Hanya yang terpilih bisa tunduk untuk lihat dedaun kering yang Allah tabur atas tanah luas.
Thursday, 26 December 2019
The things that you don't know.
Wednesday, 25 January 2017
She.
Thursday, 10 September 2015
Cari aku.
Kalau ada pelukis pelukis yang mahu melihat wajah tanpa jiwa untuk dilukis,
Cari la aku.
Kalau ada penulis penulis yang mahu tahu luahan hidup kosong tanpa rasa,
Cari la aku.
Kalau ada pengarah pengarah mahu bikin filem tentang apa realiti masalah remaja,
Cari la aku.
Kalau ada ibu bapa mahu tunjuk pada anak anak apa kesan diri tanpa ilmu didada,
Cari la aku.
Kalau ada psikatris psikatris mahu rujuk punca utama kegagalan fungsi jiwa,
Cari la aku.
Dan
Kalau ada manusia manusia mahu tahu rasa jasad tanpa roh,
Senyum tanpa tawa,
Dan hati tanpa jiwa,
Cari la aku.
Wednesday, 9 September 2015
Rajuk
Aku rasa nak mati.
Hurt dengan hidup.
Aku nak merajuk.
Nak merajuk dengan dunia.
Aku rasa nak lari.
Lari dari manusia.
Sabr.
Mati.
Belum masa.
Hurt.
Nanti lega.
Lari.
Jangan. Nanti penat.
Hadap.
Nanti kau kuat.
Pokoknya.
Sabr.
Heal.
How did you heal? Your heart. How did it become stronger? What medicine you take?
--
Nawww. I just let it feel what it should. Then the antibody grows by itself. Then the hurt heal. I think the best medicine is time. Let the time heal. After that it become stronger. No not you. Your heart. And that time you dont even realise.
Tuesday, 25 August 2015
Emosi sat.
Well. Quite hurt bila kita tak tahu apa salah kita tapi disuruh untuk mengalah. Kononnya dia masih belum matang. Budak kecil. Okay. Then, kalau mahu dimanjakan sentiasa, diikut telunjuk saja, sampai bila baru mahu matang? Allah. Sakitnya. Ahahaha. Sabr. Sabr. Sabr. Sebenarnya melarikan diri bukan satu penyelesaian. Kalau mahu tenang, cari Tuhan. Bukan saling menyalahkan. Aku boleh terima kalau bagitahu salah aku itu apa. Bukan hanya diam, tak cerita apa apa kemudian lari dengan alasan aku tak memahami. Kita kenal bukan sehari. Kau patut tahu baran aku. Aku memang dah tahu diam engkau. Tapi hakikat sekarang kita jauh. Fahamlah. Bukan saja aku lari. Bukan saja saja aku pergi. Tak faham mana pun engkau ambik masa untuk terima. My life is not about just you anymore. Grow up people. Jangan sampai aku annoyed, aku berhenti cerita semua benda. Well clearly, no one care. Okay.
Thursday, 30 July 2015
Penulisan.
Penulisan bukan sekadar untuk meluah. Tapi jugak untuk menunjuk kisah. Penulisan bukan untuk meraih harga tapi untuk menceriakan nyawa. Yang betul betul penulisan, bilamana biar apa genre yang ditulis, baik puisi, cerpen, mahupun dialog, ia mampu menyentakkan hati hati manusia.o Asal dari jiwa. Yang betul betul penulis, tanpa penat berfikir ayat paling puitis, tapi terus melayan rentak rentak jiwa, meluah serta menunjuk kisah yang terbaik. Yang betul betul penulis, tak perlu punya waktu terluang untuk menulis. Tak perlu angin angin bayu, tanpa deruan ombak mahupun titis titis hujan. Meski diamana ia berada seperti di tengah ribut buas, di tengah hiruk pikuk manusia sibuk mengejar dunia, atau di bawah panas terik mentari memercik peluh, ia masih mampu melegarkan aksara aksara di sekitar lubuk jiwa. Tanpa perlu tunggu tenang malam dan segelas kopi. Tanpa perlu sebatang pena atau helaian siputih nipis. Tetap, dalam jiwa dan hatinya meluak luak rasa mahu tulis. Lantas, dia mampu tersenyum tatkala menyusun ayat ayat hanya dalam alam fikir. Hakikat yang betul betul penulisan bukan buat yang bergelar penulis semata. Semua punya rasa, semua bisa tulis. Cuma, ayat beza, susunan aksara nya beda. Tak perlu melankolik sentiasa. Tak perlu sayu sayu sahaja. Terus tulis. Apa saja dirasa. Tapi masih, yang memenangi hati itu bila tulisnya perihal sedih, syahdu dan sayu. Usah ditanya 'jika semua mahu jadi penulis, siapa mahu jadi pembaca? ' kerna realitinya setiap penulis perlu membaca. Baru tahu mahu ditulis itu apa, baru tahu cara meluah itu bagaimana.
Biar setebal mana lembaran tulisan, biar seindah mana kata disusun, masih yang menang itu kalam dari Tuhan.
-- selalu nya penulis bila ia baca ayat yang indah atau yang dia karang aksaranya puitis, lantas ia akan tersenyum sendiri. Entah cuma aku?
Wednesday, 8 July 2015
Kerja.ya.
Melangkah ke alam pekerjaan tanpa ada secukup persediaan itu parah. Minda dan jiwa yang kurang bersedia menyebabkan rasa stress mudah menghimpit. Sampai satu tahap yang ada diminda ialah persoalan persoalan yang diri sendiri tak mampu jawab. 'Kenapa aku perlu ada di tempat begini?'. Sampaikan bila hati mula menenangkan yang pasti ada hikmah atas semuanya, jiwa mula rebel dengan bertanya 'apa hikmahnya? '. Hakikatnya berhadapan dengan realiti kehidupan dan suasana sebenar dunia kini bukan indah seperti ketika di kampus dulu.
Aku paling merasa. Well. Ini proses mematangkan dan menguatkan. Ya cuba saja positif kan diri. Tapi kadang kadang rasa macam tipu diri sendiri. Why did you still stay, at the place which almost kill you? Kadang kita tak banyak pilihan. Terima saja. Tapi bukan bermaksud lalui saja segala liku tanpa cuba ubah jalan. Orang kata pelan pelan kayuh. Ya moga kayuhan perlahan aku mampu memberi aku hikmah yang aku belum jumpa. Jangan sampai sel sel positif sudah mengalir keluar dari fikiran. Saat itu entah apa yang akan aku laku. Hidup dengan pelbagai rasa ni kadang kadang memenatkan.
Ya ya aku ingat Allah itu sentiasa ada dan aku tak sepatutnya lupa kalau mahu tenang mohon pada Dia. Ya aku tahu. Ini sekadar aku nak bercerita. Sekadar bercerita. Hakikat apa yang aku rasa.
Ramadhan.
"Aku dah agak memang si Nazib tu penipu. Memang habis duit rakyat digunanya. Cis, menyesal pulak aku undi dia untuk jadi Presiden negeri Malazi dulu!" Ahmad bersuara dengan penuh kemarahan. Surat khabar yang penuh diisi dengan kisah 1MDB diletakkan di atas meja dengan penuh kasar.
"Sabarlah, Mad. Perkara ni bukan ada keputusan apa apa lagi. Belum pasti pun siapa pelaku nya. Kita tunggu sajalah hasil siasatan. Belum tentu apa yang ditulis di dada dada akhbar tu betul," Pak Hamid membalas dengan nada menenangkan. Dia menggeleng sahaja melihat gelagat Ahmad.
"Sabar apa Pak Mid? Dah sah sah memang dia lah pelaku nya. Keputusan siasatan pun belum tentu tepat. Ah. Orang besar besar mesti ada saja caranya nak tutup kesalahan mereka. Entah berapa perut yang sudah dia kenyangkan dengan wang haram tu. Entah berapa mulut yang dia sumbatkan dengan wang rakyat tu. Haih. Menyesal betul saya. Yang Pak mid ni, bukan ka Pak Mid ni penyokong parti pembangkang? Kenapa pula Pak Mid nak sebelahkan Nazib dalam hal ni? Pak Mid sepatutnya lega sebab tembelangnya dah pecah. Bukan membela kononnya belum tentu dia pelaku nya," kata Ahmad dalam keadaan suaranya ditinggikan. Gayanya seperti mahu satu kampung mendengar perbualan dia dan Pak Mid.
"Bukan aku membela sesiapa. Ya memang aku ni menyokong parti pembangkang. Tapi tak semestinya aku boleh menuduh orang membuta tuli saja. Jelas jelas siasatan masih dilakukan. Tunggulah keputusannya. Lagipun sekarang bulan Ramadhan, Mad. Apa yang tinggal kalau asyik menuduh orang saja. Silap silap haribulan boleh jatuh fitnah, Mad. Kamu ni pun aku tengok tiap tiap hari ke hulur hilir pergi jumpa orang membicarakan hal ni. Malamnya pulak kamu singgah di kedai kopi pun bersembang hal 1MDB ni. Yang aku tengok kamu balik ke rumah bila waktu berbuka dengan bila jam dah menginjak ke tengah malam. Dalam hal ni aku rasa bukan Nazib yang rugi, kamu pun turut rugi. Terlalu taksub dengan hal ni sampai Ramadhan kamu sia siakan. Mad, Ramadhan dah nak balik ni. Hargailah sebaiknya. Belum tentu Ramadhan datang lagi. Belum tentu dapat jumpa. Dah dah la tu menengking sana sini," lembut Pak Mid bahasakan Ahmad. Tenang tapi setiap tuturnya menikam hati Ahmad.
Ahmad diam tidak membalas. Terus dia angkat kaki meninggalkan Pak Mid. Entah insaf entah tidak. Pak Mid hanya memerhati Ahmad berjalan pulang. Dalam hatinya hanya mampu berdoa agar Ahmad sedar apa yang perlu dilakunya.
Malam itu kecoh sekampung. Mayat Ahmad ditemui di depan kedai kopi Usop. Khabarnya kerana dipukul oleh penyokong penyokong Nazib di kampung itu. Pak Mid yang mendengar berita itu hanya mampu menggeleng lagi. Kakinya lantas diayun ke rumah Ahmad bagi membantu menguruskan jenazah.
Sunday, 28 June 2015
Kosakata.
Kosakosa kata yang tersusun rapi dalam kotak fikiran
Terlalu sukar untuk diluahkan
Sepertinya andai diluah dikata membuka aib sang jiwa
Dan andai disimpan seperti rasa padat yang hampir tersimbah
Kosakosa kata yang kini berlari anak di lorong lorong hati
Mahu terus menembus mata mata yang masih setia memerhati
Tapi sayang
Yang memerhati itu jauh
Terpisah dek jarak yang hanya mediumnya mesin rata yang bercahaya
Kosakosa kata seperti mahu dikisah pada yang sebelah
Tapi
Yang sebelah juga dalam gundah yang tak pernah sudah
Jiwa jiwa berusia yang memerlukan Allah
Menolak kosa dikisah rasanya susah
Jadi
Kosakosa kata masih berhayun hayun dititian jantung
Menunggu bila bisa terjun
Menunggu bila bisa lepas
Terus tenggelam dalam tenang sang pemujuk
Untuk masa ini
Kosakata disimpan dulu
Kejap padat dalam kotak hati
Biar penuh tak terluah asal tidak menambah susah
Tunggu
Sampai masa kedengaran derapan gerak kaki
Sang pemujuk yang sudi mahu menadah segala limpahan kau
Si kosakata.
Saturday, 6 June 2015
Hujan.
"Ah, hujan!" Azmi berlari-lari anak mencari tempat berteduh. Hampir basah kuyup jadinya. Mujur stesen bas cuma sejengkal dari tempat kerjanya. Selamatlah dia dari terus kebasahan. Kebetulan Pak Cik Talib, tukang cuci di tempat dia bekerja turut berteduh di tempat yang sama. Pak Cik Talib yang hanya bermotosikal terpaksa menangguhkan perjalanan pulang kerana hujan lebat. "Lebat kan hujan hari ni Pak Cik Talib?" Azmi memulakan bicara. Sekadar berbasi-basi dengan orang tua.
"Ya, memang sudah musimnya. Bumi kena terima. Syukur kita masih merasa", Pak cik Talib membalas sambil tersenyum.
Keduanya kemudian senyap. Masing masing seperti dalam dunia sendiri. Mata memandang titis titis hujan di hadapan yang belum mahu tunjuk tanda tanda akan renyai dalam waktu yang singkat. Hanya mata yang merenung, tetapi hati masing masing sudah jauh kemana. Fikiran keduanya terus menyusup dibalik titis hujan yang terus membasahi bumi. Suasana hujan begini, memang sesuai buat masing masing melayan perasaan yang gundah gulana.
Hanya bunyi titisan hujan yang mengenai bumbung zink stesen bas yang kedengaran. Bunyi guruh turut menemani sekejap-sekejap.
"Kalau bunyi hujan ni didengar dek telinga, angin hujan ni disedut dek hidung, air hujan ni dirasa dek tubuh, pasti seronok ya, Azmi? Tenang saja rasanya", ungkap Pak cik Talib sambil tersenyum.
"Ya, Pakcik. Ciptaan Allah itu memang semuanya untuk menenangkan umatnya. Agar sentiasa bersyukur", balas Azmi.
--mungkin akan bersambung.
Monday, 25 May 2015
Kisah PakCik Talha.
Pakcik Talha. Ada juga yang panggil Haji Talha. Badannya sedikit rendang dan berisi. Kepalanya sentiasa tertutup dengan kopiah putih yang kelihatan lusuh. Ah luarannya tampak memang seperti seorang Haji. Ya, kopiahnya yang membutakan mata yang lain dari terus menilai Pakcik Talha. Mungkin kerana umurnya juga hampir atau lebih separuh abad.
Dalam kea'liman wajah Haji Talha, ada satu yang aku kira aku dan yang lain sedikit kurang senang. Sedikit. Mulut Pakcik Talha yang kadangkala kurang insurans nya. Ah. Hati ini sudah berapa kalu terguris. Simpan saja. Itu baru aku. Belum yang lain. Ya, cakapnya lepas sentiasa. Lapiknya langsung tak ada. Mungkin kerana hormat, belum ada yang berani balas. Bekerja sebagai driver di sebuah syarikat besar membuatkan Pakcik Talha sibuk seharian. Kerja aku juga memerlukan aku untuk berhubung dengan Pakcik Talha dua kali dalam sebulan. Tugas driver akan mengikut giliran dengan yang lain. Maka, bila tiba giliran Pakcik Talha sebagai driver dalam sesuatu minggu, mulalah perut aku meragam, pening mula menghentam dan hati jadi tak senang. Ah. Sabar.
"Assalamualaikum Pakcik, Pakcik di mana sekarang? Ainin ada nak suruh Pakcik hantar barang ke Penang", berhati hati Ana menuturkan bicara. Dia risau nanti dia yang ditengking Pakcik Talha.
Ya, tekaan Ana tepat sekali. Dengan sekali nafas Pakcik Talha menyembur. "Laa. Kenapa baru bagitahu? Penang tu bukannya dekat. Mana sempat nak pergi sekarang. Nanti petang nak hantar pekerja balik lagi. Tak sempat la".
"Ainin pun baru bagitahu saya Pakcik. Dia cakap urgent. Sebab tu telefon Pakcik ni", Ana membalas.
"Ainin tu memang. Perut saja besar. Otak kecil. Suka hati dia saja nak mengarahkan orang. Bukannya nak beritahu awal-awal. Buat kerja last minute. Macam tu lah. Tengoklah kalau sempat pakcik hantar barang tu. Nanti Pakcik balik siaplah Pakcik bahasakan Ainin tu", ah. Panjang lebar respon Pakcik Talha.
Dalam dia mengomel, sempat lagi dia mengata. Aku kategorikan sebagai mengata sajalah. Itu yang selalu Pakcik Talha ungkapkan. Sebelum dia menerima tugas, pasti ada saja yang dia komen. Ya, masih bisa sabar.
Hakikatnya dalam kehidupan ramai yang menghakimi berdasarkan luaran. Tidak. Bukan kata Pakcik Talha tidak baik seperti mana outfitnya. Cuma, sepatutnya lebih baik dari itu. Biar lusuh pakaian, asal hati tidak. Bukannya aku lebih baik, tapi kadang kadang mahu tunjukkan Islam ni, kelakuan di hadapan yang belum Islam juga harus dijaga.
Pakcik Talha. Dalam becoknya, aku yakin lebih banyak baiknya. Perlu dicari gali lagi. Agar biar yang memandang nampak baiknya lebih. Tapi buat masa ini, ya aku masih kaget bila giliran Pakcik Talha sebagai driver. Terasa sesak dada, kusut kepala. Ah suatu masa aku pasti rasa senang bekerja dengannya. Insyaallah suatu masa. Bila Pakcik Talha dah tak menengking lagi barangkali. Senyum saja.
Kisah Sariff.
Sariff. Seorang pemuda yang baik nampaknya. Sopan, sentiasa murah dengan senyuman. Dikurniakan wajah yang manis kuning langsat, mudah untuk dia disenangi oleh rakan sekerja. Sepanjang aku bekerja disini belum pernah terdengar mahupun mendengar dia meninggikan suara melebihi had. Setiap kali terserempak dengan Sariff, sedekahnya tak pernah di lupa. Senyum kan sedekah?
Aku kagum. Di saat yang lain yang aku kenal di sini, volume suaranya sentiasa melebihi had yang sedap didengar, Sariff masih beradab dengan volume suara yang menyenangkan. Oh. Bukan suka. Sekadar kagum.
"Kak, Sariff tu nampak baik ya. Maksud Ana, lain dari orang lain kat sini. Murah senyuman", Ana memulakan bicara pagi itu dengan kak Has.
Dalam ligat jari jemari menaip di keyboard, Kak Has membalas. "Bukan senyum je murah, dik. Macam macam lagi murah tu. Senang cakap memang pemurah lah si Sariff tu".
"Maksud kak?" Ana garu kepala. Pelik jawapan kak Has ni.
"Sariff tu nampak lemah lembutnya. Sopan santun nya. Isteri dua. Tahu? Jaga jaga sikit kamu tu", Kak Has menerangkan.
Kali ini mulut Ana ternganga luas. Memang tak dapat dicover lagi terkejutnya dia. Bukan terkejut kerana Sariff dah kahwin. Tapi terkejut kerana angka 2 yang didengarnya dari Kak Has tadi.
"Serius? Tak sangka nyaaa. Bukan nak kata Sariff gatal ke apa. Tapi tak sangka", Ana tersenyum kambing.
"Bukan nak kata gatal, tapi memang gatal kot. Isteri dua, ada girlfriend lagi tau. Haaa. Akak bukan nak mengumpat. Tapi nak cerita la jugak. Tahu si Myanmar yang rambut pendek, putih tu? Haaa. Itulah si girlfriend nya. Dah kehulu ke hilir dah diusungnya", Kak Has menambah.
Ahh. Sudah. Ni bukan cerita lagi. Ni dah tahap mengumpat sebaldi. Salah dia. Dia yang memulakan bicara. Ah. Tapi niatnya bukan sampai di tahap ini.
"Nak kata rapat ke tak diorang berdua tu, tak pastilah akak. Tapi dengarnya sampai mengandung lah jugak si perempuan Myanmar tu. Siap dibawa pergi gugurkan lagi", masih ada sisa sisa yang Kak Has tambah.
Ana cuba mengelak. Di tukar topik lain untuk berbicara. Tapi dalam hatinya tetap bermain perkara yang sama. Bukan. Bukan dia mahu menghakimi Sariff. Cuma, ah. Terasa poyo. Jika ketika di universiti dulu dia ligat dalam dakwah dan tarbiyah. Kini, tika bekerja semuanya jadi perlahan. Bukan salah situasi. Memang salah diri.
Bukan salah Sariff andai apa yang dilaku itu memang dia tidak tahu. Salah dia dan mereka yang menggelar diri pendakwah yang belum cukup usaha memahamkan saudara saudara seIslam. Oh, dalam hal ni bukan Sariff saja. Kak Has juga. Ada tersebar perkara tidak benar atas sebab adanya wanita yang bercerita. Sebab itu neraka itu penghuninya banyak wanita. Ah golongan aku. Aku.
Ana masih bermonolog. Masih banyak kerja si pendakwah. Masih banyak. Terlalu banyak.
Sunday, 3 May 2015
Balas
Tuesday, 24 March 2015
Da'wah bukan sekadar kata, tapi laku.
Bagaimana manusia
Yang sering berbicara
Tentang perihal da'wah
Tapi
Apa yang ditunjuk
Tak serupa
Dengan apa yang dibilang.
Ya
Tidak perlu tunggu
Untuk menadi sempurna
Baru hendak berda'wah
Tapi
Hakikatnya
Perkara yang kau laku itu
Jelas salah
Apa masih tidak sedar?
Ikhtilat tak terjaga
Gambar wanita yang kau sebarkan
Tujuannya kau kata
Da'wah
Ah
Adakah da'wah sudah menjadi
Selonggar ini
Adakah demi tegakkan Islam
Kau halalkan yang haram
Kau pahalakan yang dosa
Kau Syurgakan Neraka?
Betul
Aku bukan siapa siapa
Untuk menegur
Apatah lagi membetulkan
Jelas sekali
Aku juga si tulang bengkok
Tapi
Kamu yang tugasnya
Membetulkan golongan aku
Kini
Menjadi pelentur
Yang semakin membengkokkan
Golongan aku.
Hati hati
Baik sedar cepat
Sebelum golongan aku ini
Terus patah
Seperti firmanNya Allah
Neraka itu penuh dengan
Golongan aku
Sebabnya dari golongan kamu.
Nauzubillah.
Monday, 9 March 2015
Leave.
Its hard to leave
And its even harder to stay.
We've been too closed.
Just too closed.
Its no one fault.
Nor me neither you guys.
I'll never regret for this relationship
It just that
I'll regret for have to leave
Take care.
Monday, 16 February 2015
Hard.
Things become hard.
Problems become cruel.
Life become miserable.
Mind become depressed.
Heart become uneasy.
Nose breath slowly.
Head become heavy.
Me become unhappy.
But.
Still Allah give the best.
Allah give test to teach.
We should accept and learn.
Crying doesnt mean you are weak.
Indeed it helps you to be a better fighter.
Right?
Sunday, 1 February 2015
Sepatutnya.
Dulu, ibu ayah tak pernah terlepas untuk lihat tumbesaran kau. Sepatutnya kini kau pun tak terlepas lihat proses tua mereka.
Dulu, macam mana parents kau sabar setiap kali kau mengada ngada. Sepatutnya kini kau pun kena sabar bila parents kau buat yang sama.
Dulu, parents kau tahan segala kantuk penat tunggu kau sembuh sakit. Sepatutnya kini kau pun bertahan dari merungut segala.
Dulu, kau meminta minta diusap bermacam sebelum lena. Sepatutnya kini urutan kau menjadi dodoian buat mereka.
Sabarlah. Tahanlah. Kau anak. Sepatutnya takda perkataan merungut dalam kamus hidup kau. Sepatutnya lah.
Kalau dah jarang muka kau ada kat rumah ni, bila dah cuti jangan la asyik smartphone saja. Update itu ini. Keadaan mak ayah jangan kau ignore saja. They are not getting younger.
Jangan sampai mereka tak dapat beza tika kau ada atau tiada. Sama.
Wake up si anak!
Appreciate.
Ni bukan nasihat. Ni peringatan. Untuk aku sendiri. sebab aku pun anak. Yang entah apa apa.
Doalah Allah sediakan tempat di Syurga buat mak ayah kita.
Thursday, 29 January 2015
Home.
Ruang. Aku punya untuk diri sendiri.
Rasa mahu perbaiki diri. Waktu cuti.
Tapi ada masa rasa mahu terus sendiri.
Mahu leave semua group.
Mahu jauh dari yang kenal.
Ibaratnya
Dunia, lupakan aku.
Hati hati
Itu mungkin tanda futur sudah mahu hampiri.
Jaga hati, terus berdiri.
Jangan tinggal tarbiyah diri.
Mungkin ini betul betul masa kau repair diri sendiri.
p/s : Cuti. Masa nak cuba semua resepi.

