Monday, 25 May 2015

Kisah Sariff.

Sariff.  Seorang pemuda yang baik nampaknya.  Sopan, sentiasa murah dengan senyuman. Dikurniakan wajah yang manis kuning langsat,  mudah untuk dia disenangi oleh rakan sekerja. Sepanjang aku bekerja disini belum pernah terdengar mahupun mendengar dia meninggikan suara melebihi had. Setiap kali terserempak dengan Sariff, sedekahnya tak pernah di lupa.  Senyum kan sedekah? 

Aku kagum. Di saat yang lain yang aku kenal di sini, volume suaranya sentiasa melebihi had yang sedap didengar, Sariff masih beradab dengan volume suara yang menyenangkan. Oh. Bukan suka. Sekadar kagum.

"Kak, Sariff tu nampak baik ya. Maksud Ana, lain dari orang lain kat sini. Murah senyuman", Ana memulakan bicara pagi itu dengan kak Has.

Dalam ligat jari jemari menaip di keyboard, Kak Has membalas. "Bukan senyum je murah,  dik. Macam macam lagi murah tu. Senang cakap memang pemurah lah si Sariff tu".

"Maksud kak?" Ana garu kepala. Pelik jawapan kak Has ni.

"Sariff tu nampak lemah lembutnya. Sopan santun nya.  Isteri dua. Tahu? Jaga jaga sikit kamu tu", Kak Has menerangkan.

Kali ini mulut Ana ternganga luas. Memang tak dapat dicover lagi terkejutnya dia. Bukan terkejut kerana Sariff dah kahwin. Tapi terkejut kerana angka 2 yang didengarnya dari Kak Has tadi.

"Serius? Tak sangka nyaaa. Bukan nak kata Sariff gatal ke apa. Tapi tak sangka", Ana tersenyum kambing.

"Bukan nak kata gatal,  tapi memang gatal kot. Isteri dua, ada girlfriend lagi tau. Haaa. Akak bukan nak mengumpat.  Tapi nak cerita la jugak. Tahu si Myanmar yang rambut pendek, putih tu? Haaa. Itulah si girlfriend nya. Dah kehulu ke hilir dah diusungnya", Kak Has menambah.

Ahh. Sudah. Ni bukan cerita lagi. Ni dah tahap mengumpat sebaldi. Salah dia. Dia yang memulakan bicara. Ah. Tapi niatnya bukan sampai di tahap ini.

"Nak kata rapat ke tak diorang berdua tu, tak pastilah akak. Tapi dengarnya sampai mengandung lah jugak si perempuan Myanmar tu. Siap dibawa pergi gugurkan lagi", masih ada sisa sisa yang Kak Has tambah. 

Ana cuba mengelak.  Di tukar topik lain untuk berbicara.  Tapi dalam hatinya tetap bermain perkara yang sama. Bukan. Bukan dia mahu menghakimi Sariff. Cuma, ah. Terasa poyo. Jika ketika di universiti dulu dia ligat dalam dakwah dan tarbiyah. Kini,  tika bekerja semuanya jadi perlahan.  Bukan salah situasi.  Memang salah diri.

Bukan salah Sariff andai apa yang dilaku itu memang dia tidak tahu. Salah dia dan mereka yang  menggelar diri pendakwah yang belum cukup usaha memahamkan saudara saudara seIslam. Oh, dalam hal ni bukan Sariff saja. Kak Has juga. Ada tersebar perkara tidak benar atas sebab adanya wanita yang bercerita. Sebab itu neraka itu penghuninya banyak wanita. Ah golongan aku. Aku.

Ana masih bermonolog. Masih banyak kerja si pendakwah.  Masih banyak. Terlalu banyak.

No comments:

Post a Comment

Sahabiah: