Monday, 25 May 2015

Kisah Sariff.

Sariff.  Seorang pemuda yang baik nampaknya.  Sopan, sentiasa murah dengan senyuman. Dikurniakan wajah yang manis kuning langsat,  mudah untuk dia disenangi oleh rakan sekerja. Sepanjang aku bekerja disini belum pernah terdengar mahupun mendengar dia meninggikan suara melebihi had. Setiap kali terserempak dengan Sariff, sedekahnya tak pernah di lupa.  Senyum kan sedekah? 

Aku kagum. Di saat yang lain yang aku kenal di sini, volume suaranya sentiasa melebihi had yang sedap didengar, Sariff masih beradab dengan volume suara yang menyenangkan. Oh. Bukan suka. Sekadar kagum.

"Kak, Sariff tu nampak baik ya. Maksud Ana, lain dari orang lain kat sini. Murah senyuman", Ana memulakan bicara pagi itu dengan kak Has.

Dalam ligat jari jemari menaip di keyboard, Kak Has membalas. "Bukan senyum je murah,  dik. Macam macam lagi murah tu. Senang cakap memang pemurah lah si Sariff tu".

"Maksud kak?" Ana garu kepala. Pelik jawapan kak Has ni.

"Sariff tu nampak lemah lembutnya. Sopan santun nya.  Isteri dua. Tahu? Jaga jaga sikit kamu tu", Kak Has menerangkan.

Kali ini mulut Ana ternganga luas. Memang tak dapat dicover lagi terkejutnya dia. Bukan terkejut kerana Sariff dah kahwin. Tapi terkejut kerana angka 2 yang didengarnya dari Kak Has tadi.

"Serius? Tak sangka nyaaa. Bukan nak kata Sariff gatal ke apa. Tapi tak sangka", Ana tersenyum kambing.

"Bukan nak kata gatal,  tapi memang gatal kot. Isteri dua, ada girlfriend lagi tau. Haaa. Akak bukan nak mengumpat.  Tapi nak cerita la jugak. Tahu si Myanmar yang rambut pendek, putih tu? Haaa. Itulah si girlfriend nya. Dah kehulu ke hilir dah diusungnya", Kak Has menambah.

Ahh. Sudah. Ni bukan cerita lagi. Ni dah tahap mengumpat sebaldi. Salah dia. Dia yang memulakan bicara. Ah. Tapi niatnya bukan sampai di tahap ini.

"Nak kata rapat ke tak diorang berdua tu, tak pastilah akak. Tapi dengarnya sampai mengandung lah jugak si perempuan Myanmar tu. Siap dibawa pergi gugurkan lagi", masih ada sisa sisa yang Kak Has tambah. 

Ana cuba mengelak.  Di tukar topik lain untuk berbicara.  Tapi dalam hatinya tetap bermain perkara yang sama. Bukan. Bukan dia mahu menghakimi Sariff. Cuma, ah. Terasa poyo. Jika ketika di universiti dulu dia ligat dalam dakwah dan tarbiyah. Kini,  tika bekerja semuanya jadi perlahan.  Bukan salah situasi.  Memang salah diri.

Bukan salah Sariff andai apa yang dilaku itu memang dia tidak tahu. Salah dia dan mereka yang  menggelar diri pendakwah yang belum cukup usaha memahamkan saudara saudara seIslam. Oh, dalam hal ni bukan Sariff saja. Kak Has juga. Ada tersebar perkara tidak benar atas sebab adanya wanita yang bercerita. Sebab itu neraka itu penghuninya banyak wanita. Ah golongan aku. Aku.

Ana masih bermonolog. Masih banyak kerja si pendakwah.  Masih banyak. Terlalu banyak.

Sunday, 3 May 2015

Balas


“Jahanam!” Anissa mendengus. Kali ini dipecut keretanya dengan kelajuan yang lebih tinggi. Hampir saja dia terbabas tadi. Tapi mungkin nasib masih menyebelahinya. Atau mungkin ajalnya belum masa. Anissa tekad. Ini yang terakhir. Ini penentu. Kalah atau menang. Hidup atau mati. Puas atau kecewa. Misinya Cuma satu. Balas tetap balas!

Enam pemandu berlumba atas, 3 maut
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 di sini awal pagi tadi.

  Keratan akhbar 14 tahun lalu dibuka kembali. Meski sudah beribu kali keratan akhbar itu dibaca, rasa sakit itu masih sama. Rasa sedih dulunya, kini bertukar menjadi berang. Rasa pilu saat itu bertukar menjadi marah. Sepertimana keratan akhbar 14 tahun lalu masih tersimpan elok, seperti itu juga eloknya memori Anissa akan kejadian yang menimpa keluarganya. Sakit. Terlalu sakit. Dan kali ini Anissa mahu membalas. Biar apa terjadi, hak keluarganya perlu dibela. Rasa sakitnya kehilangan perlu ada yang berkongsi rasa.
  Masih segar di ingatan Annisa. Saat itu dia baru berumur 5 tahun dan kakaknya berumur 7 tahun. Saat ibu ayah serta adik perempuannya dibunuh. Ya, dibunuh!  Meski dunia melihat itu sebagai satu kemalangan, tapi dari sudut pandang Anissa berbeza. Keluarganya itu dibunuh. Dibunuh oleh manusia yang tanggungjawabnya nipis. Yang nilai kemanusiaannya tiada. Yang rasa empatinya kosong.  Memang terlalu ramai yang meluahkan rasa sedih, simpati saat kejadian itu menimpa keluarganya. Tapi tak kurang juga ada yang mencela, masih membela mereka yang berlumba. Kononnya sudah ketentuan yang tercipta. Mereka mereka ini yang membuat Anissa pelik. Masih ada mereka begini yang bergelar manusia?
 Setelah kehilangan ibu ayah, Anissa dan kakaknya Amna dipelihara oleh keluarga angkat. Ibu ayah angkatnya tiada zuriat. Merekalah yang membesarkan Annisa dan Amna dengan baik. Penuh kasih sayang. Terasa tiada jurang antara mereka meski itu bukanlah ibu ayah kandungnya. Anissa dan Amna membesar dengan baik. Disekolahkan, dididik, dicurahkan segala kasih sayang kepada keduanya. Anissa dan Amna membesar menjadi remaja yang baik. Dari segi agamanya, adabnya dan akademiknya juga. Keduanya kini menuntut dalam bidang undang-undang di university terkemuka Malaysia. Masyarakat yang masih mengikuti kisah dua beradik ini meluahkan rasa bangga mereka. Anissa dan Amna dipuji dan dijadian teladan oleh banyak pihak.
Tapi, disebalik kesempurnaan hidup Anissa, masih ada sedikit rasa yang tersimpan. Sejak kecil, Anissa tidak sabar mahu menjadi dewasa. Masih ada sesuatu yang perlu dibalas. Dan semua itu hanya dapat dilaku apabila dia bergelar dewasa. Anissa membesar melangkaui usia. Saat anak kecil seusianya masih lagi bermain di taman, Anissa menjadi pemerhati sisi manusia. Dia mula menilai salah laku sang dewasa. Dan tak terkecuali dia tetap mengikuti perkembangan mereka mereka yang dia gelar pembunuh keluarganya. Ada hutang yang perlu dibayar oleh mereka.
Setelah Anissa meningkat remaja, dia mula berjinak-jinak dengan perlumbaan kereta-kereta mewah dijalanan. Dia belum punya kereta sendiri. Jadi dia hanya bergaul dengan mereka yang merupakan ahli kepada kelab perlumbaan tersebut. Dia mula mencuba berlumba kereta dengan menggunakan kereta rakan-rakannya. Dari situ dia belajar sedikit demi sedikit. Dari situ dia mengira detik demi detik. Detik untuk haknya tertegak.
Satu sebab utama Anissa menyertai kumpulan lumba kereta mewah ini adalah kerana salah seorang ahlinya yang menarik minat Anissa. Oh, bukan si penyebab kepada  kematian keluarganya. Tapi anak kepada si penyebab utama. Dia mahu mereka rasa. Sepertimana sakit dia kehilangan ibubapa, seperti itu juga dia mahu mereka rasa saat kehilangan anak mereka sendiri. Kali ini Anissa yang akan berlumba dengan anak kepada pembunuh ibuayahnya. Malam ini malam penentu.
“Jahanam!” Anissa mendengus. Kali ini dipecut keretanya dengan kelajuan yang lebih tinggi. Hampir saja dia terbabas tadi. Tapi mungkin nasib masih menyebelahinya. Atau mungkin ajalnya belum masa. Anissa tekad. Ini yang terakhir. Ini penentu. Kalah atau menang. Hidup atau mati. Puas atau kecewa. Misinya Cuma satu. Balas tetap balas!
Tika keretanya dipandu laju, satu kenangan menerjah minda Anissa. Kenangan terakhir bersama ibu ayahnya. Saat itu ibu ayahnya mahu keluar ke klinik kerana adiknya demam. Betapa kuat Anissa menangis saat itu kerana turut mahu mengikuti mereka. Dia hanya berusia 5 tahun ketika itu. Mungkin Allah sudah kurnia rasa buat dia. Rasa itu adalah kali terakhir dia melihat wajah keluarganya.
Airmata panas mengalir dari mata Anissa. Kali ini brek ditekan. Kereta diberhentikan dibahu jalan. Anissa menangis semahunya. Rindu. Rindu teramat. Dendam yang menyesak dada kini kalah pada rasa berdosa. Berdosa kerana dia masih tidak mampu redha. Berdosa kerana dia terlupa untuk berdoa. Berdoa untuk keluarganya yang telah tiada. Dan berdosa kerana dia terlalu asyik melayan rasa. “Allah..” Hanya itu yang terpacul dari mulut Anissa.
“Amna faham apa yang Aniss rasa. Amna pun rasa yang sama. Tapi balas bukan cara yang utama untuk menegakkan hak ibu ayah dan Ardha. Apa yang mampu kita peroleh andai anak dia turut kehilangan nyawa? Puas? Sekadar rasa puas yang sementara. Lepas tu, rasa sakit kita masih akan tetap sama bukan? Jadi apa yang terbela? Tiada apa. Nasib ibu ayah masih serupa. Bahkan Aniss boleh Amna katakan sama saja seperti mereka yang tanggungjawabnya tiada, nilai kemanusiaannya sifar, dan sifat empatinya kosong. Sama seperti mereka yang berlumba dulu. Sama. Serupa. Cuma mungkin sebabnya berbeza.” Luah Amna. Lembut. Tapi tepat ke hati Anissa.
“Jadi apa yang kita mampu laku Amna? Aniss tahu, Aniss faham kita perlu berdoa, redha dan terima. Tapi mesti ada yang kita perlu usaha kan? Agar tiada lagi yang menerima nasib yang sama. Agar bila mana kejadian sama berulang takkan ada lagi hak yang tidak terbela. Dan agar tiada lagi yang akan berlumba bersuka-suka.” Anissa membalas sedikit kecewa.
“Kita yang menjadi mangsa, maka kita yang paling tahu rasa. Satu cara utama mahu selesai segala, saat hukum Islam itu diangkat sebetulnya. Saat  hukum Islam itu diamal sepenuhnya. Maka saat itu, yakinlah ianya sebetul betul penyelesai segala permasalahan dunia. Aniss mahu berusaha? Usahalah sehingga hukum Islam itu diangkat selayaknya di Malaysia, di dunia. Saat itu yakin dan percayalah, rasa puas yang Anis damba pasti akan terbalas. Ini bukan hal klise seperti yang dibilang pak-pak menteri. Tapi ini hal utama yang mampu mengubah segala. Aniss, andai kata kejadian ibu ayah kita masih mampu mengajar dunia, apa Aniss fikir dengan menyebabkan kematian anak mereka Aniss mampu menyedarkan Malaysia? Belum mampu Aniss. Belum mampu. Yang kita perlu ubah bukan dia saja, tapi seluruh masayrakat. Agar takkan ada lagi yang menerima nasib serupa. Doa, usaha, Aniss. Angkat Islam. Insya Allah..” Amna menamatkan bicara. Kini, hanya tangis kedengaran bagi meluah segala rasa.
Selagi mana hukum Islam belum  tertegak, maka tak mustahil akan lahir ramai lagi mangsa mangsa seperti Anissa dan Amna di dunia. Dan tak semua Anissa dan Amna yang akan sedar akan solusi sebenar segala permasalahan. Saat itu, terimalah hakikat, manusia perlu membunuh untuk menuntut keadilan.

p/s : aku cuma tulis, mereka yang rasa. Al-fatihah.


Tuesday, 24 March 2015

Da'wah bukan sekadar kata, tapi laku.

Aku pelik
Bagaimana manusia
Yang sering berbicara
Tentang perihal da'wah
Tapi
Apa yang ditunjuk
Tak serupa
Dengan apa yang dibilang.

Ya
Tidak perlu tunggu
Untuk menadi sempurna
Baru hendak berda'wah
Tapi
Hakikatnya
Perkara yang kau laku itu
Jelas salah
Apa masih tidak sedar?

Ikhtilat tak terjaga
Gambar wanita yang kau sebarkan
Tujuannya kau kata
Da'wah
Ah
Adakah da'wah sudah menjadi
Selonggar ini
Adakah demi tegakkan Islam
Kau halalkan yang haram
Kau pahalakan yang dosa
Kau Syurgakan Neraka?

Betul
Aku bukan siapa siapa
Untuk menegur
Apatah lagi membetulkan
Jelas sekali
Aku juga si tulang bengkok
Tapi
Kamu yang tugasnya
Membetulkan golongan aku
Kini
Menjadi pelentur
Yang semakin membengkokkan
Golongan aku.

Hati hati
Baik sedar cepat
Sebelum golongan aku ini
Terus patah
Seperti firmanNya Allah
Neraka itu penuh dengan
Golongan aku
Sebabnya dari golongan kamu.

Nauzubillah.

Monday, 9 March 2015

Leave.

Its hard to leave
And its even harder to stay.

We've been too closed.
Just too closed.

Its no one fault.
Nor me neither you guys.

I'll never regret for this relationship
It just that
I'll regret for have to leave

Take care.

Monday, 16 February 2015

Hard.

Things become hard.
Problems become cruel.
Life become miserable.
Mind become depressed.
Heart become uneasy.
Nose breath slowly.
Head become heavy.
Me become unhappy.

But.

Still Allah give the best.

Allah give test to teach.
We should accept and learn.
Crying doesnt mean you are weak.
Indeed it helps you to be a better fighter.

Right?

Sunday, 1 February 2015

Sepatutnya.

Dulu, ibu ayah tak pernah terlepas untuk lihat tumbesaran kau. Sepatutnya kini kau pun tak terlepas lihat proses tua mereka.

Dulu, macam mana parents kau sabar setiap kali kau mengada ngada. Sepatutnya kini kau pun kena sabar bila parents kau buat yang sama.

Dulu, parents kau tahan segala kantuk penat tunggu kau sembuh sakit. Sepatutnya kini kau pun bertahan dari merungut segala.

Dulu, kau meminta minta diusap bermacam sebelum lena. Sepatutnya kini urutan kau menjadi dodoian buat mereka.

Sabarlah.  Tahanlah. Kau anak. Sepatutnya takda perkataan merungut dalam kamus hidup kau. Sepatutnya lah.

Kalau dah jarang muka kau ada kat rumah ni, bila dah cuti jangan la asyik smartphone saja. Update itu ini. Keadaan mak ayah jangan kau ignore saja. They are not getting younger.
Jangan sampai mereka tak dapat beza tika kau ada atau tiada. Sama. 
Wake up si anak!

Appreciate.

Ni bukan nasihat.  Ni peringatan.  Untuk aku sendiri. sebab aku pun anak. Yang entah apa apa. 

Doalah Allah sediakan tempat di Syurga buat mak ayah kita. 

Thursday, 29 January 2015

Home.

Semester break and I'm home.

Ruang. Aku punya untuk diri sendiri.
Rasa mahu perbaiki diri. Waktu cuti.
Tapi ada masa rasa mahu terus sendiri.
Mahu leave semua group.
Mahu jauh dari yang kenal.
Ibaratnya
Dunia, lupakan aku.
Hati hati
Itu mungkin tanda futur sudah mahu hampiri.
Jaga hati, terus berdiri.
Jangan tinggal tarbiyah diri.
Mungkin ini betul betul masa kau repair diri sendiri.

p/s : Cuti. Masa nak cuba semua resepi.


Sahabiah: