Thursday 26 December 2019

The things that you don't know.

The things that you need to know about me is that I'm a sad person. I love being melancholy. It's not that I'm having a sad life. It's just that I'm not a huha-huha girl. No I'm not. Hanging around with people sometimes dont excite me. My sadness cant just go away by going to mall, cinema or to Watson. I'm not being childish when i say I'm hurt. I said I'm hurt because I'm hurt. You might get tired with me. Im a clingy person yes i am. I'll miss you everyday. I'll disturb you every second. I just want to feel that you're always here with me. But i know itu annoying. I do know sometimes i look like a desperate old woman and like an crazy attention seeker. But there are times that i cant control myself. I'm sorry for being me. It's complicated i know. But i love long text conversations. I love sharing whatever i feel with you. Eventhough i know you're not interested. This is a long text messages. You might be falling asleep while reading this. I just want to tell you what i feel. And right now im just sad. And .... you're busy having dinner and lepak with your friend. Thatsokay. Have a good life.

Wednesday 25 January 2017

She.

Tak ada sesiapa yang akan sangka kehadiran mereka dalam hidup seseorang akan memberi kesan yang sangat besar. Bibir yang dulunya sepi kini sering mengukir senyum. Mata yang dulunya layu kini bersinar. Muka makin berseri gembira terserlah. Hati rasa tak sabar nak melalui hari-hari baru. Dengan peneman baru.

Dan tak ada siapa akan sangka meninggalkan seseorang itu akan memberi kesan yang besar juga didalam hidup orang yang ditinggalkan. Anxiety, muram, macam bunga layu. Setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian akan teringat dia. Nafas jadi tak teratur cuba untuk melupakan. No no jangan ingat dia. He's happy with his life now. Dia pergi. Tapi dia meninggalkan kesan yang sangat melukakan. Gelap. Jangan ingat lagi!




Thursday 10 September 2015

Cari aku.

Kalau ada pelukis pelukis yang mahu melihat wajah tanpa jiwa untuk dilukis,
Cari la aku.

Kalau ada penulis penulis yang mahu tahu luahan hidup kosong tanpa rasa,
Cari la aku.

Kalau ada pengarah pengarah mahu bikin filem tentang apa realiti masalah remaja,
Cari la aku.

Kalau ada ibu bapa mahu tunjuk pada anak anak apa kesan diri tanpa ilmu didada,
Cari la aku.

Kalau ada psikatris psikatris mahu rujuk punca utama kegagalan fungsi jiwa,
Cari la aku.

Dan

Kalau ada manusia manusia mahu tahu rasa jasad tanpa roh,
Senyum tanpa tawa,
Dan hati tanpa jiwa,
Cari la aku.

Wednesday 9 September 2015

Rajuk

Aku rasa nak mati.
Hurt dengan hidup.
Aku nak merajuk.
Nak merajuk dengan dunia.
Aku rasa nak lari.
Lari dari manusia.

Sabr.

Mati.
Belum masa.
Hurt.
Nanti lega.
Lari.
Jangan. Nanti penat.

Hadap.
Nanti kau kuat.

Pokoknya.
Sabr.

Heal.

How did you heal?  Your heart. How did it become stronger? What medicine you take?

--
Nawww. I just let it feel what it should. Then the antibody grows by itself. Then the hurt heal. I think the best medicine is time. Let the time heal. After that it become stronger.  No not you.  Your heart. And that time you dont even realise.

Tuesday 25 August 2015

Emosi sat.

Well. Quite hurt bila kita tak tahu apa salah kita tapi disuruh untuk mengalah.  Kononnya dia masih belum matang. Budak kecil. Okay. Then, kalau mahu dimanjakan sentiasa, diikut telunjuk saja, sampai bila baru mahu matang? Allah. Sakitnya. Ahahaha. Sabr. Sabr. Sabr. Sebenarnya melarikan diri bukan satu penyelesaian. Kalau mahu tenang,  cari Tuhan. Bukan saling menyalahkan. Aku boleh terima kalau bagitahu salah aku itu apa. Bukan hanya diam, tak cerita apa apa kemudian lari dengan alasan aku tak memahami.  Kita kenal bukan sehari. Kau patut tahu baran aku. Aku memang dah tahu diam engkau. Tapi hakikat sekarang kita jauh. Fahamlah. Bukan saja aku lari. Bukan saja saja aku pergi.  Tak faham mana pun engkau ambik masa untuk terima. My life is not about just you anymore.  Grow up people.  Jangan sampai aku annoyed,  aku berhenti cerita semua benda. Well clearly, no one care. Okay.

Thursday 30 July 2015

Penulisan.

Penulisan bukan sekadar untuk meluah. Tapi jugak untuk menunjuk kisah. Penulisan bukan untuk meraih harga tapi untuk menceriakan nyawa. Yang betul betul penulisan,  bilamana biar apa genre yang ditulis,  baik puisi, cerpen, mahupun dialog,  ia mampu menyentakkan hati hati manusia.o Asal dari jiwa. Yang betul betul penulis,  tanpa penat berfikir ayat paling puitis, tapi terus melayan rentak rentak jiwa, meluah serta menunjuk kisah yang terbaik. Yang betul betul penulis,  tak perlu punya waktu terluang untuk menulis.  Tak perlu angin angin bayu, tanpa deruan ombak mahupun titis titis hujan. Meski diamana ia berada seperti di tengah ribut buas, di tengah hiruk pikuk manusia sibuk mengejar dunia, atau di bawah panas terik mentari memercik peluh, ia masih mampu melegarkan aksara aksara di sekitar lubuk jiwa. Tanpa perlu tunggu tenang malam dan segelas kopi. Tanpa perlu sebatang pena atau helaian siputih nipis. Tetap, dalam jiwa dan hatinya meluak luak rasa mahu tulis.  Lantas,  dia mampu tersenyum tatkala menyusun ayat ayat hanya dalam alam fikir. Hakikat yang betul betul penulisan bukan buat yang bergelar penulis semata. Semua punya rasa, semua bisa tulis. Cuma, ayat beza, susunan aksara nya beda. Tak perlu melankolik sentiasa. Tak perlu sayu sayu sahaja. Terus tulis. Apa saja dirasa. Tapi masih, yang memenangi hati itu bila tulisnya perihal sedih, syahdu dan sayu. Usah ditanya 'jika semua mahu jadi penulis,  siapa mahu jadi pembaca? ' kerna realitinya setiap penulis perlu membaca. Baru tahu mahu ditulis itu apa, baru tahu cara meluah itu bagaimana.

Biar setebal mana lembaran tulisan, biar seindah mana kata disusun, masih yang menang itu kalam dari Tuhan.

-- selalu nya penulis bila ia baca ayat yang indah atau yang dia karang aksaranya puitis, lantas ia akan tersenyum sendiri.  Entah cuma aku?

Sahabiah: