang dipuja, kehebatan peribadi dan akhlaknya yang aku damba. Moga dia mendapat jodoh yang terbaik. YAng mampu membmbingnya, yang mampu menyayangi nya.
Andai ditanya siapa yang aku sayangi, aku katakan Allah, Rasulullah, mak ayah, keluargaku, kakak-kakak ku, sahabatku~
Sahabat yang baik adalah apabila dipandang wajahnya mengingatkan kita kepada Allah. Aku berdoa agar sahabat yang ku temui di teratak itu mampu membawa aku ke jalan syurga. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment