Solehah merenung sendirian ke luar tingkap. Angin malam yang bertiup menghembus lembut wajahnya. Terasa segar. Pemandangan bulan penuh di langit membuat dia terus mendongak mahu menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Tika sendirian ini mindanya jauh berlayar mengingati zaman lampau. Solehah mula teringat kisah-kisah dulu di kala usianya masih muda. Bukan bermaksud kini sudah tua, cuma kisah dia semasa baru menginjak ke zaman remaja dahulu terlalu berbeza dengan kisah Solehah sekarang.Perlahan-lahan memori dahulu kembali membuka segala kisah silam.
FLASHBACK~~
Menginjak usia 13 tahun, ayah Solehah menyarankan dia untuk terus bertudung litup. Arahan itu diterima tepat pada hari Raya pertama tika itu. "Ayah nak lepas ni bila nak jejak saja kaki ke luar rumah, tudung mesti kena sarung. Anak-anak ayah dah besar, kena pandai jaga diri. Ingat.." itu pesan ayah pada Solehah dan kakak. Solehah agak lambat bertudung berbanding kakaknya yang dah bertudung sejak dari tadika lagi. Solehah cuma mula bertudung ketika usianya 10 tahun. Itu pun hanya ke sekolah. Di rumah mahupun di luar, rambutnya masih ditayang. Agak bangga kerana Solehah punya rambut yang cantik jadi dia tidak malu jia tidak pakai tudung. Ada saja yang akan memuji rambutnya. Cuma ada suatu perkara yang membuatkan Solehah terasa mahu bertudung litup pada ketika usianya 10 tahun itu.
Suatu hari mereka sekeluarga bersama saudara yang lain pergi menghantar salah seorang ibu saudaranya yang baru saja diterima ke sebuah universiti. Dalam perjalanan pulang, mereka singgah ke masjid untuk solat. Tiba-tiba ibu saudaranya bersuara, " Hah tak boleh masuk masjid, sebab Hah tak tutup aurat. Tengok tu papan tanda tu tulis apa.." Solehah mengalih pandangan ke papan tanda yang ditunjuk ibu saudaranya.
"ZON MENUTUP AURAT"
"Patutlah mak long cakap macam tu. Aku tak pakai tudung ni.. malunya.." Solehah monolog sendirian. Sejak itu Solehah mahu bertudung. Budak-budak, bertudung pun niatnya masih belum jelas. Kerana pada masa itu niat Solehah bertudung hanya kerana ingin membolehkan dia masuk masjid pada bila-bila masa. Dia tak perlu rasa tersisih lagi kerana hanya dia belum menutup aurat.
Bermula umur 13 tahun, Solehah mula bertudung ke mana sahaja. Walau hendak sidai pakaian di luar rumah pun dia bertudung. Tapi pada ketika itu yang difaham cuma bertudung menutup rambut. Bukan menutup aurat. Solehah cuma bersekolah di sekolah menengah biasa yang tinggi jumlah kerosakkan akhlak pelajarnya.Walaupun keputusan UPSR nya cemerlang, namun dia tidak mendapat tawaran dari mana-mana sekolah cemerlang. Jadi dia hanya mneruskan pelajaran di sekolah tersebut kerana paling dekat dengan rumahnya. Di usia 13 dan 14 tahun, Solehah boleh dikata jahil ilmu agama. Dia solat, tapi belum faham apa tujuan solat. Dia bertudung tapi belum betul menutup aurat. Bab ikhtilat lagilah fail! Solehah tika ini cuma fikirkan dunia tanpa ada sekelumit ingatan tentang akhirat.Tapi Solehah skor dalam matapelajaran agama. Walau hakikatnya dia jahil, tapi dikira paling alim di sekolah itu. Solehah dikenali ustaz, ustazah. Namanya menjadi sebutan para guru. Itu membuatkan Solehah terus merasa dirinya sudah cukup ilmu. Pada usia remaja sebegini, Solehah sudah menyimpan minat pada si lelaki. Bukan seorang, tetapi ramai. Masih Solehah ingat yang dia punya satu diari ketika itu. Dan dalam diari itu dia akan tulis apa sahaja yang lelaki yang dia minati lakukan. Perasaan bangga dan gembira teramat akan wujud bila dia berkesempatan bercakap dan bersembang dengan lelaki yang dia minati. Even lelaki itu cuma memanggil namanya saja, Solehah berasa dunianya di awang-awangan.Walaupun begitu, di usia 13 dan 14 tahun, dia masih bisa mengawal diri kerana belum terjebak dalam gejala 'couple'. Ramai sahaja rakan-rakan yang sudah berpasangan. Solehah masih memendam rasa.
Menginjak ke usia 15 tahun, Solehah nekad mahu mencuba sesuatu yang baru. Di kelilingi dengan rakan-rakan yang sudah punya pasangan membuat Solehah turut mahu mencuba dan akhirnya dia terjebak. Bermula dengan hubungan kawan baik dengan seorang pelajar yang baru berpindah ke sekolahnya akhirnya membuahkan rasa cinta. Opsss!!! Bukan cinta tapi cuma suka. Hakikatnya Solehah bukanlah terlalu suka kepada si lelaki, cuma rasa ingin berpasangan membuat dia dengan mudah menerima ajakan. Dan akhirnya rasa bangga mengusai diri kerana sudah punya teman lelaki. Mulalah dia bercerita itu dan ini kepada rakan-rakan mengenai kisah 'couple'nya itu.Jika dulu, dia hanya menjadi pendengar, kini dia antara si penyumbang suara.
Hubungan cinta monyet itu berterusan dan banyak perkara melalaikan mula Solehah lakukan. Pagi petang siang malam kerjanya hanya bermesej dengan si lelaki. Solehah sudah punya 'handphone' di usia 12 tahun lagi kerana hadiah dari ayah atas keputusan UPSR nya yang cemerlang. Mungkin hadiah itu tak sesuai sebenarnya. Setiap masa kerjanya cuma mesej dan mula leka dengan diulit kata-kata manis dari si lelaki. Fikirannya asyik dilayan rasa suka diberi perhatian oleh si buah hati. Hal kredit telefon langsung Solehah tak risau kerana si lelaki yang akan 'topup'kan. Beruntung punya pasangan orang berada. Itu lagi menjauhkan Solehah dari jalan kebenaran dan terus menyesatkannya dengan keseronokan dunia. Dunia 'couple'nya itu menyebabkan dia mengabaikan pelajaran. Sedangkan tahun itu dia akan menghadapi PMR. Tapi Solehah bijak menyembunyikan, kisah percintaan monyet itu langsung tak dapat dihidu ibu ayah.
'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'.
Akhirnya kisah 'couple' Solehah diketahui oleh ibunya. Bagaimana???
Hari itu semua pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 ada program Qiamullail di sekolah. Dan Solehah wajib menyertai. Ketika menghadiri program yang memerlukan dia untuk tidur disekolah selama 2 hari, handphone nya ditinggal di rumah. Tika itulah segalanya terbongkar. Usai program Qiamullail, Solehah pelik mengapa ibunya tiba-tiba senyap dan tidak mahu bercakap dengannya. Tiba di rumah barulah ibunya menegur dan menceritakan semua. Saat itu Solehah rasa malu. Tapi entah kenapa, rasanya hati Solehah sudah dikeraskan dan dibutakan dengan rasa seronok dunia maka dia abaikan teguran si ibu. Hubungan dengan lelaki masih diteruskan. Hinggalah tiba saat genting peperiksaan semakin hampir, ibunya merampas handphonenya buat seketika sehingga peperiksaan tamat. Bukan main marah Solehah atas kejadian itu. Kata-kata ayah dan ibu semua dilawan. Aduhh.. Panahan cinta kah yang membuatkan Solehah melawan semua kata-kata orang tuanya? Bukan panahan cinta, tapi panahan syaitan.
Tapi selepas tamat pepepriksaan, hubungan cinta mati tadi itu putus. Entah kenapa Solehah rasa hatinya sudah tiada minat. Dan atas sebab perkara itu, keputusan PMR Solehah tidak begitu cemerlang berbanding rakan-rakannya yang lain.Dan Solehah tetap meneruskan persekolahan di sekolah yang sama untuk Tingkatan 4 dan 5. Di tingkatan 5, Solehah sebenarnya masih terjebak dalam dunia 'couple'. Cuma pasangannya kali ini dikenali menerusi laman sosial dan tidak pernah berjumpa. Solehah bukan berani sangat mahu berjumpa dengan orang yang tak dikenali. Dia cuma mahu suka-suka. Mahu punya tempat untuk mengadu segala rasa. Mahu dipujuk bagai anak kecil oleh si dia. Kerana tika itu Solehah belum berjumpa dengan kekasih hati yang sebenar iaitu Si Pencipta.
sambung....
No comments:
Post a Comment