Assalamualaikum,
Ujian. itulah perkara lumrah dalam hidup manusia. Insyallah manusia yang kuat imannya akan terima segala ujian dengan kesabaran yang tinggi. Tapi kadangkala ujian akan merosakkan iman seseorang andai mereka terlalu lemah dan mula menyalahkan Maha pencipta. Allahurabbi.
Nak cerita sikit kisah aku dari Kedah balik ke Shah Alam hari ni. Allahuakhbar. Rasa banyak sangat dugaan nya sebelum dapat sampai ke sini dengan selamat. Firstly, Alhamdulillah sebab aku dah sampai sini (shah alam) dengan selamatnya. Kisah yang terduganya mula masa sebelum bas bergerak tadi lah. Sepatutnya bas bergerak 10.30 pg . Tpi sebab banyak sangat masalah dengan urusan penumpang, jadi sejam kemudian bergerak. Masalahnya ialah sistem pengurusan syarikat bas tu yang bagi aku sangat sangat sangat sangat teruk. Ramai penumpang yang dapat nombor tempat duduk yang sama. Maknanya dalam satu sit tu ada dua orang yang dpat. macam mana nak duduk kan? Antara penumpang yang terjebak dengan masalah tu termasuklah aku. Jadi tetiba diorang suruh aku yang dah duduk ni untuk turun. Allah. Rasa ujian pertama ialah apabila ayah aku naik dan marah-marah dalam bas. yes i do respect my dad kerana sikap protection nya terhadap anak perempuannya. Tetapi yang aku kesalkan pekerja yang uruskan tiket-tiket penumpang tu sangatlah kurang ajar. mungkin mereka adalah pekerja tidak terlatih tetapi sekurangnya hormatlah kepada pelanggan kan. apa yang ayah aku cakap diorang melawan balik. takut sangat aku tadi. dah macam nak bergaduh nampaknya. aku tetap ajak ayah aku turun lah nak elak benda lain jadi kan. jantung tu jangan kata lah berdegup kencang teramat. takut bila mendengar suara-suara yang ditinggikan. terpaksa lah aku turun. masa kat bawah tu jumpa sorang kawan aku yang jugak student uitm. dia pon tak dapat naik kerana dah ada orang duduk tempat yang sepatutnya dia duduk. tapi aku tetap dapat naik bas tu tapi terpaksa tukar tempat lain lah. thanks to my dad yang buat kecoh nak report polis. kalau tak memang rasanya sampai sekarang aku tak sampai lagi shah alam. mungkin esok. kawan aku tu tetap tak dapat naik lah. memang ramai sangat yang tak dapat naik tadi. sebab bas dah penuh dan masalah nombor sit yang sama. Allahurabbi. kessal sangat dengan cara pengurusan syarikat bas tu. apa yang diorang cakap masa semua orang tanya masalah ialah ' pergi tanya kaunter' , 'sori tiket awak tak da dalam record, so awak kena turun'. hey! apa yang pelanggan tahu tentang record? salah pelanggan ke bila kita beli dari kaunter? macam mana yang kitorang nak pegi check record bas korang pulak? haih..seriusly tak paham. memang ramai jugak parents yang tengking-tengking atas bas dan luar bas marahkan pekerja-pekerja tu. at least diorang sepatutnya show some respect to customer. tak susah. tapi aku respect ada dua orang brother ni yang bila disuruh turun, diorang taknak. respect bila diorang bangkitkan hak sebagai pengguna dan bukan salah mereka bila tiket mereka tak da dalam rekod. rasa macam nak berdiri dan tepuk ja dalam bas tadi. tapi seperti biasa pekerja tu marah-marah walaupun brother tadi dah gunakan tone suara yang pada aku sopan dan tak melambangkan kekerasan. what the heck with all those workers??? fyi, pekerja-pekerja bas tadi semuanya lelaki dan agak muda lah. tak da budibahassa. sombong tak bertempat. Allah.. kesal sangat kenapa tak diamalkan nilai-nilai budi bahasa yang ada. bila dengan gadis-gadis yang cantik, boleh pulak cakap sopan, lembut dan buat lawak agak b*d*h bagi aku. serius meluat. geli dengar.okay kisah brother tadi pulak ialah diorang dapat stay dalam bas tu. tu lah andai kata kita berlembut, emang kita akan mudah ditindas. memang kena kasar sikit dengan orang yang sombong dan suka menyindir macam pekerja-pekerja bas tu. respect my dad, those brother dan para-para dad yang sanggup bertengking demi nak dapat tempat untuk anak-anak diorang dalam bas tu. kasih sayang seorang ayah sampaikan tak rela melihat anaknya ditindas dengan mudah oleh mereka yang suka buat kerja sambil lewa. love my daddy sangat.
lagi satu masalah ialah bas tu dipandu dengan keadaan yang agak laju. ditambah dengan hujan lebat sepanjang perjalanan, risau jugak aku. aku tengok kedua-dua brother tadi pon mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan cara pemanduan pemandu bas tu yang agak kurang sabar.
Bukan sebab pandu laju sahaja, aku takut perjalanan tadi tak dapat perlindungan dari Allah. Sebabnya sebelum bergerak lagi dah ada doa-doa yang tak baik dengan bunyi makian-makian, rasa tidak puas hati dan sebagainya. husnuzon, mungkin pemandu ada baca doa naik kenderaan. tapi sepanjang perjalanan pemandu asyik memaki pengguna jalan raya lain macam jalan raya tu dia yang punya, tak kurang dengan membunyikan hon menunjukkan sikap kurang sabarnya dia, ketawa terbahak-bahak sepanjang pemanduan dan sebagainya. Allahurabbi. hati ni gundah sepanjang perjalanan tapi hanya doa yang mampu diungkapkan.
tiba-tiba terfikir andaikata nyawa aku dicabut malaikat maut tadi, tertanya-tanya apa yang aku buat sepanjang perjalanan? adakah aku sedang tidur sambil mendengar lagu yang melalaikan? adakah aku sedang bergelak ketawa tak ingat dunia dengan orang sebelah? adakah aku lalai fikirkan dunia? adakah aku sempat minta maaf dengan mak dan ayah? Alhamdulillah selamat sampai terus telefon mak. lega semuanya selamat. dan apa yang aku buat sepanjang perjalanan ialah membaca. banyak muhasabah diri jugak dengan kejadian hari ni. sedikit lega kerana sepanjang perjalanan aku tak terdetik nak buat perkara yang bukan-bukan.
ni adalah pengajaran dan pengalaman bagi aku yang pertama kali dalam hidup yang terpaksa berjauhan dengan keluaga dan berdikari. sentiasa yakin yang Allah ada dan dekat dengan kita. Allah sentiasa lindung dan tolong kita. Insyallah semua selamat.
~hasbiyallah wani'malwakil, fani'mal maula wani'malnassir~
Surely, lepas ni takkan guna perkhidmatan bas tersebut selamanya, insyallah~
jazakallah khair.
No comments:
Post a Comment