Pintu bilik dihempas. Kuat. Syarhah mendengus. Dia seperti mahu menjerit sekuat hati. Masih terngiang-ngiang ayat sindiran ibu dan kakak tadi. Allah... Andai Syarhah lemah, pasti sudah dia membalas kata-kata mereka tadi.
" Ye la.. Saya dah berubah kan? Konon.. Pakai tudung labuh sampai kaki, tapi perangai sama je.. " ayat yang keluar dari mulut kakak ibarat batu menghempap hati. Allah.. Sakit.. Ditambah ketawa mengekek dari ibu, membuat hati Syarhah betul-betul terasa. Kali ini sudah masuk berpuluh kali dia disindir di rumah. Mindanya mula mendesak, " Salahkah perubahan yang aku lakukan? Salahkah aku mahu berubah? Salahkah jalan ini yang aku pilih?" Syarhah bermonolog sendiri.
Salahnya cuma sedikit. Memang wajar dia ditegur. Tetapi Syarhah pantang apabila perubahannya itu dipermainkan. Jujur, Syarhah sendiri merasa dia tidak layak menyarung tudung labuh litup itu ke atas kepalanya kerana dia sedar dia belum cukup layak. Sikapnya yang belum mampu diubah sepenuhnya membuatkan Syarhah malu untuk memakai tudung labuh sebegitu. Tetapi kata-kata seorang kakak di kolej menyedarkan Syarhah. " Manusia ni, buat benda baik malu, buat benda jahat tak malu pulak kan.." Kata-kata yang disertai senyuman ikhlas dari si kakak menyedarkan Syarhah dari lamunan. Terus dia yakin untuk mengiut keinginannya selama ini untuk bertudung labuh litup meski sikapnya belum cukup baik. Belum cukup sempurna. Kerana Syarhah yakin manusia itu sentiasa dalam proses pembaikan diri ke arah lebih baik. Jika mahu ditunggu dirinya betul-betul baik dan betul-betul layak baru mahu menyarung tudung labuh itu, sampai bila? Entah-entah sampai khiamatlah dia menyimpan hasrat mahu memakai tudung labuh itu.
Saat pulang ke rumah untuk cuti semester Syarhah memberanikan diri memakai tudung labuh saat bertemu keluarga. Sebelum ini dia hanya berani memakai tudung labuh seperti itu hanya di kolej. Tidak di hadapan keluarganya. Dalam hatinya dia berdoa moga perubahan ini direstui keluarga. Sudah perancangan Allah, hari dia pulang ke rumah itu, keluarganya mahu berbuka puasa di kampung. Syarhah tidak ada peluang untuk menukar tudung labuh itu. Dia terima andai disindir oleh nenek mahu ibu saudaranya di kampung atas perubahan dirinya itu. Perancangan Allah itu tidak ada siapa boleh mengagak. Satu lagi kebetulan, selepas berbuka puasa diberitakan seorang sepupunya masuk ke hospital jadi mereka sekeluarga bergega ke hospital. Sekali lagi Syarhah berjumpa dengan saudara-maranya yang agak ramai di hospital dalam keadaan perubahan dirinya yang baru. Ya, bukan mudah mahu berhadapan dengan mereka. Pandangan-pandangan saudara-mara yang dilontarkan kepadanya sukar untuk Syarhah tafsirkan. Dia hanya serahkan sagalanya kepada Allah. Moga Allah permudahkan segala urusannya.
Dilahirkan dalam keluarga yang agak berada bukan satu pnghalang untuk Syarhah berubah. Keluarganya juga bukanlah keluarga yang langsung menolak Islam. Keluarganya tetap menitik beratkan tentang agama Islam. Solat lima waktu, baca al-quran, puasa. Cukup. Cuma masih ada kelompangan dalam penghayatan. Tetap ada yang kurang. Belum cukup semangat untuk memahami Islam sepenuhnya. Itu yang kurang. Syarhah bernasib baik Allah permudahkan jalannya. Dia mula berubah saat ilmu Allah mula menapak dalam diri. Daripada jahil, dia memperbaiki diri. Tetapi semuanya dilakukan secara perlahan-lahan. Sehingga saat ini, dia belum cukup baik. Masih ada perangai lama yang belum mampu dihilangkan. Itulah yang dipergunakan manusia sekeliling sebagai sindiran kepada Syarhah. Dan Syarhah pula, paling tidak suka andai pemakaiannya itu dihina atas sebab sikapnya yang belum cukup berubah. Dia takut andai perkara itu membawa fitnah kepada Islam.
Syarhah sedar, dengan imejnya yang baru, dia perlu menghijrahkan dirinya, sikapnya, segala kemahuannya. Namun, perkara itu bukan mudah. Dia cuma perlu masa. Dan dia berharap keluarganya faham. Tapi sayang, mereka belum cukup dan mahu faham keadaan Syarhah.
Sindiran kakak tadi benar-benar membuatkan Syarhah mahu hentikan perubahannya. Dia terasa seperti mahu kembali seperti dulu. Syarhah mula membandingkan kehidupannya sebelum dan selepas dia berubah. Dulu, hidupnya seperti lancar. Segalanya baik sahaja. Tiada siapa yang mahu menegur apa yang dipakainya. Malah pergaulannya juga tiada siapa yang mahu kawal. Sekarang berbeza. Pemakaiannya ramai saja yang mahu kritik. Dari rakan sekelas sehinggalah ke ahli keluarga. pergaulannya juga lebih terbatas sejak dia mengetahui ikhtilat antara lelaki dan wanita. Perlukah dia kembali seperti dulu? Perlukan dia lupakan segala rasa mahu berubah? Perlukah dia berhenti memperbaiki diri?
Semestinya TIDAKKK!!! Kata-kata itu terus muncul dalam fikiran Syarhah saat otaknya serabut memikirkan permasalahan ini. Syarhah seperti diberi satu ketenangan seketika. Dia tersenyum sendri. "Baru satu masalah kecil Allah berikan, aku dah kalut macam ni.. Macam mana nak handle masalah lagi besar? Allah.. Kata nak tegakkan Islam, tapi masalah macam ni pun dah nak pecah kepala.. Syarhah, rasional, Allah kan ada.. " kali ini Syarhah bermonolog lagi.. Allah.. Syarhah tersenyum tak henti. Tiba-tiba fikirannya yang kusut menjadi tenang. Tiba-tiba hatinya yang sakit menjadi sembuh.
Syarhah sedar, andai perubahan dilakukan kerana Allah mengapa mesti dia memikirkan kata-kata manusia? Andai perubahan kerana Allah, mengapa harus dia berputus asa dengan mudah? Allah.. Syarhah perlu terus kuat. Dia tidak bisa tumbang dengan masalah sekecil ini. Biar orang sekeliling tidak faham dia, asal Allah ada untuk menemani. Biar orang sekeliling terus menyindir dia, dia tak lemah andai Allah sentiasa menguatkan. "Aku harus kuat! Mesti terus istiqamah!" ucapnya tulus dari hati. Andai mahu Syurga mana mungkin hidup tak diduga. Andai mahu Syurga, mana mungkin hidup mahu senang sahaja.
Biar disindir, biar dikata. Syarhah tidak betah mahu melayan. Syarhah mahu senyap sahaja. Kerana dia yakin, proses pembelajaran itu takkan tamat sehingga ke akhir usia, hingga ke akhir hayat. Dia mahu terus memperbaiki diri. Tidak mahu disindir lagi. Dia mahu melakukannya kerana Allah. Bukan kerana manusia.
p/s: pendek. sekadar rekaan.
Hanya yang terpilih bisa tunduk untuk lihat dedaun kering yang Allah tabur atas tanah luas.
Sunday, 28 July 2013
Malaysia apa khabar?
Tika ini Mesir dibedil habis-habisan,
Malaysia apa khabar?
Tika ini Palestin diserang tanpa kasihan,
Malaysia apa khabar?
Tika Syria parah menahan kesakitan,
Malaysia apa khabar?
Malaysia apa khabar?
Rasuah sentiasa dibongkar secara besar-besaran,
Tapi sayang bilisnya ditangkap secara kecil-kecilan..
Malaysia apa khabar?
Kadar jenayah dan gejala sosial masih mewarnai,
Kemiskinan setia menghiasi,
Sedang kekayaan hasil bumi hanya untuk mereka yang tertinggi..
Malaysia apa khabar?
Mudahnya mereka menghukum manusia,
Selepas kafir dikata pula syiah,
Allah.. Apa lagi mahu didusta,
Oleh pihak yang pentingkan harta..
Malaysia apa khabar?
Masih sakit !!!
Belum mampu sembuh selagi belum bangkit Islam disini,
Biar dikata kolot,
Biar dikata ditinggal zaman,
Namun hukum Allah tetap perlu diangkat!
Islam tidak perlu bergerak laju,
Tapi perlu bergerak maju,
Kerana laju ia bisa rebah,
Tapi biar maju asal kejayaan membuah..
Meski demokrasi diangkat sebagai jalan penyelesaian,
Jangan dibiar Islam dikerjakan oleh mereka-mereka,
Yang hanya mengikut kepala,
Sedang al-Quran ditolak entah ke mana..
Islam itu pilihan,
Tapi Islam tanggungjawab buat mereka yang bergelar umat,
menegakkan Islam itu sudah satu kewajipan..
Buat Malaysia,
Ajal itu sentiasa mendekat,
Bagi mereka yang zalim menentang agama Allah,
Tapi ia pasti berganti kehidupan penuh mulia buat rakyat,
Yang mencinta keamanan dan membantu agama Allah..
Buat Mesir, Syria, Palestin,
Malaysia belum diuji seperti kalian,
Kerana kita belum sekuat mereka,
Hanya satu kami kirimkan,
Doa buat keamanan mereka..
-Ini semua satu perjuangan-
-Bagi menegak satu kemahuan-
-Agama Allah yang kami inginkan-

Malaysia apa khabar?
Tika ini Palestin diserang tanpa kasihan,
Malaysia apa khabar?
Tika Syria parah menahan kesakitan,
Malaysia apa khabar?
Malaysia apa khabar?
Rasuah sentiasa dibongkar secara besar-besaran,
Tapi sayang bilisnya ditangkap secara kecil-kecilan..
Malaysia apa khabar?
Kadar jenayah dan gejala sosial masih mewarnai,
Kemiskinan setia menghiasi,
Sedang kekayaan hasil bumi hanya untuk mereka yang tertinggi..
Malaysia apa khabar?
Mudahnya mereka menghukum manusia,
Selepas kafir dikata pula syiah,
Allah.. Apa lagi mahu didusta,
Oleh pihak yang pentingkan harta..
Malaysia apa khabar?
Masih sakit !!!
Belum mampu sembuh selagi belum bangkit Islam disini,
Biar dikata kolot,
Biar dikata ditinggal zaman,
Namun hukum Allah tetap perlu diangkat!
Islam tidak perlu bergerak laju,
Tapi perlu bergerak maju,
Kerana laju ia bisa rebah,
Tapi biar maju asal kejayaan membuah..
Meski demokrasi diangkat sebagai jalan penyelesaian,
Jangan dibiar Islam dikerjakan oleh mereka-mereka,
Yang hanya mengikut kepala,
Sedang al-Quran ditolak entah ke mana..
Islam itu pilihan,
Tapi Islam tanggungjawab buat mereka yang bergelar umat,
menegakkan Islam itu sudah satu kewajipan..
Buat Malaysia,
Ajal itu sentiasa mendekat,
Bagi mereka yang zalim menentang agama Allah,
Tapi ia pasti berganti kehidupan penuh mulia buat rakyat,
Yang mencinta keamanan dan membantu agama Allah..
Buat Mesir, Syria, Palestin,
Malaysia belum diuji seperti kalian,
Kerana kita belum sekuat mereka,
Hanya satu kami kirimkan,
Doa buat keamanan mereka..
-Ini semua satu perjuangan-
-Bagi menegak satu kemahuan-
-Agama Allah yang kami inginkan-
Saturday, 20 July 2013
Its Ramadhan, again. -_-
Akan ada manusia yang mengeluarkan ayat ini dalam nada kecewa,
" Its Ramadhan, again.."
Manusia-manusia yang hilang arah,
Manusia-manusia yang tidak menghargai Ramadhan,
Manusia-manusia yang tidak diberi hidayah oleh Allah,
Ramadhan itu disangka biasa,
Ramadhan itu disambut duka,
Ramadhan itu dibiar tanpa makna..
Buat manusia-manusia,
Ramadhan bulan mulia,
Ramadhan bulan penghapus dosa,
Ramadhan bulan buat si hamba..
Ramadhan kali ini penuh makna,
Hadirnya tarbiyah dalam jiwa,
Satu masa perehat minda,
Detik ilmu bermakna ditimba.
Ramadhan,
Andai sahaja manusia-manusia lain menghayatimu..
Nescaya mereka tidak mahu kehilanganmu,
Mereka pasti tak ingin pengakhiranmu..
Dan yang pasti,
Tiada lagi kata-kata
"Its Ramdhan, again.."
Tempat itu~
Di tempat itu,
Aku melihat ketinggian ukhuwah yang terbina,
Di tempat itu,
Aku mentafsir erti perjuangan sebenar,
Di tempat itu,
Aku mula mencerna segala ilmu yang diterima..
Ukhuwah yang sejati,
Ukhuwah kerana Allah,
Ukhuwah yang betul-betul ukhuwah,
Aku jumpa di sana.
Aku menghayati erti itu di sana.
Meski saat ukhuwah teruji,
Mereka pasti tetap menemani..
Allahurabbi.. Hebat ukhuwah yang aku rasa di tempat itu..
Saat ada yang lemah,
Ada ramai yang saling menguatkan,
Saat aku terjatuh tika berlari,
Ada yang memimpin tangan berlari bersama,
Saat aku menahan kesakitan,
Ada sahabat yang memberi perhatian,
Saat aku tertidur kepenatan,
Ada sahabat yang tak jemu mengejutkan..
Buat sahabat-sahabat,
Terima kasih atas huluran ukhuwah kalian..
Meski aku bukan sahabat yang baik,
Namun kalian adalah sahabat yang terbaik.
Akan ada suatu masa ukhuwah ini akan diuji,
Akan ada suatu masa uhuwah ini akan teruji,
Akan ada suatu masa ukhuwah ini tak seperti ini lagi,
Tika itu aku berharap,
Kalian ingat kembali tempat itu,
Tempat di mana menguji kekuatan ukhuwah kita,
Tempat di mana ukhuwah kita samakin erat tak seperti sedia kala..
Moga kalian ingat,
Tempat di mana air mata kita mengalir atas nama ukhuwah,
Tempat di mana hati kita yang sakit saat sahabat lain disakiti...
Andai saat ini ditanya berapa percent ukhuwah kita,
Pasti tiada nombor yang mampu untuk diungkapakan bersama,
Kerana ukhuwah kita tidah dinilai berdasarkan nombor,
Ia dinilai melalui hati di dasar yang paling dalam..
Sahabat,
Terima kasih..
Aku melihat ketinggian ukhuwah yang terbina,
Di tempat itu,
Aku mentafsir erti perjuangan sebenar,
Di tempat itu,
Aku mula mencerna segala ilmu yang diterima..
Ukhuwah yang sejati,
Ukhuwah kerana Allah,
Ukhuwah yang betul-betul ukhuwah,
Aku jumpa di sana.
Aku menghayati erti itu di sana.
Meski saat ukhuwah teruji,
Mereka pasti tetap menemani..
Allahurabbi.. Hebat ukhuwah yang aku rasa di tempat itu..
Saat ada yang lemah,
Ada ramai yang saling menguatkan,
Saat aku terjatuh tika berlari,
Ada yang memimpin tangan berlari bersama,
Saat aku menahan kesakitan,
Ada sahabat yang memberi perhatian,
Saat aku tertidur kepenatan,
Ada sahabat yang tak jemu mengejutkan..
Buat sahabat-sahabat,
Terima kasih atas huluran ukhuwah kalian..
Meski aku bukan sahabat yang baik,
Namun kalian adalah sahabat yang terbaik.
Akan ada suatu masa ukhuwah ini akan diuji,
Akan ada suatu masa uhuwah ini akan teruji,
Akan ada suatu masa ukhuwah ini tak seperti ini lagi,
Tika itu aku berharap,
Kalian ingat kembali tempat itu,
Tempat di mana menguji kekuatan ukhuwah kita,
Tempat di mana ukhuwah kita samakin erat tak seperti sedia kala..
Moga kalian ingat,
Tempat di mana air mata kita mengalir atas nama ukhuwah,
Tempat di mana hati kita yang sakit saat sahabat lain disakiti...
Andai saat ini ditanya berapa percent ukhuwah kita,
Pasti tiada nombor yang mampu untuk diungkapakan bersama,
Kerana ukhuwah kita tidah dinilai berdasarkan nombor,
Ia dinilai melalui hati di dasar yang paling dalam..
Sahabat,
Terima kasih..
Saturday, 6 July 2013
Awak,,
Maaf,
Diri ini tak mampu nak meniupkan sebarang semangat dalam dirimu,
Aku yakin hanya Allah yang mampu,
Maka aku berdoa moga Allah titipkan kembali semangatmu yang hilang,
Moga Allah makbulkan.
Maaf,
Diri ini tak mampu untuk sentiasa denganmu,
Tapi aku yakin Allah sentiasa ada buatmu,
Maka aku berdoa moga Allah sentiasa menjagamu,
Moga Allah makbulkan.
Maaf,
Diri ini tak selalu dapat memahamimu,
Aku yakin Allah sentiasa tahu apa yang kamu hadapi,
Maka aku berdoa moga Allah permudahkan segala urusanmu,
Moga Allah makbulkan.
Maaf,
Diri ini kekadang khilaf dengan layanan terhadapmu,
Aku yakin hanya Allah yang sempurna layanannya,
Maka aku doakan moga kamu terus didakap Allah erat-erat,
Moga Allah makbulkan.
Buat awak yang baru kehilangan,
Buat awak yang dalam kesepian,
Buat awak yang dalam kekusutan,
Moga kuat duhai awak..
Diri ini tak mampu nak meniupkan sebarang semangat dalam dirimu,
Aku yakin hanya Allah yang mampu,
Maka aku berdoa moga Allah titipkan kembali semangatmu yang hilang,
Moga Allah makbulkan.
Maaf,
Diri ini tak mampu untuk sentiasa denganmu,
Tapi aku yakin Allah sentiasa ada buatmu,
Maka aku berdoa moga Allah sentiasa menjagamu,
Moga Allah makbulkan.
Maaf,
Diri ini tak selalu dapat memahamimu,
Aku yakin Allah sentiasa tahu apa yang kamu hadapi,
Maka aku berdoa moga Allah permudahkan segala urusanmu,
Moga Allah makbulkan.
Maaf,
Diri ini kekadang khilaf dengan layanan terhadapmu,
Aku yakin hanya Allah yang sempurna layanannya,
Maka aku doakan moga kamu terus didakap Allah erat-erat,
Moga Allah makbulkan.
Buat awak yang baru kehilangan,
Buat awak yang dalam kesepian,
Buat awak yang dalam kekusutan,
Moga kuat duhai awak..
Wednesday, 15 May 2013
Andai...
andai engkau cuba untuk mengerti sikapku,
andai engkau cuba bertanya mengapa aku tidak mampu menjadi seperti dia,
andai engkau tahu mengapa aku bukan dia,
andai engkau cuba memahami mengapa aku tak sekuat dia,
andai engkau cuba untuk mengerti,
andai engkau mampu berhenti menghakimi mengikut perasaanmu sendiri.....
ianya sekadar ANDAI......
andai engkau cuba bertanya mengapa aku tidak mampu menjadi seperti dia,
andai engkau tahu mengapa aku bukan dia,
andai engkau cuba memahami mengapa aku tak sekuat dia,
andai engkau cuba untuk mengerti,
andai engkau mampu berhenti menghakimi mengikut perasaanmu sendiri.....
ianya sekadar ANDAI......
Monday, 13 May 2013
Cinta yang teruji, kasih yang menguji..
“Dik, kakak awak accident”, kata-kata itu menggegar
gegendang telinga Syamila. Menggoncang
jantung ibarat mahu berhenti. Terus laju tangannya mencapai handphone di
hadapan. Satu missed called dari si kakak. “Subhanallah,” hanya itu mampu
terucap dari mulutnya. Nombor kakak kini didail lagi. Tiada jawapan. Syamila
tidak berhenti disitu. Terus ditekan punat telefon. Berjalan mundar-mandir
dengan harapan panggilan dijawab. Air mata turut mengalir deras. Saat jiwa
sudah tidak tenteram kerisauan, air yang jarang muncul kini mudah menjamah
pipi.
Panggilan masih tidak
dijawab. Walau sahabat kakak mengatakan tidak teruk yang menimpa kakak, namun
itu belum mampu menenangkan hati. Selagi tidak ada di hadapan mata, selagi
tidak mendengar suara, selagi itu dia belum mampu mencerna segala berita. Meski
ditenangkan sahabat-sahabat, gelora di jiwa masih belum reda. Kerisauan yang
tinggi menolak segala ketenangan diri.
Berita kakaknya hanya luka-luka sedikit menurunkan keresahan
di hati. Solat maghrib ditunai sementara menunggu si kakak kembali. Saat sujud
dalam rakaat terakhir, diluah segala doa buat kakak didalam hati. Moga
dimakbulkan oleh Ilahi. Tika usai solat, al-quran terus dicapai buat mengubat
kegelisahan jiwa yang tak henti. Tika itu juga memori bersama si kakak mula
bertebaran di dalam minda dan hati.
Pertemuan itu sudah dirancang oleh sang Pencipta. Bukan
kebetulan mereka menjadi kakak dan adik. Bukan tidak sengaja nama Syamila
dipilih oleh si kakak, tapi atas perancangan si Dia yang lebih mengetahui.
Hubungan yang dibina atas nama Ilahi akan dijaga sebaik mungkin. Dalam
menjalani hubungan yang ingin mencapai redha Ilahi, pastinya bukan mudah, juga
tidak susah. Diuji pelbagai perkara itu biasa. Hati terluka, jiwa kecewa,
perasaan memendam rasa. Tapi demi menjaga keberkatan hubungan yang suci, segala
rasa ditolak tepi.
Syamila sedar, dalam perhubungannya bersama kakak, ada
sahaja yang memerhati. Ada yang mula menghakimi tanpa mahu memahami. Mereka
bukan iri hati, cuma belum pernah merasa sendiri betapa manis ukhuwah atas nama
Ilahi. Ada yang berpendapat, Syamila terlalu menjaga si kakak, ada yang lain
berpendapat Syamila dikongkong si kakak. Namun, niat sebenar di hati
masing-masing tidak ada yang mahu peduli. Hanya Syamila dan kakak yang lebih
mengetahui.
Dalam perhubungan
ini, pernah ditanya kepada Syamila adakah akan wujud sedikit cemburu di hati
Syamila andai ada yang lain mula merapati si kakak. “Tidak akan pernah”.. Itu
jawapan dari hati. “Kakak itu bukan milik saya seorang. Allah hadirkan dia buat
menyedarkan saya, buat berkongsi ilmu dengan saya, buat menjadikan saya ujian
buatnya dan dia ujian juga buat saya. Bersama dia saya mendapat sesuatu,
bersama saya dia belajar sesuatu. Dia milik Allah, bukan hanya milik saya
selamanya”, ujar Syamila. Kerisauan atas kemalangan si kakak bukan dirasa
Syamila sahaja. Tapi juga beserta doa dari adik-adik yang lain serta
sahabat-sahabat tercinta.
Seorang kakak selalu berpesan “Umat Islam itu pasti kuat
dengan adanya dua benda dalam diri, iman yang mantap serta ukhuwah yang
sejati”.. Seorang kakak lagi juga berpesan, memberi jangan pernah berharap mahu
menerima.. Menyayang jangan pernah berharap untuk disayang. Memang mudah untuk
menutur tapi susah untuk dilaksana. Tapi tak salah untuk berusaha mencuba.
“Orang yang paling susah untuk menyayang adalah orang yang
paling disayang”...
Meski mudah kita mendapat kasih sayang dari seseorang,
sering dijaga, sebaiknya, namun hati tetap terluka. Tetap ada ujian bagi setiap
manusia. Mungkin pernah terluncur keluar dari mulut mengata “aku sudah bahagia
bersama kamu”, namun setiap kata-kata itu pasti diuji. Janji ukhuwah yang katanya
demi Ilahi itu mula teruji.
“Cinta itu pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji”..
Mungkin akan ada lagi ujian yang bakal hadir buat kita,
namun akan digagahi melaluinya bersama.
p/s: Ini bukan cerita kamu dan dia, juga bukan cerita aku
dan kamu. Ini kisah kita semua yang sedang membina ukhuwah tembusi syurga.
Buat kakak-kakak yang suatu masa akan meninggalkan kami
semua, tiada kata-kata yang mampu diucap buat anda. Apa yang sudah kalian
kongsikan kepada kami terlalu berharga buat jiwa. Segala rasa bersama anda
menjadi liku-liku pengalaman menuju dewasa. Tika ini hanya doa yang mampu
dilafaz moga kami semua turut terpilih menjadi sebahagian dari anda-anda.
Betapa hati-hati kami meruntun mahu turut serta, namun andai kata Allah belum
mengizinkan, doakan kami moga akan terus berusaha...
Kisah kita takkan pernah terpadam atas alasan tamatnya
pembelajaran. Kalian akan terus bergelar kakak-kakak kami yang akan selalu menegur andai ada kesilapan
dalam diri.
Maaf yang ditaip dengan tangan tapi datang dari dalam hati
yang betul-betul mahu mengucapkan
melalui mulut yang masih terkunci. Maaf atas segala kebiadapan, maaf
atas segala kepenatan, maaf atas segala rasa yang ditanggung sendiri, maaf atas
masa yang tak dapat dibayar lagi. Moga impian kalian dan kami mahu mati dalam
jihad di jalan Allah dimakbulkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)


