Hanya yang terpilih bisa tunduk untuk lihat dedaun kering yang Allah tabur atas tanah luas.
Saturday, 15 December 2012
Al-Fatihah..
Assalamualaikum,
Menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan aktiviti yang memerlukan penuh tumpuan sememangnya mampu membuat kita lupa akan mati. Aku sendiri tersedar, aku terlalu menyelesaikan urusan dunia sehingga aku tak terfikir andai ajal aku sudah tiba masanya, dalam keadaan apakah nyawa aku diambil. Allahurobbi. Aku yakin kebanyakkan masa aku menyelesaikan urusan dunia dalam keadaan lalai tentang mati. Allah. Allah. Allah.
Disaat aku terima mesej tentang kehilangan seorang kakak senior dari murobbiku, aku terpampan seketika. Saat itu, aku masih belum tahu siapa gerangan mahupun nama. Tetapi, mata aku lantas mengalirkan air mata. Entah kenapa. Sedih. Turut merasa kehilangan. Padahal aku langsung taktahu menahu siapa gerangan arwah. Jauh di sudut hati, aku berdoa janganlah hamba Allah yang telah diambil kembali itu adalah insan yang aku kenali. Entah kenapa hati aku berdoa begitu. Allah...
Apabila diberitahu namanya, betul, aku tidak mengenali allahyarhamah. Tapi tetap rasa kehilangan. Aku tahu saat ini murobbi aku lemah. Mujahidah-mujahidah terhebat aku diuji. Aku berdoa agar mereka terus tabah. Ini ujian hebat. Ujian kehilangan yang tak mampu dikembalikan. Allah.... Kuatkan mereka. Kuatkan mereka. Kuatkan mereka. Kesibukkan urusan dunia menghalang aku untuk bertemu mahupun bersua muka dengan mereka. Otak bersatu dengan hati, berpadu dengan mulut, mengatakan 'Aku teruk". :'(
Pemergian akak Ummu Nusrah yang tak pernah kukenali pastinya memberi kesan. Doakan agar arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin. Sedih.
Kata murobbiku, Kak Nusrah sedang berehat, berehat dari kepenatan berjuang. Allah.. ayat ini meruntun hati. Lantas mengalir lagi air mata ini. Tertanya, apa perjuangan aku? Apa aku sumbangkan untuk Islam hari ini? teruknya aku. Apa yang aku bawa andai dijemput bertemu dengannya nanti. Allahurobbi...................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment