Saturday, 6 June 2015

Hujan.

"Ah, hujan!" Azmi berlari-lari anak mencari tempat berteduh.  Hampir basah kuyup jadinya. Mujur stesen bas cuma sejengkal dari tempat kerjanya. Selamatlah dia dari terus kebasahan. Kebetulan Pak Cik Talib, tukang cuci di tempat dia bekerja turut berteduh di tempat yang sama. Pak Cik Talib yang hanya  bermotosikal terpaksa menangguhkan perjalanan pulang kerana hujan lebat.  "Lebat kan hujan hari ni Pak Cik Talib?" Azmi memulakan bicara. Sekadar berbasi-basi dengan orang tua.
"Ya, memang sudah musimnya. Bumi kena terima. Syukur kita masih merasa", Pak cik Talib membalas sambil tersenyum.
Keduanya kemudian senyap.  Masing masing seperti dalam dunia sendiri.  Mata memandang titis titis hujan di hadapan yang belum mahu tunjuk tanda tanda akan renyai dalam waktu yang singkat. Hanya mata yang merenung, tetapi hati masing masing sudah jauh kemana. Fikiran keduanya terus menyusup dibalik titis hujan yang terus membasahi bumi. Suasana hujan begini,  memang sesuai buat masing masing melayan perasaan yang gundah gulana.
Hanya bunyi titisan hujan yang mengenai bumbung zink stesen bas yang kedengaran.  Bunyi guruh turut menemani sekejap-sekejap. 
"Kalau bunyi hujan ni didengar dek telinga, angin hujan ni disedut dek hidung, air hujan ni dirasa dek tubuh, pasti seronok ya, Azmi? Tenang saja rasanya", ungkap Pak cik Talib sambil tersenyum. 
"Ya, Pakcik. Ciptaan Allah itu memang semuanya untuk menenangkan umatnya. Agar sentiasa bersyukur", balas Azmi.

--mungkin akan bersambung.

No comments:

Post a Comment

Sahabiah: