Pakcik Talha. Ada juga yang panggil Haji Talha. Badannya sedikit rendang dan berisi. Kepalanya sentiasa tertutup dengan kopiah putih yang kelihatan lusuh. Ah luarannya tampak memang seperti seorang Haji. Ya, kopiahnya yang membutakan mata yang lain dari terus menilai Pakcik Talha. Mungkin kerana umurnya juga hampir atau lebih separuh abad.
Dalam kea'liman wajah Haji Talha, ada satu yang aku kira aku dan yang lain sedikit kurang senang. Sedikit. Mulut Pakcik Talha yang kadangkala kurang insurans nya. Ah. Hati ini sudah berapa kalu terguris. Simpan saja. Itu baru aku. Belum yang lain. Ya, cakapnya lepas sentiasa. Lapiknya langsung tak ada. Mungkin kerana hormat, belum ada yang berani balas. Bekerja sebagai driver di sebuah syarikat besar membuatkan Pakcik Talha sibuk seharian. Kerja aku juga memerlukan aku untuk berhubung dengan Pakcik Talha dua kali dalam sebulan. Tugas driver akan mengikut giliran dengan yang lain. Maka, bila tiba giliran Pakcik Talha sebagai driver dalam sesuatu minggu, mulalah perut aku meragam, pening mula menghentam dan hati jadi tak senang. Ah. Sabar.
"Assalamualaikum Pakcik, Pakcik di mana sekarang? Ainin ada nak suruh Pakcik hantar barang ke Penang", berhati hati Ana menuturkan bicara. Dia risau nanti dia yang ditengking Pakcik Talha.
Ya, tekaan Ana tepat sekali. Dengan sekali nafas Pakcik Talha menyembur. "Laa. Kenapa baru bagitahu? Penang tu bukannya dekat. Mana sempat nak pergi sekarang. Nanti petang nak hantar pekerja balik lagi. Tak sempat la".
"Ainin pun baru bagitahu saya Pakcik. Dia cakap urgent. Sebab tu telefon Pakcik ni", Ana membalas.
"Ainin tu memang. Perut saja besar. Otak kecil. Suka hati dia saja nak mengarahkan orang. Bukannya nak beritahu awal-awal. Buat kerja last minute. Macam tu lah. Tengoklah kalau sempat pakcik hantar barang tu. Nanti Pakcik balik siaplah Pakcik bahasakan Ainin tu", ah. Panjang lebar respon Pakcik Talha.
Dalam dia mengomel, sempat lagi dia mengata. Aku kategorikan sebagai mengata sajalah. Itu yang selalu Pakcik Talha ungkapkan. Sebelum dia menerima tugas, pasti ada saja yang dia komen. Ya, masih bisa sabar.
Hakikatnya dalam kehidupan ramai yang menghakimi berdasarkan luaran. Tidak. Bukan kata Pakcik Talha tidak baik seperti mana outfitnya. Cuma, sepatutnya lebih baik dari itu. Biar lusuh pakaian, asal hati tidak. Bukannya aku lebih baik, tapi kadang kadang mahu tunjukkan Islam ni, kelakuan di hadapan yang belum Islam juga harus dijaga.
Pakcik Talha. Dalam becoknya, aku yakin lebih banyak baiknya. Perlu dicari gali lagi. Agar biar yang memandang nampak baiknya lebih. Tapi buat masa ini, ya aku masih kaget bila giliran Pakcik Talha sebagai driver. Terasa sesak dada, kusut kepala. Ah suatu masa aku pasti rasa senang bekerja dengannya. Insyaallah suatu masa. Bila Pakcik Talha dah tak menengking lagi barangkali. Senyum saja.
No comments:
Post a Comment